Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, May 31, 2010

kupu - kupu dalam perut~

baru sekejap tadi...

terima 1 panggilan telefon

panggilan temuduga di sebuah perbadanan....

hari rabu akan datang 2/6/2010

serta merta terasa sebu perut!

adeh....

kupu-kupu sangat banyak berterbangan dalam perut!!

alahai..

macamana nak kasi konfiden ni??

Tuesday, May 25, 2010

surat memohon cuti

(sila klik imej untuk paparan lebih jelas ye)

boleh sakit jantung kalau dapat anak murid macam niiiii.....
haih..

Monday, May 24, 2010

"bantal yang salah, kan??"

Kamu sangat diperlukan saat aku ingin beradu... siap ada bantal mucuk lagisenyumkenyit bantal interaktif takbley tayang kat cni... hikhik kamu memang kujaga dengan rapi...

tapi kan kelmarin kenapa tiba - tiba kamu memberontak?? menyakiti aku??

2 hari sudah aku jadi penasaran gara - gara kamu.. dah macam orang OKU lagaknya. toleh sakit, angkat tangan sakit... semua kerja jadi serba tak kena...

semua sebab 'salah bantal'

err... bantal ke yang salah??

ke aku yang tido lasak sampai terkehel semua urat - urat leher?? tak mungkin kot.. eceh berlagak innocentla kunungatai

........sedikit mengenai masalah ni (credit pakcik google)
"MASALAH sakit leher atau lebih dikenali ‘salah bantal’ adalah keluhan yang biasa kita dengar di kalangan masyarakat negara ini. Sakit yang ketara pada sebelah pagi dan berlanjutan sehingga lewat petang, bukan setakat menyukarkan pergerakan, tetapi mengganggu tugasan seharian selain membataskan kegiatan seperti memandu.

Malah, berdasarkan penyelidikan pengguna, satu daripada setiap empat dewasa di Malaysia mengalami sengal otot dan sendi. Apakah punca masalah ini? Berbeza daripada tanggapan ramai yang mengaitkannya dengan bantal semata-mata, masalah sakit leher ini sama ada disebabkan otot dan sendi kurang aktif atau pun kerana melakukan aktiviti mekanikal dan fizikal secara mengejut.

Gerakan paling asas seperti berjalan dan duduk sekalipun, jika dilakukan dalam adab yang tidak betul juga, lambat laun akan memberi kesan pada otot dan sendi tubuh andai dibiarkan berlarutan.

Perlu diketahui, kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mengalami kerosakan pada sendi mereka. Sebaliknya kesakitan yang mengganggu ini mungkin berpunca daripada lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf.

Kesakitan ringan pula mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti berat, mengangkat berat, postur atau kedudukan tubuh tidak elok, kecederaan atau pergerakan yang tidak betul."

adohai.. seksanya...

ade sesape ade cara paling berkesan nak legakan @ hilangkan sengal di bahu ni?? sure ramai penah alami menda ni kan??

orang tua-tua cakap,
  • hempuk leher tu balik ngan bantal isk cam kejam jek
  • aku dah buh minyak angin
  • dah tuam ngan beg air panas
  • en abang dah tulung urut... tapi tak baik punnnnn!
  • dah duduk bawah air paip yang lajuuuu ala2 massage le tu
ape lagi yang boleh aku cuba????

kang lame2 jadi cam giraffe ni pulak!! haruuuuu!!

ngeri sehhhh
gigitjarigigitjarigigitjarigigitjari

Thursday, May 20, 2010

aku terharu

kebelakangan ini aku perlu pulang lewat dari pejabat, dah memang lunyaila badan bila sampai rumah... tapi macamana penat pun bila sampai umah serta merta jawatan Arkitek Landskap yang aku sandang ditukar menjadi surirumah..... selama setahun setengah usia perkahwinan kami ni, aku mmg sedaya upayalah nak jadi superwoman!!

tapi nampaknya seminggu ni aku betul - betul menyerah kalah.. memang dah penat sangat!!

balik je dah melepek... nak angkat jari pun cam tak larat sangat..

er...

errrr ape kaitan sume citer ni ngan tajuk tu??

hehehe

straight to the point.... aku sangat terharu sebab hari ni balik keje je tgk dah ada lauk atas meja.. suamiku masak!!!!! rase speechless sangat.... nak nangis pun ada... walaupun lauk yang hubby masak tu bukanla masak merah atau rendang ayam, cume sambal sardin dan telur dadar je, aku tetap terharu! seronok sangat rasa...

sebab??

sebab selama ni dia tak pernah kisah pun pasal hal ehwal rumah ni, baik masak, basuh kain, kemas2 etc

its totally on me!

tapi hari ni, walau apapun sebab disebaliknya, walau apapun angin yang datang bertiup ke dalam hatinya.....

