kamu adalah penghibur hati mama.... stress dek kerana beban kerja di pejabat juga hilang bila kamu mendekati mama. Setiap hari tanpa gagal pasti kamu menunggu kepulangan mama dengan setia.
Dari hari pertama mama membawa kamu pulang, setiap hari pasti ada sesuatu yang menghiburkan tentang kamu.. tatkala mama berduka atau bergembira, kamu tetap setia di sisi mama. Mama beruntung punya anak seperti kamu....
walaupun kadangkala kamu nakal, garu sofa mama, pecahkan pasu bunga perhiasan dalam rumah ini, mama tetap sayangkan kamu
diam tak diam hampir setahun kamu bersama kami....... mama harap kamu akan selamanya menjadi sebahagian dari keluarga ini....
mama sayang kamu..... ALY
4 comments:
hehehe dorang ni macam tau2 jer nak kene tinggal kan, bila dia masuk dalam beg cenggini hati kita pun jadi sayu kan...
@Lady: betul2! lajuuuu je die masuk dalam beg tu.. tanak keluar lak tu lagila mama sedih.. isk 2-3 kali keluarkan pun masuk balik.. yela dia nak tanya tanya tak boleh kan.. tu jela cara dia
lawa kucing, tpi aku mmg tk bela ...tnggungjawab berat ni.
@adziim: dari kecik mmg ada kucing, bila dah besar rase tak seronok klu tade kucing
Post a Comment