Monday, April 25, 2011

KURSUS AMALAN IKHTISAS ARKITEK LANDSKAP 2011

dua bulan lepas saya berbelah bahagi.. macam cerita kat >> sini

lepas tambah tolak darab bahagi

demi capai impian nak dapatkan LAr.

bulatkan tekad jugak utk daftar dan terima kasih pada insan yang sudi membantu mencukupkan yuran saya.. kamu tahu sapa kamukan?



so 23-24 april lepas kursus dijalankan selama 2 hari utk dedahkan calon dengan modul yang akan digunakan dalam exam nanti

kursus diadakan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.

kursus start dalam pukul 8 pagi dan berlanjutan sampai 530 petang. dapat pulak kelas dalam dewan kuliah yang sejuk beku! kebas montot dibuatnya

dapat lecturer yang ok semangatla dengar, dapat yang bagi slide lain, module lain, dia cakap lain.. memang asyik 'lost connection' ah T__________T

13 modul utk dikuasai dalam masa 3 minggu, fuhhhh berpeluh mak nak baca! kene korek balik buku2 zaman belajar yang dah duduk dalam stor, kene carik all those malaysian standards dari sirim, update semua garis panduan yang ada. uwaaaa! rasa nak ambil cuti 3 minggu sampai exam date

waktu kursus jumpala balik kawan2 lama, senior, super2 senior, malah lecturer saya sendiri ada yang bersama nak sit for the exam tahun ni.

adala suara - suara yang menegur "kau practice okla.. takdala teruk sangat nak ingat..."

ya, memang saya practice dengan consultant dah masuk tahun ke-5 tapi waktu bekerja ni pun ada yang kita tak buat. semua teori - teori saya dah lama tinggalkan, garis panduan pun ada yang saya dah lama tak tengok. pengurusan pun banyak yang saya tak buat... jadi memang banyak revision yang sangat perlu saya buat.

rasa tak lena tidur memikirkan exam ni... uwaaaaaaaaaaaaa


countdown start... 20 days to go... super nervous!


**psst ada sesapa nak volunteer jadi cikgu saya???

Friday, April 22, 2011

jatuh Cinta sekali lagi



cerita di dah lama sangat.. masa first year kat upm dulu dalam tahun 2002

banyak sangat kenangan dengan cerita ni.. bila bercerita dengan coursemate masing - masing mesti tersenyum..

tengok cerita ni berulang - ulang kali

dan inilah satu - satunya cerita indonesia yang kami gila - gilakan...

dan hari ni

selepas beberapa tahun sekali lagi saya jatuh cinta dengan cerita ni

ulang - ulang tengok tanpa rasa jemu.. ^_^

Thursday, April 21, 2011

tanpa kacamata

sejak bebelakangan ni rasa tak selesa bila mengadap komputer. mungkin sebab dah sampai seru utk gantikan kaca mata yang ada ni. jadi saya lebih senang menanggalkannya ketika membuat kerja.

petang semalam hujan lebat di lembah klang,

sebab tak nak terperangkap dalam kesesakan lalulintas, tepat jam 5 tetap bergegas pulang walaupun hujan sangat lebat. sempat patah balik sebab teringatkan telefon atas meja dan dalam masa yang sama saya terlupa 1 benda lain yang sangat penting!

bila dah beberapa ketika memandu baru terasa perasan kejanggalan pada pandangan saya



raba raba muka


laaaaaaaaaa


spek tertinggal rupanya! patutla kabur lebih daripada biasa! isk


maka semalam dan harini memandula saya dengan 3-4 kaliganda perhatian pada jalan raya sebab pandangan kurang jelas... T___T



**saya memang seorang yang pelupa... kadang2 boleh menjadi kronik lebih - lebih lagi kalau waktu kelam kabut!

Monday, April 18, 2011

ROMPAK!

330 am

tengah nyenyak tido tiba2 dengar bunyi alarm kereta

rasa hangin mula2 sebab sape diala yang balik pagi2 buta salah tekan button remote

tak lama ada orang ketuk pintu rumah bagai nak roboh!

melompatla kami berdua sebab terkejut

jenguk - jenguk kat sliding door tade sape pulak...

suami keluar dulu, jenguk ke rumah sebelah

tak nampak orang...

dah mula rasa tak sedap hati

seram wei kul 330 pagi tiba2 orang ketuk pintu rumah macam nak roboh!

bila nak masuk rumah balik baru nampak akak sebelah keluar

sambil nangis dia cakap rumah kene SAMUN!