TERIMA KASIH SAYANG!!

i love u lah!!
rosrosros

clumsy

clumsy....clumsy....clumsy......

itulah dia tuan punya blog ni....

lately dah jadi makin teruk..

terlanggar meja.. bucu kerusi.. katil...pintu.. terjatuhkan pinggan ... macam2 lagi!

lebam - lebam sana sini...

semalam,

terlanggar 1 mug susu yang masih penuh!!!sigh

tumpah atas kapettension

Tuesday, May 18, 2010

beutiful sunshine

cuci mata pagi2.......


















cantik kanns! have a pleasant day u alls!!ros

Friday, May 14, 2010

GIGIH

contoh ayat:

"saya sedang GIGIH berusaha untuk mendapatkan apa yang saya mahu"

contoh keadaan??

bunyi macam gigih sungguh aku harini menyiapkan kerja... MEMANGla.... kalau tak sure drawing ni tak secantik sekarang. heheh

tapi.... ada lagi perkara GIGIH yang aku lakukan

heheh... walaupun internet harini macam siput yang malas.... atau kura - kura tempang yang kerapkali menyorok dalam cengkerang, aku gigih mendownload cerita!!! hahahahajelir

terutama sekali - down with love - Taiwan drama dan beberapa lagi movie lain yang akan ditonton secara marathon dihujung minggu!!!!

muahahahaha



peacepeacepeacepeace

Wednesday, May 12, 2010

dek kerana harta tak seberapa, kamu sanggup DERHAKA!!

satu kisah benar... tapi nama dan tempat dirahsiakan

baru - baru ni di penduduk - penduduk asal kampung S menerima berita baik yang ditunggu sekian lama. Mereka mendapat sebahagian dari pampasan tanah yang diambil untuk tujuan pembangunan. Tapi atas sebab - sebab yang saya sendiri kurang jelas bayaran mereka masih tertunggak.

Dek kerana terlalu lama menanti ada penerima yang sudah meninggal dunia dan menjadikan generasi kedua yakni pewaris mereka yang menerima wang berkenaan. Tempoh penyerahan wang berkenaan berlangsung kira - kira seminggu.

Dipendekkan cerita,

Pada hari pertama (hari Isnin) ramai datang menuntut bahagian masing-masing, termasuklah seorang lelaki (encik A) datang untuk menuntut wang berkenaan bagi pihak ibunya yang sudah meninggal dunia. Encik A datang bersama surat pengesahan kematian ibunya surat matila tu!! untuk membolehkan dia menerima wang berkenaan. Setelah meneliti Sijil Kematian itu, pegawai yang bertugas berpuashati dan seterusnya memberikan cek kepada Encik A tanpa sebarang prasangka...... nampakla Encik A tu excited semacam jek sape tak excited dapat duit ribu2 kan??gatai

keesokan harinya, Seorang wanita yang kelihatan agak uzur (Makcik B) datang ke pejabat pengurusan untuk menuntut wang sepertimana juga Encik A. Dikaunter penyerahan makcik B dikehendaki menyerahkan MyKad untuk pengesahan identiti, tiba - tiba kaunter kecoh! setelah pegawai bertugas sangsi dengan identiti makcik B

"betul ke ni makcik" pegawai C bertanya

"takkanla makcik nak tipu nak... makcik ni tinggal berapa hari je nak hidup..." makcik B menjawab dengan nada keliru

"eh?! makcik hidup lagi????" Pegawai C melopong

makcik B sangat terkejut dengan kata - kata Pegawai C, melihat reaksi Makcik B Pegawai C pantas menerangkan, bahagian Makcik B sudah dituntut oleh anaknya semalam dengan bukti makcik B sudah meninggal! Serentak dengan itu, perbincangan ringkas dilakukan untuk menyelesaikan masalah makcik B...

nasib menyebelahi makcik B kerana anaknya masih belum menunaikan cek berkenaan, dan pegawai C bertindak membatalkan cek itu dan menyerahkan cek yang baru kepada makcik B....
sebaik sahaja makcik B beredar, masing - masing berbisik sesama sendiri..... persoalan timbul di benak masing - masing

.............hanya kerana wang, si anak (Encik A) sanggup mengatakan ibunya (Makcik B) sudah meninggal dunia. sanggup mengenepikan perasaan si ibu hanya untuk kepentingan diri. Sudah pasti hancur luluh hati si ibu kerana si anak bagaikan sudah tidak mahukan dirinya lagi.


Thursday, May 6, 2010

opis terbakar!!

tempat : opis
masa : petang semalam, dalam pukul 3lebih

sedang semua khusyuk di depan komputer masing2 yang kebanyakannye mengadap laman mukabuku gatai tetiba aku terhidu sesuatu... yang kurang enak.....

tanpa usul periksa...

