Thursday, August 12, 2010

cuti - cuti malaysia II [Edisi Genting]

Percutian yang tak dirancang sebelum ramadan, hari isnin (2/8/10) kawan baik sy ajak temankan dia bercuti. sebab?? tuntutan kerja yang menekan menyebabkan dia mahu berehat seketika. bukan lama... 2 hari cuma. Pada mulanya kami merancang ke Pulau Pangkor melawat ikan - ikan disana... tapi saat akhir kami ubah ke Genting Highlands saje.

Kali terakhir saya berada dipuncak Genting adalah 4 tahun lalu, saya memandu sendiri juga bersama dia cuma kami tidak bermalam disana. Taman tema yang menarik itu pun cuma dapat dipandang kerana maklum sajalah ketika masih bergelar pelajar, kewangan sangat terbatas! lagi - lagi pelajar dengan tajaan PTPTN... naik kesana sekadar mahu menguji tahap kecekapan pemanduan! kononnyelah!! bajet ala2 nak driftlaaaaa... tak sedar diri!! sib baik sampai harini kakak taktau kete dia kene lenjan haritu!jelirjelirjelir

Kami memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan awam kesana dan perancangannya adalah

bas dari KL Sentral > kereta kabel > sampai di puncak genting

tapi bila sampai harinya (Khamis 5/8/10) ketika kami sampai di Kl Sentral, bas hanya akan bertolak pada pukul 4 petang kerana perkhidmatan kereta kabel ditutup selama sebulan untuk penyelenggaraan.... haish.. tak dapat nak naik rasa naik cable carsighPlan ditukar, kami tidak mahu menunggu sebab ketika itu baru jam 11! kami naik keatas dengan meyewa teksi. kebetulan ada seorang lagi penumpang yang mahu berkongsi teksi bersama kami. penatpenatjimaaaatttt!


kami sampai di puncak sekitar jam 12.30 terus ke First World Hotel. keadaan? Ramai orang walaupun pada hari bekerja dan kebanyakan adalah pelawat berbangsa cina dan arab. Agak janggal bila melihat lobi hotel yang semeriah itu. Perlu beratur panjang untuk mendapatkan nombor sebelum nombor berkenaan dipanggil ke kaunter untuk urusan pendaftaran masuk dan bayaran. yelah sebab hotel lain tak sampai 6000 bilik kan??
dah macam kaunter nak beli tiket bas!!gataigataigatai

Sekitar jam 2.00 ptg baru urusan pendaftaran masuk selesai. harini hari berehat2 bermalas - malasan diatas katil sahajajelir menikmati suasana sejuk semulajadi kipas pon takyah on. kebetulan pada hari itu cuaca redup dan mendung. kabus meliputi puncak genting... seronok!!



HARI 2

malam tak dapat tidur lena, kesejukan!! 730 pagi dah tak dapat lelap balik dan menghilangkan bosan saya terus bersiap utk naik bersarapan, kawan lebih selesa melayan mimpi... biarlah.. memang tujuan beliau kesini untuk berehat. Keadaan di cafe meriah! dapat menggambarkan betapa ramai pengunjung yang menginap di hotel itu.

jam 11 kami turun untuk masuk ke taman tema dan menikmati hari kami!! tapi..... sebab bijak sangat... langsung terlupa nak ambil kamera sebelum mengunci loker. maka dengan itu takdelah gambar kami dalam taman tema!! jadi gambar2 mintak ihsan en google saje... bukan takde orang jual gambar di setiap kawasan, cuma harganya terlalu mahal! rm35 sekeping gambar. 5 kali naik permainan yang berlainan takkan nak bayar sampai rm175?? haish.... takpelah sekadar rekod dalam memori otak yang kadangkala terlupa ini pun cukuplah...

kami memilih beberapa permainan sahaja dan yang pastinya, yang thrill!! yang biasa2 taknaklah... cheist belagak!!

spinner

credit pic : etawau

permainan pemanas badan, panas ke?? hahaha takla menakutka sangat. cume kecut perut sikit saja dan yang paling penting bila turun jadi tak stabil!! pening!

