Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, October 31, 2011

Dasar betina.. suka sangat tergedik tunjuk punggung tu!

kalau dah nama betina, buatla macamana pun.. mesti obses pasal kecantikan jugak kan?

tak kirala apa spesisnya pun

serupalah juga macam budak gedik kat rumah ni

tergedik - gedik kalau nampak orang menyikat rambut depan cermin

dia pun nak mintak suruh sikat juga!

walaupun baru 5 minit lalu kita dah sikatkan dia, tetap nak juga! haih......

v


v


v


v


v


pantang nampak sikat terletak, dok gedik sua punggung kat orang.... isk!

bila kita berhenti sikat, pandai pulak menegur... alahai..

Friday, October 28, 2011

Friday, October 21, 2011

Lebai Malang 2 : hampir kene lenyek

rentetan dari entri : Lebai Malangkah?!

pagi tu dahla kelam kabut bangun lambat, lepas hantar en azmi ke ofis ingatkan nak terus hantar invois ke pejabat pertanian Kalumpang, sekali masa menunggu untuk keluar dari perodua tu perut sakit sangat! aiseh.. udahle belum turn dapat jalan memang sadisla rasa (kat perodua kalau pagi jam 7.30 - 8.15 dorang akan sekat laluan keluar dari kilang tu, laluan keluar akan dibuka secara berkala so jalan masuk jadi jalan sehala n mudahkan orang yang nak masuk kerja sebab bilangan kenderaan yang nak masuk berkali - kali ganda banyaknya dari kenderaan yang nak keluar)

nak suruh guard tu bukak cepat malula pulak! T____T

dapat je green light pelepasan tu memang pecutla balik umah dulu! sekali elok je masuk simpang sungai buaya tu ada satu treler baru masuk jalan.. uwaaaaaa! nak potong tak dapekla sebab jalan selekoh tajam + berbukit + banyak kete sebab sume orang berpusu - pusu nak masuk keje! nak tak nak terpaksala mengekori dengan penuh sabar treler yang bermuatan penuh dengan besi tetulang yang super lembab!

see?! tulah treler yang super lembap tuuu.. masa ni tengah daki bukit yang agak curamla jugak sila perhatikan meter....

tak bergerak tuuu rpm meter je gerak padahal time ni kereta still bergerak dan selang beberapa saat lori tu terus berhenti, betul2 kawasan curam

adala 2 minit menantikan treler ni gerak tiba - tiba dia pasang hazard light & treler tu start bergerak, bukan ke depan tapi menggelongsor ke belakang!!!!

maunya tak putih muka aku masa tu! masa tu macam tak tahu nak fikir apa.. aku hon treler tu pun takde respon, treler tu terus menggelongsor n aku rasa memang dah tekan minyak habis nak reverse pun rasa macam kete gerak slow sangat... huhu

nasib baik bahu jalan agak lebar dan driver treler tu pun ambil tindakan cepat lencongkan sikit treler dia. kalau tak memang kete aku jadi penyendal treler dari menggelongsor turunla

ini bukan aksi saja - saja ambil gambar lori waktu parking tapi nila keadaan akhir kereta aku dan lori yang terlibat. driver tu memang dah cuakla tanya aku ok ke tak, kebetulan kat belakang aku kereta persona yang sempat reverse agak jauh. hasil dari tindakan - tindakan refleks tadi treler tu melintang tengah - tengah laluan! Ya, di tengah - tengah satu - satunya laluan keluar masuk ke sungai buaya!

lepas aku rasa dah stabil, sakit perut aku tadi datang balik! uwaaaaaaaa

mujurlah di kiri n kanan treler ni ada ruang sikit yang kenderaan bersaiz kecil boleh celus. kalau tak terpaksalah orang - orang yang baru nak keluar g keje ambil EL hari tu.. akekeke

bila dah lepas dari kejadian tu rupa - rupanya ada beberapa lagi siri kejadian malang yang jadik.. huhu

waktu keluar semula dari rumah, lebih kurang sejam selepas kejadian.. treler masih merintangi jalan dan waktu ni lori - lori + bas yang nak keluar dari sungai buaya semua terkandas. pacuan 4 roda pun ngam - ngam je nak lalu tu pun kene adjust betul - betul



ohhh... ya Allah - syukur atas kurniamu, masih memberikan aku kesempatan untuk meneruskan hari diatas muka bumimu ini..

