Monday, August 16, 2010

hari ke -6 ramadan

pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 6 bulan mulia ni kan? berangan - angan nak puasa penuh tahun ni, tapi nampaknya hasrat hati saya belum dimakbulkan... walaupun pada mulanya hati mula berbunga - bunga bila 'waktu bulanan' tiba lewat dari yang sepatutnya...

Ramadan kali ni saya berazam nak sediakan juadah sendiri utk berbuka puasa. Tapi hari pertama dah kantoi! haahhahah sebab hari tu penat membeli barang dapur Giant, petang balik kerja singgah ke pasar pulak beli sayur dan ikan. hujungnya singgah jugalah ke Bazar bersebelahan pasar tak larat dah nak masak kalau dah penat macam tuuuu... tak banyak pun yang dibeli cuma kuih sagu seringgit dapat 3, nasi ayam utk suami dan laksa utk saya dengan air tebu. itu pun habis jugak 10 ringgit

alhamdulillah ramadan kali ni boss bagi balik 1/2 jam awal, jadi lagila banyak masa nak masak sendiri utk berbuka! ^_^

tapi bila saat 'waktu bulanan' saya ni hampir tiba, saya tewas! hanya mampu berbaring menahan loya... nak dimuntahkan sayangkan puasa yang sudah melangkaui waktu tengahari...

harap bila 'waktu kecederaan' ni berlalu dapatla masak semula ^_^ walaupun sendiri tak puasa dapat sediakan utk suami pun dah cukup bagus kan??

7 comments:

HEMY said...

DUGAAN..tapi pasti ada balasan yang baik utk kesusahan tu

Rozita said...

air tangan sendiri lebih menyelerakan

Lady of Leisure said...

wah untuknya dapat isteri yang rajin gini..
:)

Tie said...

Kalau kak tie pun letih gak, balik kerja terus masak. Kak tie yang dok goyang kaki kat rumah ni pun kekadang datang angin letih dan malas. Rasa nak guling-guling depan tv je.

~mrs azmi~ said...

@HEMY:fikir positif saje kanns ^_^

@Rozita: ala kadar saja...

@Lady of leisure: macam hari2 biasa je lady... cuma waktu masak dan makan tu diawalkan ^_^

@kak tie: syok tu guling2 depan tv... tau2 makanan dah sedia! hahaha

en_me said...

rajinnyer kanns.. ehehe

salamm ramadhan mrs azmi teww

~mrs azmi~ said...

@en_me:salam ramadhan juga en me ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"