tapi kan kelmarin kenapa tiba - tiba kamu memberontak?? menyakiti aku??
2 hari sudah aku jadi penasaran gara - gara kamu.. dah macam orang OKU lagaknya. toleh sakit, angkat tangan sakit... semua kerja jadi serba tak kena...
semua sebab 'salah bantal'
err... bantal ke yang salah??
ke aku yang tido lasak sampai terkehel semua urat - urat leher?? tak mungkin kot.. eceh berlagak innocentla kunun
........sedikit mengenai masalah ni (credit pakcik google)
"MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.
Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.
Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.
Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.
Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul."
adohai.. seksanya...
ade sesape ade cara paling berkesan nak legakan @ hilangkan sengal di bahu ni?? sure ramai penah alami menda ni kan??
orang tua-tua cakap,
- hempuk leher tu balik ngan bantal
isk cam kejam jek
- aku dah buh minyak angin
- dah tuam ngan beg air panas
- en abang dah tulung urut...
tapi tak baik punnnnn! - dah duduk bawah air paip yang lajuuuu
ala2 massage le tu
kang lame2 jadi cam giraffe ni pulak!! haruuuuu!!
4 comments:
ya ampun kesian giraffe tu... i jenis yg kasi la bantal cemana pun konfirm nyenyak kalau dah ngantok hehe
pergh. sekali kena sakit leher pasal bantal ni mmg sakit gila kan akakkk? rasa nak pusing kanan kiri pun seksa je T____________T
salah posisi tidur mungkin hehe
entahlah..selalunya ianya akan baik sendiri.... =)
@LOL: hahaha time nak tido mmg! klu dah ngantuk sakit pun boleh tido
@yonna: tula takleh nak toleh
@Queen: hmmm
Post a Comment