rasa bahagia bila mengenangkan esok cuti! tapi ade gangguan sikitla petang tadi, kerja banyak, nak sediakan pelan kelulusan utk stesen minyak minggu depan. bila dah ada urgent mulala plotter pulak buat hal. Tiba - tiba tersekat sedangkan ade berpuluh lukisan lagi menunggu giliran!! dok kisahkan plotter tu sampai tak sedar jam dah pukul 3 lebih dan baru teringat ada meeting! nasib baik meeting dekat dengan ofis.. dingdongdingdong kul 4 lebih baru selesai, belum boleh balik rumah sebab perlu hantar LA Instruction pada kontraktor untuk perbaiki 'defect' pada tapak projek sebelum rabu depan.... harap sempatla dapat CF sebelum raya.
....isk panjang beno cerita meleret - leret yer??
Sebenarnya dah beberapa ketika ade masalah di rumah ni, ada seekor cik cen aka cencurut sudah tersesat masuk dalam rumah dan dah lame sangat geram tengok dia lalu lalang ala ala macam kita tak nampak dia! dan lagi buat saya geram dia curi makanan aly....
minggu lepas terpaksa cuci bilik belakang sebab bau sangat busuk! sampai rasa mau pengsan... nak minum tak boleh.. nak makan apetah lagi... sabo jelah...
sampai harini geram je bila terdengar cik cen ni berbunyi time orang dah tido. dah macam - macam cara kami dah cuba tapi tak berhasil... sakit hati tau!
........dan akhirnya, malam ni setelah cik cen ni buat muka selamba masuk dalam bekas makanan aly untuk mencuri dan walaupun saya memang nampak dia bergerak kesana sini, tiba tiba saya terdengar cik cen ni masuk dalam bakul sampah. Dengan tidak berlengah capai penutup periuk terus tutup bakul tu! tindan pulak dengan lesung batu atas tu! kejam tak?? muahahahaha
saya tak salah kan? dia yang masuk sendiri, saya cuma tolong tutup tak bagi dia keluar jeeee
**kalau korang tertanya - tanya kenapa aly tak tangkap cik cen tu, saya tak boleh nak bagi jawapan sebab dia memang takde respon pun walaupun cik cen ni lalu kat dia! dia g kejar tapi bila tercium bau terus dia blah dari situ.... haih... alu oh aly bertuah..
Thursday, August 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
::peringatan buat pengunjung::
"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
6 comments:
cuti..........bolehlah rehat sepuasnya
erk........jom soping
tesco ke..hahaha...:P
cepatnya dah jumaat kan hehe
Kucing sekarang tak macam kucing dulu, ekekeke.. Dah pandai memilih mangsa. Agaknya cik cen tu busuk kot, hihihi..
@Kujie: ala kak... tak dapekla... nak siap2 ke taiping... lain kali ek kak
@Lady: tula pasal..tambah pulak memang banyak keje this week tak terasa masa berlalu
@Tie: kucing makan frieskies katekan! hahhahaha
ya rabbi akak.kembang tekak2 yonna ni. rasanya mcm tak sahur dah ni satgi hahaha. tak boleh imejin kalau ada cen dlm rumah yonna. ya allah! sumpah gelinyaa huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :((
harap2 xde la lagi dlm rumah akak
@yonna: sorila dik.. tak bermaksud nak mengembangkan tekak sesape! hihi
Post a Comment