Thursday, December 31, 2009

begitulah... akhirnya 2009


tahun 2009 dirasakan terlalu pantas berlalu... sekarang 2009 sedang melalui minit2 terakhirnya.. ku takkan bertemu lagi akan saat2 ini... ketika diambang tahun baru 2010 ni ku masih berfikir dan menyoroti masa sepanjang tahun ni... apa agaknya pencapaian ku yang terbaik?? apa pula impian ku tahun 2010?? hehe kang letak wishlist berpinar - pinar pulak korang nak bacegatai

tak perlu cerita panjang lebar kot sebab semua org tengah bersedia depan tv @ kt mana2 tempat tumpuan untuk countdown minit2 terakhir tahun baru.... so gud luck untuk semua! moga 2009 akan tersimpan dan menjadi teladan untuk menemmpuhi tahun yang akan datang!!

selamat tahun baru 2010!!minum

Tuesday, December 29, 2009

klasik ohh

malam tadi ku terasa sangat bosan... cerita2 tv pon tade yang menarik perhatian. siri Awan Dania tu dah abes ek?? pasal malam tadi dah tade?? fikir
suami pulak masuk tidur awal sebab perut meragam <--kesian die sebab baru nak tido org sebelah pulak sibuk mengetuk dinding!! tah ape yang die nak sangkut banyak2 dari maghrib bawak ke tgh malam tak siap2 lagi... alahai... agaknye xcited nak menghias rumah sebab dapat bonus banyak kotihikhik

sebab bosan ku pon masuk lam bilik belakang.. saje nak mengemas sikit, alang - alang dah ada mood.. on jela.

tgk jela gambar2 aly menolongku mengemas kotak semalam
org nak letak barang2 dalam tu die boleh chantek punye landing kat situ... alahai bertuah..

dalam box lame aly duduk tu ade barang2 lama.. zaman belajar dulu!! hehe kenangan betul sume barang2 tu. ape yang ku jumpa dalam box tu??

1) ada surat dari kawan lame (2003)<--zaman tu emel tak bape nak glemer lagi.. klasik kan?? ayat masing2 tak bape nak matured lagisengihnampakgigi citer pasal boyfren bagai... sampai 4 -5 helai surat tu taw!

2) kad jemputan kawen member (2005) <-- pesal tah boleh simpan kad jemputan tu

3) kad pengenalan ku <--ic darjah 6... gambo hitam putih, dah kerat kat penjuru sebab dapat mykad

4) lesen 'P' (2003) <-- sebab menyimpan?? ntah...

5) gambar2 lama zaman belajar

6) kad2 raya (2003 - 2005)<-- paling special kad raya dari taiwan siap duit raya NT$1000 duittapi sayang nak g tukar

7) 2 kaset lame yang ku dah lupa apa kandungannya<-- misteri jugak ape isi die sebab kaset tu kaset yang rakam sendirigatai

8) geran cincin hadiah bday tahun 2005<--beli kat poh kong tapi sayangnye cincinnye dah hilang putuscintemaybe sebab dah tade jodoh ngan ex bf tu kot..ihikhik

9) souvenir2 dari bermacam2 tempat<-- keychain, tasbih, loket, tie pin, chopstick, hankerchief, mug, pen, scarf. ade 1 bekas tu isi die ppasir hitam n putih, cengkerang siput... tu sume kutip mase kat langkawi tahun 2005. pasir yang putih tu dari pantai cenang, pasir hitam dari pantai pasir hitam. sentimental ohh!

10)diari lama 2001-2005<-- lame dah usia diary tu.. banyak kisah suka dukaku tercatat dalam tu. tapi lepas 2005 entah kenapa aku dah makin kurang menulis. mungkin sibuk dengan tugasan tahun akhir pengajian

11) resit2 lama<--resit2 amik duit ptptn kat mesin atm mostly aku simpan.. macam2 resitla ada.. resit makan kfc tahun 2004 pn ade

12) tiket wayang<--banyak jugak koleksi tiket2 wayang yang aku simpan.. mostly tgk kat mines

13) dunhill box limited edition<--exbf aku bagi.. kotak die chantek.. edisi chinese new year.. ku simpan tiket wayang dalam tu

14) music box<-- ehehe yang ni nak citer sebenanye...senyumkenyit
music box ni boyfren ku yang bagi tahun 2003. tu hadiah pertama dari diala, malumase dapat tu hati berbunga2! maklumla mase tu klu dapat music box ni kira romantic habeesla... awwww!!sengihnampakgigi

ingatkan dah tak bunyi.. bila bukak masih ok!!!! tepuktanganpeace cume ade skru dah patah. jadi cam fragile sketla bila pegang.. macam dah nak leraiihikhik agaknye dulu penah jatuh kot... tak ingat

nila rupa music box tu. ada slot tempat simpan barang kat bawah

mase dok melayan kenangan silam tu aly pon menyibuk same... tgkla gelagat die ngan music box kat bawah ni

aly: "isk pesal ade bende gerak2 kat situ?? dahla bunyi2"

aly: " test tgk dekat sikitlah"

aly:" test peganglah!"

aly: "o mak kau jatuh! erk ingatkan melekat!!"

aly: "cam sedap jek..." ngap!!

agaknye aly tak puas ati tgk patung tu dok gerak2 dari tadi terus die ngap bawak lari.. sib baik sempat tangkap amik balik.

