Friday, September 30, 2011

Hari Akhir Penukaran PTPTN Konvensional kepada PTPTN Ujrah. Anda Sudah TUKAR?

hari ini 30/9/2011 adalah hari terakhir untuk mengemaskini maklumat untuk penukaran PTPTN konvensional kepada PTPTN Ujrah.

Kepada peminjam - peminjam berkenaan, adakah anda sudah gunakan peluang ini?

pada yang berdegil tak nak tukar tu lepas ni jangan ada yang merungut lagi ya kata PTPTN cekik darah, cekik duit korang beribu - ribu tapi dalam masa yang sama ada jugak salah diri sendiri sebab tak nak bayar.. Sebab tu loan tu beranak tak berenti... kan??

hehe.. mau ada orang menyinga pukul aku lepas nih tak pun kene baling kasut sebab dok sebelahkan PTPTN!

janganla marah.. saya cuma ingatkan.. ada masa beberapa jam lagi untuk kemas kini tu, jangan ambil ringan ya, kesian budak-budak lain yang nak masuk universiti nak pakai duit tu jugak kan? tah adik - adik kita ke

sebelum saya bertukar pun macam - macam yang saya dengar pasal ujrah ni.. kata lagi mahal, pastu LHDN yang akan potong. jadi duit gaji tinggal sikit... nak buat macamana kan? dulu kita dah joli - joli katak ngan duit ptptn tu kanns skang kenela bayo balik. samala jugak kalau kita buat personal loan kan? kita dah joli2 duit tu, lepas tu dengan berat hati kita kenala bayo balik! hihi

tak susah pun nak uruskan pertukaran ni sebab PTPTN dan mudahkan, tak payah penjamin pun.. paling2 g jumpa guru besar sekolah ke, pegawai Gred A ke, ketua kampung pun boleh untuk dapatkan pengesahan sebagai saksi. yang lain kita je yang perlu sign, samada sign macam autograph panjang berjela atau cuma initial yang simple

lepas tu tepek setem hasil dan matikan. lepastu dah boleh hantar sendiri or pos ke PTPTN..

SELESAI, kan mudah?



hutang tetap hutang.. jangan lupe bayo kang kalau kita tiba - tiba dijemput 'pulang' sapa nak selesaikan hutang kita tu??

6 comments:

Daddy Ziyyad said...

Yup...hutang perlu dibayar.

Hadis sahih dari Nabi sendiri ada menyebut, 'hatta yg mati syahid berperang di jalan Allah pun akan ditunda masuk ke syurga selagi ada hutang tertangguh tak dibayar di dunia'.. Bayangkan..tu matyi syahid tu...

maza said...

abg dapat scholarship dari EPF jerk...

hehehhe

~mrs azmi~ said...

@Daddy Ziyyad: tapi tulah dia.. ramai yang degil takmo bayo ptptn ni. bila dah kene blacklist baru nak gelabah.. bila g ptptn nak clear nama masing2 bawak telefon canggeh tak ingat, tapi hutang tak bayo!

@maza: kalaulah waktu tak main2 mintak scholarship..... huhu

bila dah abs belajo baru tau betapa untungnya dapat biasiswa!

maza said...

..tak apa lah tak dapat scholarship dulu kala itu..

pastinya Tuhan sudah ada perancangan rapi utk kita pada masa mendatang..

dan, bukankah kita bahagia skrg ni?.. paling tidak berbahagia dgn kemudahan di dlm talian seperti ini.

kalau dapat scholarship yg dahulu kala itew, belum tentu kita bisa mengeluti dunia maya seperti ini, kan?!

hehehehe

yg pentingnya penyudah hayat kita dong, gitew lorrr.. ahaks

Yunus Badawi said...

Saya dia biasiswa MARA. Jadi takde hutang dgn PTPTN.

Awak mengambil langkah yg bijak dan baik. Yang penting bila berhutang kenalah bayar. Dan kalau ada yg berlandaskan syariah, itu lagilah bagus.

~mrs azmi~ said...

@maza: jangan dikesali dengan hal dulu2 kan?

yang penting masa sekarang dan masa hadapan ^_^

@YB: time YB mende PTPTN tu pun tak wujud lagi kans? ahaks!!

cuma mencuba sehabis baik melunaskan hutang piutang secepat mungkin.. mahu bergerak kearah sifar hutang .. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"