suami dia kene belasah



3.41am

sebab semua telefon mereka kene kebas

suami tolong telefonkan polis

999 sambungkan ke balai kuala kubu


3.56am

balai bukit sentosa call balik nak confirmkan kejadian

pegawai baru nak keluar

terfikir... memang camni ke kalau buat repot thru 999? atau mungkin sebab kejadian dah berlaku.. dorang takla terus datang.. hmmm


4.20am

polis sampai.



akak tu cakap husband dia menjerit & melawan sebab tu kene belasah. penyamun potong pagar chainlink utk masuk. lepas tu potong grill pakai cutter. ada amik gambar tapi tepon cap ayam ni ape kene tah.. tak jumpa kat mana dia simpan. Penyamun 3 orang pakai topeng tapi dari loghat cakap disyaki indon

yang peliknya anak bujang akak tu kat bilik belakang dia tak kacau pun, masuk bilik pun tak. yang dia mauk buat kacau cuma kat master bedroom. mintak barang kemas, duit. diikatnya akak tu ngan asben dia.. tapi sebab akak tu memang bukan jenis simpan duit or barang kemas kat rumah. yang ada cuma rantai halus seurat, cincin 2-3 bentuk plus cincin nak g risik utk anak bujang dia.

wallet anak dia kat ruang tamu kene kebas jugak tapi pandai pulak di tinggalkan ic ngan lesen. lepas call polis suami saya cuba call telefon abang tu. ringing tapi dia tak jawab. yang akak tu punya penyamun tu jawab "hello" pastu dia letak balik.

masa sembang2 tu baru tau semalam rumah ustaz lorong belakang pun kena jugak tapi penyamun tu tak sempat buat apa apa sebab kebetulan RELA tengah round masa tu. dari segi cara dorang masuk rasanya kumpulan yang sama yang buat. plus dia target rumah yang ade kete besau2 nila...

kami berkumpul kat depan rumah akak tu sampai polis sampai. kul 445 dah masuk rumah

seriau betul rasa bila tau rumah sebelah kene samun. kita yang takde kene mengena ni pun terasa tak boleh tido sampai ke siang sebab takut. ade rela jaga laluan masuk utama masuk rumah kami tapi penyamun tu masuk kut semak depan rumah. Sejak ada Rela jaga ni memang dah lama takde dengar kes.. tup2 jadi pulak hari ni



Moga Allah sentiasa beri perlindungan pada seluruh keluargaku dari segala kecelakaan


Sunday, April 10, 2011

[FOR SALE] - Home Made Mini Popia

homemade Mini Popia Serunding ikan bilis utk dijual.

Confirm halal ^_^

Stok adalah fresh made mengikut tempahan.

SEPANJANG TAHUN!


Harga adalah seperti berikut:-

Mini Popia serunding ikan bilis

250gm -RM7.00

500gm -RM14.00

1kg -RM26.00

**juga terdapat dalam bentuk paket kecil utk doorgift

Penghantaran - menggunakan Pos Parcel (RM6.00) kecuali diminta menggunakan pos laju mengikut berat barangan dan destinasi.

Self Pick up - kawasan Rawang & Kota Damansara


emelkan order anda - anda - anda ke :

qurinallisya@gmail.com

Friday, April 8, 2011

milik siapakah perut ini....


gebu..


boncit...


rase nak geget



bikin ku teringat - ingat, penasaran jadinya


tak lain tak bukan


-


-


-


-


-


-

~si dobot yang suka menayangkan perut waktu tido~




Wednesday, April 6, 2011

ops, terlepas!!

malam semalam,

aly agak tak sihat. sayaa tidur dalam bilik dia pun ikut sekali, dari petang membawa ke maghrib.
orang dah keluar dia sambung lagi tidur.

bila si abang ni tak kelihatan coki kebosananla.. sibuk dia mencari2 bising depan pintu nak masuk bilik. selalunya aly mesti akan respon dan duduk depan pintu mintak keluar, tapi semalam dia buat dunno jek. sambung tido

sebab coki buat bising sampai orang takle tido keluarkan jugak aly.

macam biasa... adil dan saksama, dua - dua tido luar

yang luar biasanya,

esok pagi sebelum g keje mesti nak kemas apa yang patut. masa tula ternampak benda pelik dekat dengan sofa.

aiyoh! sape muntah niiiiiii????? aly!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sahih la budak dobot tu tak sihat....

dan

tgh kemas depan tv terbau pulak sesuatu yang familiar....

"sape yang berak atas karpet ni???????????????????????" pandang kat 2 ekor budak bulus tu

serta merta coki datang, garu2 area dia melepas tu seolah2 nak kambus. haahahhaha

nak marah terus tak jadi bila tgk dia buat camtu

salah sendiri jugak sebab tak biar dia masuk toilet dulu sebelum tutup pintu.. haish

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"