Thursday, September 2, 2010

lembik ~ melepek

alkisah semalam....

semangat nih, turun ke bazar ramadan buat pertama kalinya di kawasan ofis ni... mencari juadah ringkas yang sesuai utk iftar di ofis. jalan - jalan - jalan dari hujung ke hujung

akhirnya

nasi kerabu dipilih... nampak sedap, lengkap dengan daging bakar & solok lada harga boleh tahan.. takla cekik darah sangat

beli pulak air biru, kuih 3 singgit... cukuplah utk berbuka berdua

bila dah buka....
nasi sedap, habis licin! takde komplen dan takde apa - apa yang pelik pada semua juadah yang ada... alhamdulillah tak membazir....

menjelang pukul 9,
perut mula meragam - bersangka baik - "oh mungkin sebab perut masuk angin, biasa jarang makan nasi... harini makan nasi banyak"

bila dah pukul 10 lebih,
lebih 3 kali masuk toilet! mesti ada yang tak kena sightanya ofismate tapi dia tak apa2
-bersangka baik lagi - "oh mungkin sebab perut memang tak tahan"

1230 tgh malam,
sampai rumah terus mandi, solat, tido.... kene tido nyenyak sebab esok banyak lagi kerja perlu diselesaikan... malang

perut masih mengganas... langsung tak dapat melelapkan mata.. minyak angin, tuam perut semua dah tapi masih tak berubah... tambah parah bila muntah - muntah sigh langsung tak selesa.... Ya Allah ampunkanla hambamu ini.. beralih tempat nak kot2 boleh tido.... dapatla nyenyak seminit dua sebelum sakit itu datang......

pagi ni gagahkan diri jugak ke pejabat, rupanya ofismate turut dilanda simptom yang sama!

sah food poisoning!

haish...... wahai penjual, harap kamu lebih jujur dalam menyediakan juadah... kebersihan paling utama!

10 comments:

Queen said...

owh..sian u..tuela takut kalau nak beli makanan katluar...lebih selesa masak...tak semapat sangat pun makan je nasi goreng telur.. kuih je beli kat luar..

Yunus Badawi said...

Org berniaga ni kadang fikirkan untung aje hingga menyusahkan pembeli. Ada yg recycle makanan yg tak habis dijual pada hari sebelumnya.

Harap awak dah ok hari ni.

~mrs azmi~ said...

@Queen: kalau tak sebab kene siapkan keje lewat macamana pun tekan jugak minyak bagi sempat buka kat umah... serik!

@Yb: tula pasal. kesal betul! dosa pahala semua tolak tepi.. yang penting UNTUNG! alhamdulillah dah beransur pulih

ckLah@xiiinam said...

Asslamualaikum...
ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...

Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...


Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.

InsyaAllah.

Lady of Leisure said...

tak penah lagi minum air kaler biru.. rasa apa sebenarnya ek..
?

~mrs azmi~ said...

@ckLah: waalaikumsalam.. selamat hariraya juga ckLah dan keluarga... nanti p amik kad raya, terima kasih!

@Lady:err.. rasa soda + lemon. yang kaler biru tu pewarna je kot

FarEast said...

adoi! sgt tak best dpt food poisining ni ... kepada penjual semua, kita jgn ingat meniaga tu sekadar mendapat keuntungan ... kebersihan juga sgt penting ... saya tumpang simpati

iza~de~bintang said...

Hah..siannya.. Iza tau camner seksanya kena FP tuh. Masa zaman sekolah dulu2 kala sampai tido ward huhu

Selamat berhari raya dan selamat balik kampung jugak yer :)

yonna said...

sbb tu jrg sgt sgt beli luar :(( nasib baik selama hidup ni x penah kena food poisoning. tp tu la.dah keje mana sempat nak masak kan kak? diorg berniaga tak ikhlas.nak duit je

~mrs azmi~ said...

@fareast: tq ^_^

@iza~de~bintang: bulan2 syawal nanti pun kene xtra precaution jugak sebab makan macam2 boleh sakit perut gak! hahaha sakit sebab makan banyak!!

@yonna: klu dulu orang meniaga betul2 jaga hati pelanggan.. bila ikhlas mesti orang datang balik kat tpt kita.. kan? tapi ni dok pk untung je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"