Monday, October 3, 2011

Brownies Lapis Cheese untuk dia

ni cerita seminggu lepas dah, hari lahir encik azmi

jatuh hari ahad 25/9, masa tu pulak jemputan open house menderu - deru jadinya si isteri ni cakap "lain harilah kita makan kek ye bang... ke perut abang masih ade space lagi??"

pelan asalnya saya nak bawak dia makan sepotong kek kat 'Resepi Rahsia' tapi lepas dah abis sume open house, nak bawak perut pun tak larat dah.. takde space dah nak sumbat walaupun sepotong kek. Mujurnya dia pun dah tak larat nak makan, jadinya sesi menyambut hari lahir pospone dulu.. sian encik azmi tu dapat isteri macam ni..

esoknya terasa tak sedap hati pulak tak buat apa - apa untuk hari lahir dia, dahla hadiah pun takde maklumla waktu bayaran bulanan belum dapat... sudahnya minta balik awal dari bos. Singgah pasaraya beli barang masak yang mudah dan dah tentu memang dia suka, asal dia masak menu ni.. NASI AYAM cuma kali ni saya pilih buat ayam penyet, untuk kek cadangnya nak beli je tapi rasa macam tak syok nak makan kek je tiap kali birthday kanns?

Kali ni saya pilih nak buat brownies lapis cheese, barang - barang kebanyakan memang dah sediada di rumah... kita pilih yang mudah2 sajalah kan yang penting niat kita nak meraikan dia ^_^ kunun romantic ahaks!

berpeluh kau bersilat nak siapkan semua sebelum dia sampai rumah.... mana nak kukus brownies, mana nak goreng ayam, nak masak nasik, tungku dapur ada 2 je!! ingat nak surprise dia balik sume dah siap hidang, rupanya tak sempat! hahaha hantam sajalah labu.....


SEDAP! ehehe sesi puji diri sendiri.... takde tulis2 apapun kat atas tu... cume buat chocolate topping jer. asalkan dia suka saya sukaaaaa sangat! heheh

Happy birthday to my dear hubby..

1 comment:

MamaBetty said...

sedap nampak..tepekla resepi skali..hikhik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"