Disebabkan lama sangat menunggu bapak jadi tak sabar, dari elok dia duduk dalam rumah terus mintak bawak dia keluar, mula - mula sampai koridor rumah je sebab nak tunjukkan cara tumbangkan lembu pada anak - anak lelakinya. Bapak cakap "bapak ni boleh buat, tapi dah takde kudrat!!".
Bapak memang ramai anak lelaki tapi semua tak berpengalaman tumbangkan lembu, apatah lagi nak sembelih!! kalau setakat jadi asisstant pegang tali lembu ke, tolong lapah ke oklah. Bila tengok anak - anak tu taj jalan jugak lama - lama bapak suruh cucu tolak kerusi roda dekat dengan tempat lembu sebab nak bagi arahan macamana nak buat.
bapak berkerusi roda menunjuk ajar anak lelaki
lembu dah selamat ditumbangkan, kerja keras anak menantu bapak..
alhamdulilah lembu tu pun mudah nak uruskan, senang nak tumbangkan dan tak meronta, bila dah tumbang nak pusingkan ke arah kiblat pun dia tak melawan. Bila nak ikat kaki masing - masing terkial - kial, mujur kakak bawak pekerja pakistan dia yang memang biasa uruskan ikat - ikat kaki lembu ni. sekejap je selesai dia ikat.. hihi
dah selamat sembelih pun
cameraman lagi ramai dari orang yang nak pegang lembu time nak sembelih.. isk! nasib baik lembu tu tak bangun balik
pakcik tukang sembelih
kepala!! lembu cukup besar... sekor pun makan masa jugak nak selesaikan
timbang - timbang sebelum nak tetapkan berapa anggaran pembahagian tu
Sebab rusuk lambat siap lapahnya jadi supnya lambatla mula masak. pukul 3.30 baru siap masak, masa tu tukang lapah suma dah tergolek kepenatan
jam 3.30 petang siap masak
menu: sup tulang dan daging rebus cicah air asam.. simple tapi wallah!! adeh tetibe teringat... menjejes air liur atas keyboard
balik je dari umah bapak dah pukul 5 petang, sume tergolek kepenatan. malam memang tak masak dah sebab bawak bekal lauk dari umah bapak tadi! hihi lagipun nasi impit kuah kacang pun banyak lagi.
esoknya kami balik sg buaya dapat lagi sekilo daging... penuh dah freezer dengan daging
bulan ni nampak gaya banyakla menu daging!! hihi
6 comments:
Kat kami kampung En Azmi? Kenapa tak balik sebelum raya tu?
Apapun mesti seronok bila anak cucu semua berkumpul utk bergotong royong buat korban tu kannn
@YB: bapak saya yang buat korban,En Azmi anak yatim piatu, Umah mak dan bapak saya asing - asing sebab tu lepas solat raya baru ke rumah bapak... tapi memang seronokla sesekali dapat gotong royong macam ni ^_^
saya bau daging ada rasa pening gak tapi bila
dah jadi sup sangat sedap :-)
part yg tak best bila sembayang di surau yg buat korban ada bau bangkai yg keluar...erk bau tak hengat..
meriah suasana gotong royong korban kan.
tahun ni tak balik kg,tak dapatlah makan sup tulang daging korban...uhukk...
@julietchun: lagi - lagi kalau yang freee kan? kehkehkeh
@Daddylicious: terpaksa tahan lor beberapa ketika ^_^
@ashra: tula.. time nila baru terasa famiy saya besar sangat! sekor lembu uruskan sendiri je
Post a Comment