Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, October 21, 2011

Lebai Malang 2 : hampir kene lenyek

rentetan dari entri : Lebai Malangkah?!

pagi tu dahla kelam kabut bangun lambat, lepas hantar en azmi ke ofis ingatkan nak terus hantar invois ke pejabat pertanian Kalumpang, sekali masa menunggu untuk keluar dari perodua tu perut sakit sangat! aiseh.. udahle belum turn dapat jalan memang sadisla rasa (kat perodua kalau pagi jam 7.30 - 8.15 dorang akan sekat laluan keluar dari kilang tu, laluan keluar akan dibuka secara berkala so jalan masuk jadi jalan sehala n mudahkan orang yang nak masuk kerja sebab bilangan kenderaan yang nak masuk berkali - kali ganda banyaknya dari kenderaan yang nak keluar)

nak suruh guard tu bukak cepat malula pulak! T____T

dapat je green light pelepasan tu memang pecutla balik umah dulu! sekali elok je masuk simpang sungai buaya tu ada satu treler baru masuk jalan.. uwaaaaaa! nak potong tak dapekla sebab jalan selekoh tajam + berbukit + banyak kete sebab sume orang berpusu - pusu nak masuk keje! nak tak nak terpaksala mengekori dengan penuh sabar treler yang bermuatan penuh dengan besi tetulang yang super lembab!

see?! tulah treler yang super lembap tuuu.. masa ni tengah daki bukit yang agak curamla jugak sila perhatikan meter....

tak bergerak tuuu rpm meter je gerak padahal time ni kereta still bergerak dan selang beberapa saat lori tu terus berhenti, betul2 kawasan curam

adala 2 minit menantikan treler ni gerak tiba - tiba dia pasang hazard light & treler tu start bergerak, bukan ke depan tapi menggelongsor ke belakang!!!!

maunya tak putih muka aku masa tu! masa tu macam tak tahu nak fikir apa.. aku hon treler tu pun takde respon, treler tu terus menggelongsor n aku rasa memang dah tekan minyak habis nak reverse pun rasa macam kete gerak slow sangat... huhu

nasib baik bahu jalan agak lebar dan driver treler tu pun ambil tindakan cepat lencongkan sikit treler dia. kalau tak memang kete aku jadi penyendal treler dari menggelongsor turunla

ini bukan aksi saja - saja ambil gambar lori waktu parking tapi nila keadaan akhir kereta aku dan lori yang terlibat. driver tu memang dah cuakla tanya aku ok ke tak, kebetulan kat belakang aku kereta persona yang sempat reverse agak jauh. hasil dari tindakan - tindakan refleks tadi treler tu melintang tengah - tengah laluan! Ya, di tengah - tengah satu - satunya laluan keluar masuk ke sungai buaya!

lepas aku rasa dah stabil, sakit perut aku tadi datang balik! uwaaaaaaaa

mujurlah di kiri n kanan treler ni ada ruang sikit yang kenderaan bersaiz kecil boleh celus. kalau tak terpaksalah orang - orang yang baru nak keluar g keje ambil EL hari tu.. akekeke

bila dah lepas dari kejadian tu rupa - rupanya ada beberapa lagi siri kejadian malang yang jadik.. huhu

waktu keluar semula dari rumah, lebih kurang sejam selepas kejadian.. treler masih merintangi jalan dan waktu ni lori - lori + bas yang nak keluar dari sungai buaya semua terkandas. pacuan 4 roda pun ngam - ngam je nak lalu tu pun kene adjust betul - betul



ohhh... ya Allah - syukur atas kurniamu, masih memberikan aku kesempatan untuk meneruskan hari diatas muka bumimu ini..

5 comments:

YUS said...

Ya ALLAH.. bahaya nya! sib baik awak cepat buat tindakan kn! huuhuuu....

Queen said...

ui..bhaaya..lebih muatan ke ape ni...huhu....syukur awak ok..

Suara Kalbu said...

Alhamdulilllah syukur .. awak selamat.

adie said...

Uiie... aku dengar pun ngeri. kereta depan reverse ke belakang pun,aku dah cuak,inikan pula lori besar.lagilah pucat.

pepehal.. Alhamdulilllah selamat.

p/s : mmg seksa kan sakit perut di waktu dan tempat yg tak sepatutnya.

~mrs azmi~ said...

@eus: tula.. tu pun mula2 blur jugak nak buat apa coz ingatkan lori tu tengah nak brek ke ape

@Queen:tak lebih muatan, cuma maybe sebab naik bukit yang curam, lori ni tak larat

@Suara Kalbu: Alhamdulillah...

@MrPenyubiru: kalau sakit perut dalam jam memang seksa!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"