Friday, September 14, 2012

A 6-million Ringgit's Lobster

cemana agaknya rasa & rupa lobster rege 6 juta ye??

ehehe tajuk mesti mau gempak kannns

toksahle nak pening kepala mikir berapa besar lobster harga 6 juta ye
agak2 dia hidang lobster salut emas kotttttt

cam gini je rupanya



v



v



v



v



standard saiz lobster sajok

takde emas - emas bagai pun... kenapa pulak rege sampai 6 juta?

semalam company belanja lobster for dinner. lepas kejayaan dalam balloting day lepas... dalam balloting day to melibatkan jualan lebih kurang rm300 juta, semalam yang join lebih kurang 50 orang.. jadinya setiap lobster yang dihidang tu harga lebih kurang 6 juta le kannnnnn?! hihi 

sapa yang tetipu dengan tajuk jangan baling kasut pulak kat saya ya 

first time makan lobster sepanjang 29 tahun hidup ni... sesi meratah lobster dijalankan kat Lobsterman, SS2 PJ. pandai2la google kat mana restoran tu ya...  saya pilih menu Char-Broiled Lobster, time nak pick menu google dulu orang rekemen yang mana 1. dalam tu nampak cantik sangat.. siap ada seketul jagung bagai as side dish.. tapi bila dapat takde pun!!!! isk.. tipu! nasib baik lobsternye sedap

mujur bukan kuar duit sendiri.. kalau tak mau ai bukak pencak silat tak puas hati kat situ.. hahaha

bila start makan saya dah rasa lain macam ada macam pening sikit, tapi ignore je sebab maybe itu perkara biasa.. maklumla.. kita  ni tak biasa makan kan.... lama2 dah naik syeikh mengerjakan lobster tu, menda lain memang tak kisah dahhhh.. dasar buruk lantak!

tapi bila dah  makan desert (vanilla ais krim) rasa semua benda yang makan tadi dah duduk kat anak tekak! 

betul2 rasa nak muntah!

tapi cool lagi... yela bos2 besar pun ada lagi takkan nak buat scene kat situ kenn


dapat tahan sampai rumah, bila mandi time gosok gigi dia trigger lagi sekali.. memang takleh tahan dah... keluar semua menda yang makan tadi... huhu rugi sekor setengah lobster...

nak tido memang seksala sebab sementara nak lelap tu memang menahan muntah je... alahai...



ingatkan kita sorang je.... pagi ni sembang ngan orang lain ada 2 - 3 orang yang mengalami benda yang sama..


kenapa ya??


MISTERI.......

4 comments:

zard said...

Salam kenal. Sorry kalau saya bagitau ni, you should inquire the waiter or person in-charged kat restaurant tu, masakan tu ada campur dengan liquor atau tidak? Sebab, masakan lobster ni mungkin tak semua tapi sering nya masakan barat ada letak cooking wine as one of bahan perencah (optional item je bukan tak ada masakan tak sedap pun). Just a thought, i might be wrong. Selalunya if I nak tau mereka letak or not, i have a trick question for them, alhamdullilah, often they will tell me the truth. Sorry again for what I have said, ya.

~mrs azmi~ said...

@zard: oh yeke? how naive i am.. memang tak terfikir bende camtu..
thanks for the advice eh.. after this memang kene extra careful kalau nak makan tempat camni

akubiomed said...

Tidak pernah makan lobster selain udang goreng kunyit sahaja. :-)

~mrs azmi~ said...

@akubiomed: betul! udang goreng kunyit rasenye lagi sedap dari lobster ni...

**dasar orang kampung yang tak reti makan mewah2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"