Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, September 28, 2010

semalam~ kelam kabut

maghrib semalam, ketika hujan lebat..... mak telefon dengan nada yang cemas

perbualan adalah dalam bahasa ibunda saya (bahasa JAWA) tapi jangan risau sebab dah translate siap2peace

"Abang Shahril masuk hospital!"

"kat mana? kakak ada sekali ke?"

"dekat DEMC, kakak ada sekali, mak risau nanti kak balik sendiri bawak kereta takut jadi apa - apa"

kakak saya sedang menunggu hari, sarat mengandung anak ke3 dan abang ipar saya pula dimasukkan ke DEMC! dalam masa yang sama anak2 masih belum dijemput dari rumah pengasuh! maunya mak tak bimbang!

kami suami isteri terus berfikir solusi terbaik utk membantu kakak, kami di RAWANG rumah kakak di KLANG. Suami saya pula perlu menyiapkan tugasan penting dan perlu dihantar keesokannya...... akhirnya saya minta izin suami utk ke rumah kakak, takut - takut kalau kakak 'ter'bersalin waktu abang ipar masih di wad.

pukul 9.00 malam bertolak dari rumah - dalam keadaan hujan yang masih lebat, keadaan mencabar untuk pemandu seperti saya! saya mempunyai masalah silau bila memandu diwaktu malam, dan keadaan hujan akan memburukkan keadaan.... tapi saya tetap tekadkan hati walaupun perlu memandu perlahan dan memilih laluan yang paling kurang sibuk....

jam 10.30 baru tiba di rumah kakak, jemput anak - anak dari rumah pengasuh semantara menuggu kakak sampai. mujurlah anak2 memang rapat dengan saya maka menjaga mereka bukanlah perkara yang sukar. Jam 1130 keluar semula menuju ke DEMC menghantar keperluan untuk abang ipar, dingdongdingdong kami sampai semula dirumah lebih kurang 145pagi...


.......penat!!!


kerana kepenatan, jam 745 pagi baru terjaganangihnangihnangih! kelam kabut bersiap ke pejabat - hujan pulak - jalan jaaaaaaaaaaam lagi sighsighsighsabo jelah...

sekarang masih dirumah kakak, dan saya terasa sesuatu yang kurang enak... seakan demam mahu manghampiri....adusadusadusDemam oh demam janganlah datang... shooh shooh







**abang ipar saya disyaki mempunyai masalah paru - paru, perlu tinggal di hospital untuk pengawasan dan pemeriksaan doktor sekurang2nya untuk 3 hari... moga semua urusn kami dipermudahkan.....

10 comments:

Lady of Leisure said...

moga abnag ipar u cepat sembuh..

Yunus Badawi said...

Kabare. Ojo meriyang.

Semoga abg ipar awak cepat sembuh dan dapat keluar dari DEMC.

Emak Adam pun silau cahaya juga. Mungkinkah ini masalah wanita2 Jawa? hehehe

maza said...

WAH! Besar pahala tu...

mudah2an abg, mrs.azmi & family semuanya selamat. kami doakan agar abg cepat sembuh dan discharge dri DMC segera.. ameennnn...

adie said...

kakak kamu bernasib baik sebab mempunyai adik yang baik. semoga semua urusan dipermudahkan olehNya.

Dr Singa said...

lung infection kah??
moga cepat sembuh..
.
makan vit C banyak2.. lawan virus itu!!
:)

~mrs azmi~ said...

@lady: tq lady

@yB: errr.. wanita jawa rabun silau?? no komen... hihi

@maza: sapa lagi nak membantu kalau bukan darah daging sendiri kanns

@Mrpenyubiru: awwww! malu i lah! hahaha

@DrSinga: mungkin... Dr mesti lebih tau kann? ^_^

KTS said...

sy pernah alami situasi ni... masa tu darjah 2... ibu tgh tggu hari nak bersalin.. bapa pula eksiden... kakai masuk besi.. takleh jalan.. terpaksa berdikari adik beradik... bila ibu nak bersalin, jiran yg tolong hantar.. mujur dpt jiran2 yg baik

.
.

semoga abg cpat sembuh..

~mrs azmi~ said...

@kts: wahhhh! lagi sadis tuuuu.. kurang2 saya ni dah besar panjang nak mengurus itu dan ini...

Kujie said...

jaga orang sakit besar pahalanya tu
lagi2 kalau kita gembira dan redha untuk melakukan

jaga diri sendiri juga, skrg ni mcm berat tanggungjawap

~mrs azmi~ said...

@kujie: thanx kakjie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"