15) item terakhir: birthday card tahun 2003<--yang ni pon boyfren ku yang bagi... kad birthday ade bunyik2.. mase tu kire dah canggih sangatla dapat birthday card ade music sebab mahal sengihnampakgigi



aly sempat lagi menyibuk dimana2 mama amik gamba isk2

ada beberapa lagi hadiah yang boyfrenku bagi dulu... masih elok tersimpan. mesti korang kate aku ni masih menyimpan perasaan ngan boyfren lame ye... sebab mmg ye pun aku masih kasihkan die.. mane bleh lupe bebgatai


sangat2 kasihkan dia sampai skang!!


sebab tu die layak selayak2nye jadi suamiku sekarang!!celebrate sengihnampakgigiencem

Wednesday, December 23, 2009

wedding anniversary ~1

hoho... sedar tak sedar saya dah setahun bergelar isteri... kalau bunting pelamin mesti dah besar baby sekarang... hahaha!!!jelir tapi ape boleh buat.... belum ada rezeki untuk kami tahun ni.. takpela biarla mak berehat dulu dari uruskan newborn cucu. angel terus berdoa dan berusaha supaya kami dapat buah hati tu dalam mase terdekat... doa

kebetulan tahun ni anniversary jatuh hari sabtu. bermakna hari cuti dan ikut plan asal saya nak masak sesuatu yang istimewa.. tapi apakan daya plan tah kemana... hari jumaat saya diserang demam selesema mungkin kerana cuaca yang tak menentu, ralat betul rase klu hari cuti jatuh sakit pula! lainla klu ari keje!! laju je amik mc klu demam!! hahahakenyit

so ari saabtu masih kurang sihat.. nak masak mmg tak laratla... suami pulak ade tugas di Batang Kali dari pagi sampai petang. so sebab 2-2 pon cam dah tak larat malam tu kami cume celebrate simple2 jek di rumah.. tadela candle2 light dinner bagai! cukup dengan hidangan simple dari 'dapur pinjam' kat bukit sentosa dan kek aiskrim... semua citarasa suami.. sesekali bergantung harap pada citarasa dia not bad jugasenyumkenyit

kek aiskrim sempena ulangtahun perkahwinan kamicelebrate... ape yang tak nampak dalam gambar tu aly tgh meronta2 untuk makan kek tu sama!! isk tak sporting betul ma dan abah nak romantik2 ketukmeje

tgk jelah aly tu tunjuk perasaan bila dah kena marah.. merajuk je keje.. isk

****************

keesokan harinya kami ke ampang nak makan nasi minyak!

2 minggu lepas tak berpeluang untuk ke batu pahat meraikan mereka... mujurlah majlis pihak lelaki diadakan di Ampang. selamat pengantin baru QAMA!ros

Saturday, December 19, 2009

365 hari menyulam cinta

masa berlalu... sangat pantas!!
19 Disember datang lagi....
365 hari sudah semenjak lafaz keramat itu dibuat.
mengharungi pahit manis dugaan hidup bersama

365 hari masih tempoh yang terlalu muda
masih dalam penyesuaian antara kita
tapi saya sangat berterima kasih
atas status yang abang berikan ini

terima kasih sayang
semoga permulaan 365 hari ini akan terus menjadi tapak kukuh untuk kita berdua bersama
hingga ke akhirnya... insyaAllah

******

I'm sending this bouquet of love
To say that I love you so much
I hope I say it often enough I want you to know it's true,
On this special day I want to remind you
That you are my everything And my love is true,

~Happy 1st Anniversary sayang~


Tuesday, December 8, 2009

Selamat Pengantin Baru~



selamat pengantin baru untuk kawan baikku ketika di upm
adeh.. sedih je tak boleh nak attend wedding die sabtu lepas...
sorry qama keadaan tak mengizinkan aku nak kesana meraikanmu dan suami
tapi aku doakan semoga kalian berbahagia hingga ke akhirnyadoa

kalau tak salah kali terakhir kami bersenda gurau waktu wedding aku last year
huhu... gambar atas tulah...
dan setahun kemudian giliran die pulak naik pelamin....
belum dapat tgk lagi rupa dia dalam persalinan raja sehari

utusan cinta buat pengantin baru

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya sidara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing - masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan
Matlamat yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang siurlah jalan kesana
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang jitu mengundang keliru
Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
lalu mulakanlah kembara berdua
Kerna dan untuk... Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah menjadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah
Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
yang soleh dan solehah.....

.................................................

buat semua pengantin baru yang sudah melangsungkan perkahwinan dan bakal melangsungkan perkahwinan di musim2 cuti sekolah ni... tahniah diucapkan... moga kalian semua akan berbahagia hingga ke akhirnya....angel


Saturday, December 5, 2009

2:02am :: tak reti2 nak tido

sejuk rase hati bile tengok budak - budak ni
tah nape malam ni tak rase mengantuk pulak..

menjelang tgh malam je tetibe naik syeikh pulak nak edit gambar dini dengan sufi niihikhik

tak sedar diri jam dah pukul 2 pagi

disebabkan kecetekan ilmu photoshop ni, jadinye nak hasilkan gambo sesimple tu pon berejam! wakaka!!gatai

tapi bagus jugak, sambil download tutorial yang sangat semput sempatla siap basuh kain, sidai kain..

ha kan ade pekdahnye tido lambat... dah siap sikit keje umahihikhik

dah.. dah..

mase dah time nak tido
encem

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"