"kob! ko buang puntung rokok rata2 ek?? kat cni ko sorang je yang merokok!"
aku terus sound budak despatch yang kebetulanberada diantara kami.
sedang sibuk membuat salinan dokumen tak pasal2 je kene

"isk mana da kak... klu sy isap rokok kat sini mesti akak dah piat telinga saya kan?"
Akob budak despatch mempertahankan diri

"yela manela tau.. abis tu ni bau ape?? hau hangit ni!"

"chah! ko ada bau pelik tak?" aku menyoal rakanku

"tak... aku tak bau pape" agaknye mak buyung memang kurang deria bau kot! ahaha

aku, akob mula carik mana datangnya bau hangit tu. sebab risau litar pintas maklum jelah musim tak menentu, kilat punye dasyat.

cari - cari - cari

tak ketemu... dan yang pastinya bukan dari seksyen kami.... bau tu terus jadi misteri...

aku kembalii ke tempat duduk tapi akob terus ke bahagian hadapan yakni bilik2 smoking area a.k.a bilik bos2 besarrrrr bos besar ni memang perokok tegarrrr

tetiba akob melaung dari depan,

"kak! pemadam api kat mana??"

disebabkan budak akob ni suka main-mainkan aku, aku pun sambil lewa jela jawab kat dia
tapi lam masa yang sama dok jenguk jugakla... tengok semacam je die lari.

Sekali aku tgk je dalam bilik bos,

KELABU!!! penuh dengan asap! mase tu baru sedar si Akob tak main2

api dah mula marak dalam bilik. aku masuk jugak tarik mana2 dokumen yang tak kene api lagi sambil bukak semua tingkap yang ada. masa tu aku pun dah start rasa lemas sedut asap. dan terfikir agaknya kepayahan bernafas tula yang mangsa - mangsa rentung rasa... hurmmmm

akob yang jadi hero semalam berulang alik amik air sebab alat pemadam api tu kitorg tak jumpa!

setelah dijirus dengan beberapa baldi air, alhamdulillah api padam. startla dok kirai2 kertas, karpet, check kalau2 ada bara api lagi. Lepas api padam baru masing2 angkat telefon call boss dan orang2 berkenaan...

sume pakat terkejutla ape lagi. masing2 dok tanya apa punca...

ai?! buat - buat tanya pulak.. konfemla puntung rokok! sebab kejadian tu mula lepas bos2 ni kuar opis. yang pandainya, pegi buang puntung rokok dalam tong sampah plastik! bajet plastik tu cam stainless steel kot?! alahai.......

yang hitam tula tong sampah plastik yang dah cair sepenuhnya!


dalam longgokan hitam tu, ada tin pewangi bilik!!! nasib baik tak meletup... kalu tak lagi haru biru!!tengokla tong plastik toyogo tu pun dah separuh cair

gambar family bos hampir terbakar.. tapi aku sempat tarik. bila kitorang bagitau bilik dia terbakar dia boleh tanya, "gambar aku selamat tak??" tapi dia bukan maksudkan gambar family ni... tapi gambar dia ngan pak lah yang tergantung kat dinding!!gatai

nasib baikkkkkkk sangat kitorang sedar awal... sebab seluruh partition untuk ofiice ni bukan fire proof.. mamg mudah sangat terbakar.. alhamdulillah ofis ni masih rezeki kami..

Tuesday, May 4, 2010

ini kesudahannya??

**entry jiwa kacau**

orang kata

"banyakkan sabar"

"doa - moga2 satu hati nanti hatinya dilembutkan"

"kalau ada tak puas hati dengan seseorang tu... bersemukalah, terangkan dengan rasional... bukan terus gaduh tuduh yang bukan2. Lepas tu mesti rasa LEGA............"

yang aku buat

bersabar? = masih lagi....aku cuma seorang hamba Allah yang lemah, punya batas kesabaran yang rendah namun dek kerana tidak mahu mengusutkan suasana, ku sabarkan juga


doa? = sentiasa doa moga hidupnya sejahtera... begitu juga hidupku

bersemuka?

inilah yang kulakukan semalam... dengan harapan dengan bersemuka, semuanya lebih terang dan jelas... tiada tanda tanya... dan yang paling penting, aku harap hati aku lega melepaskan bebanan yang ku tanggung..

walaupun telah bersemuka,

nyata sekali hatiku masih gusar.... walaupun telah ku luahkan segala yang terbuku dan ianya lebih perit apabila melihatkan reaksinya

semalaman aku berperang dengan perasaan sendiri. pelbagai bentuk tindakan yang bermain diminda... namun ku halau jauh2 dengan hasutan untuk melakukan perkara yang dilarang agama tapi bisikan dan hasutan itu tetap hadir

aku sangat lelah tika ini................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"