Wednesday, January 19, 2011

taska zaman sekarang memang makin kejam ke??

zaman sekarang memang kebanyakan ibu - ibu bekerja dan terpaksa menyerahkan anak dalam jagaan orang lain samada taska atau pengasuh...

tapi apa yang saya nampak kebelakangan ni banyak sangat kes disebabkan kecuaian pengasuh / taska.. saya belum punya anak, dan saya belum punya pengalaman menghantar anak pada orang lain tapi saya masih punya perasaan marah bila terbaca kecederaan anak dek kerana kecuaian taska!

dan bila terbaca pasal taska ni, kepercayaan saya pada taska makin terhakis!

manala nak letak anak saya nanti ye.... huhu

taska zaman sekarang cuma mementingkan keuntungan semata ke? tanpa fikirkan keselamatan budak - budak kecil tu?

kawan saya ada bercerita, berkongsi rasa, anaknya baru pertama kali dihantar ke tadika berusia 5 tahun selepas tamat sesi persekolahan anaknya terus diberada di taska yang sama hingga petang.

tapi yang menyedihkan, bila pulang dari taska mesti anaknya merengek kelaparan, bila disuakan nasi dia akan makan bersungguh2! macam langsung tak makan sepanjang hari!! itu belum lagi baju langsung tak ditukar sampai ke petang, uniform sekolah hilang walaupun dah dituliskan nama sebesar alam!

hmmmm.. mungkin juga salah satu cabaran membesarkan anak kan?!

7 comments:

julietchun said...

anak buah dah banyak kali kena gigit di pipi, di tangan oleh budak yg besar, tapi nak cakap apa kan, terpaksa juga hantar ke taska.

sya said...

memang sangat2 mencabar... sebab tu lah kita kena betul2 cari taska yang sesuai dan elok untuk anak kita.... tapi, nak mencari yang elok tu la yang susahnya... huhu

Mr PenyuBiru said...

tapi tak semua taska camtu. ada juga taska yang diorang jaga elok.cuma kita kena rajin survey taska mana yg elok aa.

maza said...

yg nakal2 itu bab potot dia satu kali....huhuhu

mrs azmi dont worry, ada taska yg wokey2 ...kena rajin selak2 mcm mr penyubiru cakap .... huhuhu

~mrs azmi~ said...

@julietchun: tula kan.. terrpaksa hantar jugak ke taska.. takkan nak hangkut ke opis pulak kan? doa anak2 tu selamatla

@sya: tula pasalnye.. dalam 10 tu nak carik 1 pun susah!

@MrPenyubiru: nampak gaya sok klu dah peknen awal2 kene survey taska

@maza: errr.... ape yang nak diselaknye en maza?

Kujie said...

selalu baca keluhan hati ibu2...tapi itulah bukan suka2 nak hantar...tak ada pilihan

pernah duduk kat stesen komuter tunggu tren bersembang dgn seorg ibu anak 2...dia ckp dia dpt offer kerja kt public bank rawang tapi dia tak ada org nak jaga anak..dia berhenti kerja 1 tahun masa bersalin

bila dpt offer kerja yg bagus, anak2 pula tak ada org jaga

kesian kan....

~mrs azmi~ said...

@kujie: tuka dianya kak.. seram je baca bila dengar anak tercekik susula, lemas lam baldila.. jatuh buaila..

tapi rasanya dapat besarkan anak sendiri lagi bagus kan??

harapnya 1 hari nanti saya pun dapat jadi cam kak jie.. jadi jurutera domestik gitew.. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"