Tuesday, November 29, 2011

pasca kenduri



alhamdulillah....

semuanya dah selamat. Kakak ipar dah selamat dinikahkan sabtu lepas (26/11/11), akad nikah & majlis diadakan hari yang sama dan disebabkan tok kadi tu ada seminar yang perlu dihadiri maka terlambatla majlis akad nikah yang dijadualkan jam 9 pagi terganjak ke hampir jam 12 tengahari. kelam kabutla jadinya! mujur tok kadi tu buat banyak shortcut. kejap je selesai... hihi

majlisnya dah selesai tapi penat rewangnya sampi sekarang masih terasa, hari ahad bila bangun tido rasa macam sotong! lunyai rasa 1 badan....

kenduri ni kira lastla dalam generasi adik beradik suami.... sebab en azmi sudah melangkah seorang kakak waktu kami berkahwin dan disebabkan kedua - dua mertua sudah tiada, rumah kakak sulung jadi lokasi kenduri ni di seksyen 7 shah alam

macam biasala, bila kenduri macam ni masing - masing ambil bahagianla nak sponsor apa. saya cuma mampu nak sponsor DIY bunga telur (gambar bunga telur ada dalam gambar atas, kat depan pelamin), suami - goodie bag bila last - last minute suami minta buatkan hantaran. Stress jugakla sebab nak kena fikir idea last minute. Sudahnya saya proceed dengan bunga yang sama dengan bunga telur iaitu bunga tisu, cumanya saya pelbagaikan warna ungu, merah jambu dan putih. memang murah dan jimat sebab saya gunakan bahan paling minimal! cumanya stress nak menghasilkan bunga2 tu dari sehelai kertas T____T yang jumlahnya menjangkau 400 kuntum!

gambar - gambar dibawah adalah sebahagian hantaran yang saya buat dan belum siap sepenunya pun. bila dah siap, hampeh tak sempat pun nak snap gambar! huhu



bab lipat melipat, menggubah sejadah ke, kain ke memang saya 'fail'! sudahnya gulung jelaaaaa



sirih junjung yang tak berapa nak tinggi... hehheh



contoh hantaran yang dah siap bubuh atas bantal yang dibuat khas! berpeluh jugala nak kasi bantal tu nampak cantik tapi murah! ^_^



dulang untuk buah. selalu saya gunakan bakul tapi kali ni nak bagi lain sikit saya gunakan bowl kaca yang cuma berharga rm12. ^_^

Kos keseluruhan untuk hiasan hantaran kurang dari rm150, kalaulah.... saya punya masa lagi panjang mesti lagi banyak penjimatan yang boleh saya dapat. Nak tengok gambar fulll kena tunggu OP. sebab waktu akad nikah saya dan sorang lagi biras masih bersilat didapur menyiapkan hidangan makan beradap T______T

apapun tahniah untuk kakak ipar dan suami. moga rumhtangga yang dibina sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan berpanjangan hingga ke syurga... aminnn

7 comments:

maza said...

wah.. sudah boleh ambil tempahan gubahan ni.. hehehhee

Yunus Badawi said...

Kalau adik lelaki nikah dulu sebelum kakak dikira langkah bendul juga ke? ... hehehe

Yunus Badawi said...

Nasib baik tok kadi delay cuma dlm 3 jam. Kalau delay sampai petang, mahu kenduri dulu sebelum nikah.

~mrs azmi~ said...

@maza: hehe..

@YB: tak kira langkah bendul eh kalau lelaki? entah! haha main belasah je. kami risau juga tok kadi tu sampai lambat takut kena sanding dulu baru nikah! haha

Aidah said...

Akak suke lah kerja kraf tangan u ni. Camana nak dapat warna tissue purple dan pink tu? Tak cair ke kalau diwarnakan?

Aidah said...

Sorry ye, soalan akak amatlah menunjukkan kebengapan diri sendiri ttg kraftangan. Hehehe.

~mrs azmi~ said...

@Aidah: ni nama je tisu kak. tapi kalau kat kedai bunga tu dorang panggil 'crepe paper' macam2 warna ada... pepel, pink, putih, biru, oren, hitam, rajin ke tak rajin nak carik je... hehe

bunga ni pantang jangn kena air.. dahle lunyai lepas tu kaler dia turun!memang warning kat budak2 jangan makan minum dekat ngan hantaran.. akeke

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"