Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, November 8, 2011

mabuk daging

Tahun ni bapak buat korban kat kampung, maka berbondong - bondonglah anak menantu dan cucu - cucu balik nak membantu menumbangkan lembu. kami dua beradik lepas solat sunat raya baru gerak ke rumah bapak. Disebabkan tahun ni lebih sepuluh ekor lembu yang akan dikorbankan di serata kampung pada hari pertama, jadi terpaksalah menunggu giliran, menunggu pakcik tukang sembelih datang. Kalau dulu masa zaman bapak sihat memang dia yang sembelih, tapi sekarang bapak dah takda kudrat yang banyak nak buat semua tu.

Disebabkan lama sangat menunggu bapak jadi tak sabar, dari elok dia duduk dalam rumah terus mintak bawak dia keluar, mula - mula sampai koridor rumah je sebab nak tunjukkan cara tumbangkan lembu pada anak - anak lelakinya. Bapak cakap "bapak ni boleh buat, tapi dah takde kudrat!!".

bapak berkerusi roda menunjuk ajar anak lelaki

Bapak memang ramai anak lelaki tapi semua tak berpengalaman tumbangkan lembu, apatah lagi nak sembelih!! kalau setakat jadi asisstant pegang tali lembu ke, tolong lapah ke oklah. Bila tengok anak - anak tu taj jalan jugak lama - lama bapak suruh cucu tolak kerusi roda dekat dengan tempat lembu sebab nak bagi arahan macamana nak buat.


lembu dah selamat ditumbangkan, kerja keras anak menantu bapak..

alhamdulilah lembu tu pun mudah nak uruskan, senang nak tumbangkan dan tak meronta, bila dah tumbang nak pusingkan ke arah kiblat pun dia tak melawan. Bila nak ikat kaki masing - masing terkial - kial, mujur kakak bawak pekerja pakistan dia yang memang biasa uruskan ikat - ikat kaki lembu ni. sekejap je selesai dia ikat.. hihi

dah selamat sembelih pun

cameraman lagi ramai dari orang yang nak pegang lembu time nak sembelih.. isk! nasib baik lembu tu tak bangun balik

pakcik tukang sembelih

sesi menceraikan daging dari tulang



kepala!! lembu cukup besar... sekor pun makan masa jugak nak selesaikan

timbang - timbang sebelum nak tetapkan berapa anggaran pembahagian tu

daging saja lebih 200kg bahagi 40 bahagian jadi 1 bahagian lebih kurang 3 kilo

Sebab rusuk lambat siap lapahnya jadi supnya lambatla mula masak. pukul 3.30 baru siap masak, masa tu tukang lapah suma dah tergolek kepenatan

jam 3.30 petang siap masak

menu: sup tulang dan daging rebus cicah air asam.. simple tapi wallah!! adeh tetibe teringat... menjejes air liur atas keyboard

balik je dari umah bapak dah pukul 5 petang, sume tergolek kepenatan. malam memang tak masak dah sebab bawak bekal lauk dari umah bapak tadi! hihi lagipun nasi impit kuah kacang pun banyak lagi.

esoknya kami balik sg buaya dapat lagi sekilo daging... penuh dah freezer dengan daging

bulan ni nampak gaya banyakla menu daging!! hihi


6 comments:

Yunus Badawi said...

Kat kami kampung En Azmi? Kenapa tak balik sebelum raya tu?

Apapun mesti seronok bila anak cucu semua berkumpul utk bergotong royong buat korban tu kannn

~mrs azmi~ said...

@YB: bapak saya yang buat korban,En Azmi anak yatim piatu, Umah mak dan bapak saya asing - asing sebab tu lepas solat raya baru ke rumah bapak... tapi memang seronokla sesekali dapat gotong royong macam ni ^_^

julietchun said...

saya bau daging ada rasa pening gak tapi bila
dah jadi sup sangat sedap :-)

Daddylicious said...

part yg tak best bila sembayang di surau yg buat korban ada bau bangkai yg keluar...erk bau tak hengat..

ashra said...

meriah suasana gotong royong korban kan.
tahun ni tak balik kg,tak dapatlah makan sup tulang daging korban...uhukk...

~mrs azmi~ said...

@julietchun: lagi - lagi kalau yang freee kan? kehkehkeh

@Daddylicious: terpaksa tahan lor beberapa ketika ^_^

@ashra: tula.. time nila baru terasa famiy saya besar sangat! sekor lembu uruskan sendiri je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"