Tuesday, October 18, 2011

Lebai Malang kah??

series of unfortunate event since morning...

~bangun lambat ~ sakit perut dalam jam ~ hampir dilenyek treler ~ tertinggal kunci dalam rumah!! + terpaksa tumpang toilet jiran ~ sesat tak jumpa jalan nak g jumpa klien + sampai ofis baru teringat kunci ofis sekali dengan kunci rumah!! ~ tumpang duduk kat kedai mem, letrik pulak tade! uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, October 12, 2011

abang yang sayangkan adiknya










kalau tengah baik tu elok je pelok - peloklah, bersihkan adik tu... kalau masa tak kena asik nak bercekau je.. isk

Monday, October 10, 2011

Cik Putih 7 Tahun... Jauh dah kau jalan eh

wah! hatrik buat entry birthday nih...

husband pastu mak pastu kereta... hihi

kereta pun birthday eh? tapi rasanya lebih pada tarikh beli.. kan?!

oktober 2004 - oktober 2011

pejam celik pejam celik rupanya 7 tahun rupanya usia harta aku ni, walaupun tak seberapa tapi aku tetap sayang dia! dengan adanya dialah aku dapat pergi banyak tempat, dengan pertolongan diala aku boleh cari rezeki. Paling aku berterima kasih sebab dia tak banyak ragam.. senang sangat nak jaga, cukup time bawak g servis walaupun kadang2 aci ngelat terlebih masa jugak! hihi

jauh sungguh perjalanan kami bersama, sampai ahad lepas mileage cik putih dah mencapai 232,323 km! banyak kan?

kau sangat hebat cik putih! terima kasih atas segala pengorbananmu untuk keluarga kami!
kamu terus baik - baik saja ya...
aku akan sebaik mungkin menjaga kamu

Tuesday, October 4, 2011

SELAMAT HARI LAHIR MAK

hari ni genap umur mak 64 tahun

moga Allah terus merahmati mak, moga mak terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk bersama anak - anak dan cucu - cucu.

moga mak bergembira dan berbahagia sentiasa dikelilingi oleh keluarga yang cintakan mak!!


pagi - pagi tadi call mak tapi terpaksa Q sebab kakak dah telefon dulu! isk..


Monday, October 3, 2011

Brownies Lapis Cheese untuk dia

ni cerita seminggu lepas dah, hari lahir encik azmi

jatuh hari ahad 25/9, masa tu pulak jemputan open house menderu - deru jadinya si isteri ni cakap "lain harilah kita makan kek ye bang... ke perut abang masih ade space lagi??"

pelan asalnya saya nak bawak dia makan sepotong kek kat 'Resepi Rahsia' tapi lepas dah abis sume open house, nak bawak perut pun tak larat dah.. takde space dah nak sumbat walaupun sepotong kek. Mujurnya dia pun dah tak larat nak makan, jadinya sesi menyambut hari lahir pospone dulu.. sian encik azmi tu dapat isteri macam ni..

esoknya terasa tak sedap hati pulak tak buat apa - apa untuk hari lahir dia, dahla hadiah pun takde maklumla waktu bayaran bulanan belum dapat... sudahnya minta balik awal dari bos. Singgah pasaraya beli barang masak yang mudah dan dah tentu memang dia suka, asal dia masak menu ni.. NASI AYAM cuma kali ni saya pilih buat ayam penyet, untuk kek cadangnya nak beli je tapi rasa macam tak syok nak makan kek je tiap kali birthday kanns?

Kali ni saya pilih nak buat brownies lapis cheese, barang - barang kebanyakan memang dah sediada di rumah... kita pilih yang mudah2 sajalah kan yang penting niat kita nak meraikan dia ^_^ kunun romantic ahaks!

berpeluh kau bersilat nak siapkan semua sebelum dia sampai rumah.... mana nak kukus brownies, mana nak goreng ayam, nak masak nasik, tungku dapur ada 2 je!! ingat nak surprise dia balik sume dah siap hidang, rupanya tak sempat! hahaha hantam sajalah labu.....


SEDAP! ehehe sesi puji diri sendiri.... takde tulis2 apapun kat atas tu... cume buat chocolate topping jer. asalkan dia suka saya sukaaaaa sangat! heheh

Happy birthday to my dear hubby..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"