mak buat kenduri sikit
kenduri cukur rambut budak kecik safwah
+
sebab kakak berjaya dapat PhD yang akan berkonvo kamis ni
+
sebab kakak no 3 dah hampir pulih dari sakitnya
+
sebab kakak berjaya dapat PhD yang akan berkonvo kamis ni
+
sebab kakak no 3 dah hampir pulih dari sakitnya
menu masa kenduri adalah lauk kampung cam biasa...semua dimasak sendiri, mak jadi ketua tukang masak of cos dan anak cucu yang lain jadi pembantu. semua anak cucu yang ade kederat suma kene kerah dan i punya tekak nila yang terasa nak pecah sebab mengarah anak dara dan anak teruna yang asik mengelat... isk.. macam tula agaknya rasa mak dulu marah bila saya asik mengelat dari menolong kat dapur!
menu kami petang tu..
ikan masin masak lemak nenas
sambal goreng jawa
ayam masak merah
sayur campur
gulai daging korban
pulut kuning
laksa
sup ayam
bubur gandum + jagung menu yang ni cepat gilos abis! agak kempunan jugakle sebab cuma dapat semangkuk kecik
macam2 kek yang semuanya orang bagi...
dalam pukul 3.30 majlis mula, dengan bacaan yassin, diikuti dengan marhaban sebelum baby safwah dibawa keluar..
alhamdulillah.. ramai jemputan yang datang, sama - sama baca yasin dan marhaban jangan rasa pelik kenapa semua perempuan.. sebab memang kaum2 ibu je yang dijemput.. sebab tu buat petang, bukan lepas maghrib @ isya' mcm kebiasaan
good girl safwah.. time ni jela dia jaga time marhaban mata tutup rapat!
nenek pun sekali amik bahagian gunting rambut cucu ke-20
nenek pun sekali amik bahagian gunting rambut cucu ke-20
tgk?! kan dah kata... safwah langsung tak terjaga walaupun keliling hingar bingar.. nyenyak betul dia tidur..
bila habis kenduri,
semua tersandar keletihan, esok paginya baru kerah cucu2 lelaki basuh pinggan mangkuk sume, kemaskan mana2 yang patut sebelum kami semua berangkat pulang
12 comments:
waaah..ikan masin masak lemak nenas adalah faveret saya,..tetiba kecur lir..tapi tak bleh makan..sob..sob..
@Queen: mak buyong sila bersabar sampai trimester akhir ye kalau nak 'rasa' masak lemak nenas.. itupun kalau family anda benarkan! hihi
kalau tak.. tunggu lepas pantang lor!!
wahh.. buat kenduri kendara mcm ini memang meriah kat kampung.. heheheh
selain sanak saudara, ada mcm2 lagi yg boleh kita buat.. hehehe
@maza: event macam nila nak kumpulkan sume adik beradik sekaligus.. kalau tak bayah nak berkumpul semua.. mesti ada rongak2.. haha
Meriah...meriah. Bila nak ada anak ni...nak jugak cukur jambulnya. Nak buat hari2 blh? haha
meriahnyerr uoolss..
@fazemy: nak buat hari2?? boleeeeeeeeeh.. tapi larat ke? hiks
@en_me: meriah kanns
saya tak pernah buat cukur jambul untuk anak2 saya...
kesian kannn...
wah bestnnya
meriah kan kalau di kampung
lepas tu ramai yg sukarela nak tolong
sedapnya ikan masin masak lomak tuu
safwah is a good girl ..suka tengok dia.
@Dr Singa: Dr terus buat akikah koooot
@ummu: yang tambah best sebab kami dapat berkumpul adik beradik..
Kami sedikit kesulitan untuk berlangganan rss, dalam setiap kejadian aku buku menandai situs ini besar, sangat berguna plus diisi dengan informasi.
Post a Comment