Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, August 30, 2010

baby tak berdosa ditinggalkan di signboard ~gambar live di tempat kejadian

pagi tadi terkesima sekali lagi bila terdengar berita radio,
seorang bayi dijumpai didalam beg kertas disangkutkan pada papan tanda di seksyen 13, shah alam.Dalam hati terfikir kat mana bayi tu ditemui.. persimpangan mana.. sebab seingat saya kebanyakan persimpangan di seksyen 13 adalah persimpangan yang sibuk!

Seperti biasa, laman web sosial akan dijenguk dulu sebelum kerja lain dimulakan sengihnampakgigi
jangan report kat bos i taw! diam dan sekali lagi sebak bila terpandang gambar bayi yang disebutkan didalam berita radio tadi... seorang teman yang juga jurugambar kebetulan melalui tempat kejadian (antara yang terawal sampai)

sangat sayu melihat bayi sihat dan cukup sifat ditinggalkan didalam beg kertas yang sangat uzur di persimpangan yang sibuk! kalau beg kertas tu koyak? kalau lori lalu laju beg terkoyak? nauzubilah...

sumber gambar : Jidin Giding dan semua cerita adalah dari description beliau

"Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, 29 ogos 2010. Simpang 3 sebelah Apartment Brunsfield Riverview. Bayi diletakkan dalam beg kertas dan disangkut di papan tanda " Beri Laluan".

lokasi persimpangan tempat bayi ditemui

Abang baju putih ni orang kedua yang sampai tempat kejadian....dia dan wife dia jaga baby dari awal sampai polis dan ambulance sampai...sambil2 tunggu...abang ni tolong kipaskan baby...kasik dapat fresh air...
Ketibaan pegawai kesihatan
Pegawai kesihatan sedang cek tali pusat yg belum dipotong

Bayi disangkut dalam paper bag kat tanda " Beri Laluan " dan kelihatan uri yang masih belum dipotong. dianggarkan kelahiran dalam tempoh sejam sebelum bayi dijumpai

Bayi selamat dipotong tali pusat dan dibersihkan...

Bayi sedang diangkat untuk transfer ke dalam selimut yang bersih....kebetulan ada orang ramai yang ada anak kecil...dermakan kain selimut...

bayi sedang transfer ke kain selimut yang bersih

Kelihatan darah masih fresh di badan bayi...

bayi selamat ditransfer dalam selimut bersih

kelihatan tali pusat sesudah dipotong...

bayi sedang diselimutkan

bayi sedang diselimutkan

kain asal bayi dibungkus

mujur masih ada keprihatinan insan2 lain yang dapat menyelamatkan bayi ini, dah ada baby hatch program pun masih lagi berlaku perkara2 ni..


18 comments:

YUS said...

ya Allah!!!! comel baby ni! sungguh xde perasaan manusia tu! geramnyer.....

Lieya said...

Ya Allah...kejamnya..binatang pun tau sayangkan anak..

aitotyati said...

ya Allah, mengapa ade manusia sekejam itu?

Ai tgk dlm gambo pun rasa nk peluk2 je baby tu. alalalala comel.

nak picit2. ngeee

~mrs azmi~ said...

@eus:memang heartless manusia yang buat macam ni

@Aku Lieya: binatang sangat sayangkan anak2nya...

sya said...

tak terkata apa2... comel sangat baby tu.
yang buang ni manusia ke apa?

Kujie said...

cukup sihat dan sihat bermaksud mak dia pun sihat masa mengandung....

Queen said...

haih...akal pendek..gitula...agaknya dia pikir..ok sikit dari letak dalam tong sampah...the point is..diorang memang hewan sebab buang baby..haih

HEMY said...

mudahnya depa ni bersalin ek..demmmmm!!! org lain siap kena c-sect bagai

Tie said...

Alaahai... rasa nak nangis bila tengok. Kalau kak tie tentu dah rembat bawak balik. Sayangnya...

~mrs azmi~ said...

@sya: orang2 yang terlibat ni dah takde perasaan langsung dah serupa haiwan walaupun fizikal manusia

@kujie: nampak gayanya macam tula.. tapi anugerah yang diberi ni tak dihargai langsung

@queen: memang aci letak sambil lalu jela ni... jadi orang tak boleh suspek sapa yang letak sebab jalan besar dan sibuk

@HEMY: selalunya orang2 mcm ni memang mudah melahirkan.. sebab tu tak serik

@Tie: tak boleh nak bawak balik kak sebab jabatan kesihatan tu terus bawak ke hospital

Lady of Leisure said...

comelnya baby tu, putih bersih... kesian dia akan...

Yot | is | Yati said...

i share kat my blog yerh.

maza said...

MANUSIA SUNDAL namanya tu!

mak bapak menyundal sana sini, lepas tu lahir baby dilantaknya mcm tu aje...memang banjingan! huhuhu

geram betul maza ni weiii...

~mrs azmi~ said...

@Lady:kesian sangat.. padahal banyak lagi saluran boleh diguna utk selamatkan baby nni

@Anak dara emak: silakan

@maza: memang akal fikiran dah takde mak bapak baby ni... ingat nak lepas diri sendiri je

rozy said...

ramai lagi mengharapkan zuriat di luar sana.
setiap hari memanjatkan doa pada ilahi..
kesal....sedih....apakah masa depan bayi tu nanti?? pernah kah terfikir di sanubari ...

~mrs azmi~ said...

@rozy: orang yang buat ni tak fikir panjang. anak disamakan dengan sampah!

denaihati said...

Dah tak tau nak cakap apa. Mungkin kah akan terys menjadi budaya hingga hari kiamat. Analisa aku @ http://denaihati.com/melayu-buang-bayi-yang-lebih-jahiliah-daripada-jahiliah

~mrs azmi~ said...

@Denaihati: semua usaha yang digerakkan macam takde kesan langsung kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"