Tuesday, March 9, 2010

rupanya kerana lembu

pagi semalam

sebaik saja ku mulakan perjalanan ke pejabat, laporan trafik radio sinar melaporkan ada kemalangan di lebuhraya kawasan rawang arah utara yang menyebabkan kesesakan lalulintas, dalam hati berdetik mungkin kemalangan kecil biasa yang berlaku pada waktu pagi...

perjalanan seperti biasala.. tersengguk- sengguk di sesetengah tempat tapi masih dalam sela waktu yang biasa.. teringat pasal berita pasal kemalangan tadi, tapi tiada yang luar biasa di pekan rawang. mungkin kemalangan tadi telah dialihkan dan trafik sudah bergerak lancar

tapi... ternyata tekaanku meleset

sebaik saja melepasi plaza tol rawang dari jauh ku lihat barisan panjang yang ingin menyusur masuk ke lebuhraya! aiseh.. bukanke accident tadi menuju ke utara? kenapa yang menuju ke kl pulak yang jam lebih - lebih?

kereta bergerak tersengguk - sengguk sampaila lebih kurang 2 km dari susur keluar tadi... rupanya kemalangan awal pagi tadi masih belum dialihkan!

dan seperti biasa... pemandu - pemandu di malaysia ni kan dah terlebih prihatin semua nak perlahankan kenderaan semata - mata nak tengok. bukan nak tolong!! alahai...

pihak berkuasa semua telah sampai tapi aku pelik kenapa ambil masa lama nak alihkan BMW hitam yang terbalik di lorong laju tu ke tepi? sedangkan kereta tunda juga ada disitu.. sedangkan kemalangan tu sudah dikeudarakan lebih setengah jam yang lalu??

sambil tersengguk - sengguk menekan pedal minyak dan clutch sempatla snap gambar sengihnampakgigi

seperti biasa kalau ada kemalangan mesti kita akan teka apa penyebabnya kan?
"ala...mesti bawak laju tuuuuuu..."
itu penyebab biasa yang kita lontarkan.. aku juga begitu...

sumber: kamera hanfon 'cap ayam' sayaihikhik

malam tadi..

ketika buletin utama disiarkan, kemalangan pagi tadi turut mendapat paparan...

dan sebab sebenar kemalangan diketahui...

sumber:harian metro


ooooo lembu punye pasal rupenye.....gatai

3 comments:

xiiinam said...

Innalillah.....

xiiinam said...

Nak bagi tau je.....
Patutlah....ku rasa pernah ku lihat pengantin itu secara langsung...tapi di mana yaaa? He..he..

ckLah ada salam keruk dengan mak pengantin tu dulu....hi...hi

~mrs azmi~ said...

@xiinam: ada datang ek? terima kasih banyak! heheh.. tapi time tu tak berapa nak kenal kanns

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"