Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, May 12, 2010

dek kerana harta tak seberapa, kamu sanggup DERHAKA!!

satu kisah benar... tapi nama dan tempat dirahsiakan

baru - baru ni di penduduk - penduduk asal kampung S menerima berita baik yang ditunggu sekian lama. Mereka mendapat sebahagian dari pampasan tanah yang diambil untuk tujuan pembangunan. Tapi atas sebab - sebab yang saya sendiri kurang jelas bayaran mereka masih tertunggak.

Dek kerana terlalu lama menanti ada penerima yang sudah meninggal dunia dan menjadikan generasi kedua yakni pewaris mereka yang menerima wang berkenaan. Tempoh penyerahan wang berkenaan berlangsung kira - kira seminggu.

Dipendekkan cerita,

Pada hari pertama (hari Isnin) ramai datang menuntut bahagian masing-masing, termasuklah seorang lelaki (encik A) datang untuk menuntut wang berkenaan bagi pihak ibunya yang sudah meninggal dunia. Encik A datang bersama surat pengesahan kematian ibunya surat matila tu!! untuk membolehkan dia menerima wang berkenaan. Setelah meneliti Sijil Kematian itu, pegawai yang bertugas berpuashati dan seterusnya memberikan cek kepada Encik A tanpa sebarang prasangka...... nampakla Encik A tu excited semacam jek sape tak excited dapat duit ribu2 kan??gatai

keesokan harinya, Seorang wanita yang kelihatan agak uzur (Makcik B) datang ke pejabat pengurusan untuk menuntut wang sepertimana juga Encik A. Dikaunter penyerahan makcik B dikehendaki menyerahkan MyKad untuk pengesahan identiti, tiba - tiba kaunter kecoh! setelah pegawai bertugas sangsi dengan identiti makcik B

"betul ke ni makcik" pegawai C bertanya

"takkanla makcik nak tipu nak... makcik ni tinggal berapa hari je nak hidup..." makcik B menjawab dengan nada keliru

"eh?! makcik hidup lagi????" Pegawai C melopong

makcik B sangat terkejut dengan kata - kata Pegawai C, melihat reaksi Makcik B Pegawai C pantas menerangkan, bahagian Makcik B sudah dituntut oleh anaknya semalam dengan bukti makcik B sudah meninggal! Serentak dengan itu, perbincangan ringkas dilakukan untuk menyelesaikan masalah makcik B...

nasib menyebelahi makcik B kerana anaknya masih belum menunaikan cek berkenaan, dan pegawai C bertindak membatalkan cek itu dan menyerahkan cek yang baru kepada makcik B....
sebaik sahaja makcik B beredar, masing - masing berbisik sesama sendiri..... persoalan timbul di benak masing - masing

.............hanya kerana wang, si anak (Encik A) sanggup mengatakan ibunya (Makcik B) sudah meninggal dunia. sanggup mengenepikan perasaan si ibu hanya untuk kepentingan diri. Sudah pasti hancur luluh hati si ibu kerana si anak bagaikan sudah tidak mahukan dirinya lagi.


7 comments:

HEMY said...

umak aih..harapnya dia dibalas dgn maha dahsyat la nnt

Anonymous said...

giler r..
kesian mak diew!

Lady of Leisure said...

ya ampun kesian makcik tu.. sob.. sob..

~mrs azmi~ said...

@HEMY: mmg kesian sangat tgk makcik tu... dahla datang sorang susah payah.. bila sampai tau anak dia wat macam tu

@Jantan Keparat: hmmm... dunia....

~mrs azmi~ said...

@LOL: ingatkan citer macam ni dalam drama je...

maza said...

hmm untuk lebih menarik..

keesokan encik A datang lagi ke pejabat petugas C.. dia bertanya pada petugas C dan marah kerana dituduh memberikan cek tak laku!

petugas C maki encik A sbb cubaan menipunya tempoh hari..

encik A tercengang, "Mana mungkin emak saya hidup lagi! Saya boleh buktikan dengan orang kampung dan tanah kuburnya sekali."

"Habis tu, semalam siapa yang datang beserta dgn Mykad atas nama emak awak?"

akhir kalam.. hidup ini penuh misteri! .. heheheh

~mrs azmi~ said...

@maza: wah!! misteriiiiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"