Sunday, April 25, 2010

bercuti!!

last week saya berada dalam holiday mode , minta cuti dari bos 3 hari tapi saya bantai cuti seminggu!! hahahahaencem

bercuti kemana??

takla jauh mana... ke Pulau Mutiara saja.. dah lama tak bercuti sendirian, sambil jenguk kawan - kawan disana. Sepatutnya berdua dari kl tapi sebab sorang kawan 'termengandung' maka dengan itu pegi sorang jelah. Suami mmg awal2 lagi tak boleh temankan sebab tuntutan kerja

dalam 4 hari ni semua jenis pengangkutan saya pakai, darat, air, udara, - kereta, tren, bas, flight, feri seronok!!!

Day 1 - 16 April 2010
flight yang patut pukul 430 ptg ditukar pada 930mlm...bengang sbenanye ngan air asia! dalam pukul 5 hubby hantar ke Stesen komuter Rawang, setelah sekian lama tak naik tren!! ramai orang sebab jumaat kan... ramai budak2 balik dari asrama.. Sampai KL Sentral tukar pengangkutan seterusnya, Skybus ke LCCT dan seperti biasa, bila jumaat petang kesesakan trafik akan lebih dari biasa!! tapi disebabkan saya tak kejar masa, tak kisahla jam teruk ke ape.. sebabada 1 family yang naik sekali dah risau sangat2 terlepas penerbangan! maybe diorang nak ke luar negara, jadi perlu mendaftar masuk lebih awal. lainlah saya, cume penerbangan domestik yang tak jauh manasengihnampakgigi tapi teruk2 jam pun pukul 730 saya dah pun sampai di LCCT.


sampai diPenang, pukul 1100malam, kawan dah sedia menunggu g makan dulu!!!!!!! char kueyteow yang best!! tapi takde gambar sebab lapar sangat! hahahgatai


Day 2 - 17 April 2010
Bangun pagi cam blur.... sebab penat. ape nak buat harini?? jom jalan2 seluruh pulau!! sesat barat bagai! ahahaha sebab?? member tu dok kulim jadi kami berdua try n error saje semua jalan2 yang patut kami pegi... kecuali kawasan Balik Pulau.


gambar tak banyak sebab lupa cas bateri camera!!nangih


Day 3 - 18 April 2010

Pagi2 dah keluar, kul 815am dah terpacak kat jeti Fort Swetthenhem utk naik feri nak pergi snorkeling!! ehehehe pasal snorkelling ni nanti saya buat entry khas! balik snorkeling dah pukul
530ptg.

penat sangat! tapi lepas tu still larat lagi nak g melawat Balik Pulau, kunun2 nak makan Laksa Janggus yang fofuler itew, tapi..........

dah habis!! sighlapar takde rezeki akula tuuuuuu

tak dapat makan laksa janggus, g carik durian balik pulau..

yeay!!

pas makan durian g makan nasi briyani kapitan.... gila banyak!!

bila dah kenyang.....

ngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantukngantuk

tapi sebab jarang2 nak dapat peluang mai cni, member tu bawak pulak g Batu ferringgi.. perghhh! sib baik mase tu mengantuk dan penat.... jadi nafsu nak membeli - belah tu takde... kalau tak mau habis semua benda yang ada kat situ nak beli serba satu!! hakhak


day 4 - 19 April 2010

hmmm last day dah... nak balik dah kul 830 dah keluar rumah sebab nak g bekfes sebelum hantar saya ke airport. tapiiiiiiiii................

malang tak berbau.....

kete kawan tu meragam pulak...... gear lekat.. aiseh camne nak g airport????? jauh tuuuuu dari kulim nak ke bayan lepas! doa

nasib baik ada kawan member tu sanggup keluar waktu keje sebab nak tolong hantar ke airport.
phiewww!!!


sampai airport 5 minit before check in counter closed... phiewwwww!!

alhamdulillah flight on time, jalan tak jam, tren clear.... sampai rumah kul 3



sekarang......
sedang merancang percutian seterusnya!!
kemana pulak lepas ni ye??

5 comments:

xiiinam said...

.....dah selamat percutiannya dah!

yonna said...

heee kapitan tu kat mana akak? sedap tak briyani dia? looks yummyyyy!

~mrs azmi~ said...

@xiinam: dah balik tinggal penatnye pulak laaaa

@yonna: kapitan dekat ngan queensbay mall... tatau depan ke belakang.. ahahaha maklumle org yang bawak.. ^_^

Lady of Leisure said...

geram tgk durian tu...

~mrs azmi~ said...

@lady of Leisure: durian tu sedap sangat... punye banyak makan sampai sakit dada sebab panas! ahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"