Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, March 10, 2010

ku pinta secebis ruang dalam doa kalian~

tengahari kelmarin (12:30pm) tetibe kakakku anta IM thru Yahoo Mssengger

kakak: "jum pi spital ampuan rahimah"
aku : " ade ape?"
kakak: "wak aji rahmat nazak"
aku : " erk?!"
kakak: " kak baru dapat berita"
aku : " sekarang?"
kakak: "wa bgitau"
kakak: "kak tgh tunggu dia ni
aku : "eh nak ikot!"
kakak: "nk car pool"
kakak: " jumla.."
kakak: " jumpa kat sana nnti"
kakak: "ape2 call @sms"
aku : " wa dah kuar ke?"
kakak: " kak nk off line ni"
kakak: " aah"
kakak: "dah"
kakak: " nk pi tunggu kt dpn hotel itm"
aku : " ok"
aku : " bye"

(wak aji rahmat - pakcik aku(abang bapa), wa - adik sepupu)

pelan asal nak keluar lunch dengan aisyah, tapi serta merta cancel dan aku terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Aku sampai disana kakak masih belum sampai.. cube telefon tak jawab pulak.. isk! mane aku nak carik wad dia?? dahla hospital tu sikit punya besar!!!

cuba nasib telefon abg kut - kut dia tahu mane wad wak ni.

.......alhamdulillah berhasil, wad 3B

masuk je wad tu, aku tgk wah!!!! ramainya orang! macam tempat pelarian perang!

bila sampai kat katil wak haji rahmat, aku terkesima.... wak sangat kurus!!!! leher wak sudah ditebuk untuk mengeluarkan cecair dan kahak.. wak koma. mmg kesian sangat tengok.. cengkung sangat..

satu waktu dulu.... wak adalah salah seorg adik beradik bapa yang paling sihat. boleh kemana - mana sendiri tanpa bantuan walaupun umurnya sudah melebihi 80 tahun. masih boleh ke sekolah menghantar dan menjemput seorg anaknya yang menghidapi down syndrome.

tapi sekelip mata segalanya berubah bila Allah mahu menarik kembali apa yang di pinjamkan kepada makhluknya..

malang tidak berbau apabila wak terlibat dalam kejadian langgar lari dikampung pada bulan Ogos tahun lalu! selepas pembedahan pertama wak koma beberapa hari, bila sedar wak disahkan menghidap amnesia! wajah anak - anak hanya dipandang kosong! tiada pandangan kasih seperti selalu....

setelah berbulan berlalu, wak keluar masuk hospital.. tapi keadaannya masih sama... makin lemah almaklum sajalah umur yang semakin lanjut membuatkan kadar penyembuhan semakin perlahan. sehinggalah isnin lalu wak sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana darah dan cecair menyembur dari lubang yang ditebuk di leher..

pilu benar bila melihat wajah lemah yang hanya mampu menarik nafas tersekat - sekat. ku pandang sekeliling katil bertambah pilu rasa hati... keadaan yang kurasakan amat uzur.. peralatan yang uzur! kalau selalu pesakit yang sudah diketegorikan sebagai tenat pasti akan diasingkan dan dipasang mesin. tapi disana dek kerana kekangan ruang dan pesakit yang ramai, semua berada di tempat yang sama.

setengah jam disana, ku sempat habis menyedekahkan surah yasin untuk wak, moga kesakitannya dapat diringankan. moga dipermudahkan urusan dan perjalanannya.

moga wak cepat stabil dan keaadaan bertambah baik...

*******************************
......di tempat letak kereta pelawat

sesiapa pernah datang ke HTAR pasti akan merungut dek kerana kawasan parkir pelawat yang sangat teruk! sesak!!
sebagaimana sesaknya pesakit di dalam wad, begitulah juga di kawasan parkir.. malah lebih teruk lagi! kawasan parkir yang terhad membuatkan pelawat memaksimakan kawasan. ada yang senang membuat barisan baru di tengah - tengah jalan di dalam kawasan parkir.

alahai....

agak - agak bila masalah itu akan berakhir ye??

moga - moga kesesakan itu akan berkurang sebaik sahaja hospital shah alam dibuka kelak

4 comments:

Yunus Badawi said...

Saya doakan wak cepat sembuh. Tetapi jika sudah tiba masanya dia dipanggil pulang, semoga dia pergi dalam keadaan beriman.

Ustaz di tempat saya pernah berpesan kpd keluarga jiran kami yg ada ahli keluarga mereka yg sedang nazak supaya jangan sekali2 tinggalkan dia berseorangan. Pastikan ada yg berada di sisinya samada utk membaca ayat2 suci al-Quran atau mengajar dia mengucap.

HEMY said...

cilake jahanam yg langgar lari tu...apa perasan dia bile tgok gambar ni..mangsa yg dia langgar..ke mmg lgsg takde rasa apa orang camtu

~mrs azmi~ said...

@YB: terima kasih.. setakat ni wak ditemani isteri dan anak yang down syndrome. anak2 yang lain akan bergilir2 datang selepas kerja. alhamdulillah setakat ni tak pernah wak keseorangan.

@HEMY: dapat dah org yang langgar tu.. sib baik je tak lunyai budak tu kene belasah orang kampung cume tataule die rasa bersalah ke tak langgar org tu

Lady of Leisure said...

semoga Allah berikan kesihatan pada wak dan semoga wak cepat sembuh.. sama2 kita doakan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"