1.11.11 / 4.45 pm
Jalan yang saya lalui saban hari (jalan rawang - country homes) tiba - tiba banjir petang semalam, sebelum ni memang tak pernah berlaku sedemikian. Kalau ada pun sekadar air bertakung di pinggir jalan, hujan yang sangat lebat menyebabkan air naik lebih 1 kaki sepanjang lebih kurang 100meter.
ramai juga yang berpatah balik dan trafik dari arah rawang berhenti sepenuhnya!
entah kenapa sewaktu sampai ke kawasan banjir berkenaan terus mengharungi air tanpa berfikir panjang sedangkan air waktu itu mengalir deras dan saya seorang yang fobia dengan air yang mengalir deras. Mungkin kerana yakin apabila melihat kereta hadapan bergerak tanpa masalah, tapi bila sampai di pertengahan terasa air makin tinggi! dalam hati cuma berdoa janganla kereta depan berhenti...
kalau kenderaan pacuan 4 roda mungkin tiada masalah mengharungi air sebegini, tapi untuk kenderaan kecil seperti cik putih memang tampak mustahil. Alhamdulillah, cik putih dapat mengharungi kawasan banjir dengan selamat.
kejadian ini pasti memberi tamparan pada kontraktor yang mengendalikan projek menaik taraf jalan dan harap - harap mereka mengambil langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Lebih - lebih lagi ketika musim yang tidak menentu, hujan bila - bila masa.
7 comments:
uii...beraninya...seb baik semua selamat. yg paling takut ialah bila kat smp tengah-tengah tertiba enjin mati.
kena standby lori ah~~he~~
ko sangat gagah!! si putih juga..
mmg risau sesgt klw drive time ujan2 ni...
Very 'gagah' indeed!
I agree with MamaBetty!
The rain is driving everyone nuts!
Must pray that the rain water subsides in Thailand, and does not enter Kelantan! I heard the river bank is pretty high there!
Amboiii..beraninya dia. Saya surrender takut
Selamat Hari Raya Haji Mah...
Post a Comment