Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya sidara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing - masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan
Matlamat yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang siurlah jalan kesana
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang jitu mengundang keliru
Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
lalu mulakanlah kembara berdua
Kerna dan untuk... Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah menjadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah
Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
yang soleh dan solehah.....
.................................................
Naluri nurani yang pinta diisi
Kerananya sidara rela diperisteri
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Masing - masing membawa harapan
Agar terbinalah rumahtangga penjana kebahagiaan
Matlamat yang satu, tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedahnya berbeza
Lalu bersimpang siurlah jalan kesana
Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Mencari yang jitu mengundang keliru
Binalah rumahtangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
lalu mulakanlah kembara berdua
Kerna dan untuk... Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan, Islam itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah menjadi sambungan madrasah
Berputiklah rahmah, berbuahlah ulfah
Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga
Setia dan penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah
Mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan zuriat
yang soleh dan solehah.....
.................................................
buat semua pengantin baru yang sudah melangsungkan perkahwinan dan bakal melangsungkan perkahwinan di musim2 cuti sekolah ni... tahniah diucapkan... moga kalian semua akan berbahagia hingga ke akhirnya....
No comments:
Post a Comment