Thursday, February 4, 2010

berehat sebentar...

mimpi

"setiap malam aku bemimpi berjalan ke sana sini....penat tau aku dibuatnya" keluh seorang pemuda kepada rakannya..."Abis,apa yang nak kau buat?" tanya si rakannya
itu..."Mulai malam nie aku nak bawa basikal naik atas katil..."


tak romantik langsung

Pada suatu pagi,bertanya si isteri pada si suami
Isteri : abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
Suami : kenapa?
isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya.Bila pulang kerja,dia akan berikanisterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : nak mampus...mana abang kenal isteri dia?

laut mati

Satu hari ada la 3 sahabat sekolah datang berborak di satu kedai kopi.
A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!
B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.
C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh...


bila perempuan cantik jatuh

seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai di tingkat 70,seorang lelaki inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : terima kasih anda telah menolong saya...
Lelaki inggeris : sama2, tapi anda harus membalas budi
Wanita : bagaimana?
lelaki inggeris : tidur dengan ku...
Wanita : tak guna, kau ingat aku pelacur?Takmahu!
Lelaki inggeris : baiklah!

Lelaki inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorang lelaki perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : terima-kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki perancis : sama2, tapi anda harus membalas budi
Wanita : bagaimana?
Lelaki perancis : tidur denganku...
Wanita : tak guna, tak mahu...
Lelaki perancis : kalau begitu tak guna akuselamatkan kamu


Lelaki perancis itu melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40 dan 30,tidak ada sesiapa yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap,jika ada orang yang menyelamatkannya,dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.

Akhirnya ditingkat 20, seorang arab berjaya menyambut wanita itu.belum sempat lelaki arabitu bersuara,wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...

Wanita : terima-kasih anda telah menolong saya. Sebagai membalas jasa,saya akan tidur dengan anda
Lelaki arab : Astaghfirullah....(lalumelepaskan semula wanita itu)

3 comments:

iza~de~bintang said...

Lawak tengah hari2..ekey gk ni..rehat mindah (sini pukul 12.58)hehehhe

Lady of Leisure said...

hehe lawak3... thanks for sharing..

~mrs azmi~ said...

@iza~de~bintang: bagi rongga sikit dalam otak yang separuh tepu!!

@lady of leisure: my pleasure!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"