Fact about spinner
"Features: 48 individual seats Oscillates and tilts Rides can rise up to 8 feet Minimum Height"

cyclone rides

credit pic : j-travel
credit pic : j-travel

nampak macam tak laju, nampak comel2 je kan kereta tuuu sekali naik! uwaaaaa adela few spot yang macam tertinggal jantung... jelir kira okla.. tapi belum cukup thrill! belagak lagi! pastu dok intai atas nampak space shot. terus aim kesana

space shot

credit pic : hotscreensaver


credit pic : agoda.com

perasaan bila naik? berdebar - debar sebab tinggi sangat.. dan bila dijatuhkan rasa macam organ dalaman ni semua tertinggal dipuncak! tak terasa macam duduk atas kerusi tu.. darah tak sempat turun ke kaki...bak kata orang kampung "that was awesome!!"

Fact about space shot
Type of ride: intense - not for faint hearted
origin : USA
Speed : 67km/hour
max capacity : 12 persons
height :185 feet @ 56.38m


Corkscrew
credit pic : themepark view

credit pic : themepark view

credit pic : bibidom
adrenalin rush diteruskan! kali ni terus ke Corkscrew, kawan dah surrender takut tekanan darah naik... saya teruskan jugak sayang je bayar mahal2 tak rase naik. takut memang takut tapi seronok! jerit habis - habis kasi release tension sengihnampakgigi

flying coaster
credit pic : picasa web

credit pic : virtual tourist

last ride.... tapi... yang ni nampak menggerunkan, sy ambil masa hampir 20 minit sebelum berani melangkah naik! gatai tapi bila dah naik, rase nak naik lagila!! sengihnampakgigisengihnampakgigisengihnampakgigi berangan2 terbang jadi superwomangatai


......... dan lepas turun flying coaster, perut rasa lain macam, tekak rasa loya, pandangan berpinar - pinar. Dalam bas ketika perjalanan turun jadi lagi dasyat... rase nak terkeluar semua isi perut, makan jeruk tak jalan dah, minum 100 plus pun tak jadi dah, berpeluh - peluh tahan rasa loya dan pening. haih... tula dah tua - tua gatal lagi nak main benda2 tu sumasedih

takpela kenangan.... dan yang paling penting, semua perbelanjaan naik, turun, masuk theme park, makan , minum semua ditaja sepenuhnya oleh dia. saya tak belanja 1 sen pun....
terima kasih banyak awakpeluk

** karangan macam budak darjah 4, nahu pun tunggang langgang... maaf ya kalau ada guru bahasa melayu yang terbaca entry ni... tulis suka - suka cikgu**

4 comments:

maza said...

wakakkaak....

kalau maza, memang tak ternaik lah benda alah itu semua..

naik kuda yg pusing2 slow2 tu boleh ler.. lebih2 ahaks.. kena bentang sejadah dulu gamaknya.. hehehhe

Lady of Leisure said...

hehe i lagi lah tak tahan naik menda alah ni.. naik kereta atau bas ikut jalan bengkang bengkok pun dah pusing kepala.. :D

yonna said...

lama dah tak pegi genting! hehee. ada tambahan mainan ke kak? yonna suka pegi sanaaaaaaaaaa! mesti akan naik game2 thriller tu T___T rasa mcm nak tercabut nyawa kan?

paling tak tahan, space shot tu. cukup 2x naik, yonna dah surrender, siap bersumpah taknak naik dah. mmg rasa tulang temulang semua tertinggal kat atas kan? hahaha

yeah! yg penting org belanja LOL

~mrs azmi~ said...

@maza: bila orang belanja boleh je sume... hahaha

@Lady of Leisure: sesekali mencabar kemampuan diri, padahal sebelum nak naik tu lutut rase nak tanggal dah ^_^

@yonna: akak tataula mane 1 yang lama mana 1 baru.. sebab tula 1st time masuk!! gila ketinggalan zaman.. anyway, spaceshot memang paling best!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"