Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, January 30, 2013

Kerap MC & EL

Bab - bab MC ni sensitif kadang - kadang kan? Tajuk tu takde kaitan dengan saya pun... sejak bekerja, hatta masih belajar dulu pun saya memang jarang jatuh sakit jadinya jarang sangatlah MC. Sepanjang 6 tahun kerja ni pun boleh kira dengan jari berapa kali MC. Alhamdulillah syukur dengan rahmat yang Allah berikan..

Cumanya saya pelik dengan beberapa orang kat ofis ni, silih berganti MCnya... orang2 yang samaaaaaa je pulak tu... setiap hari tak sah kalau takde email maklumkan sipolan2 ni MC bulan januari ni belum pun habis lagi tapi dah beberapa kali nama yang sama naik dimaklumkan sebagai MC. kalau tak mc EL

2 minggu lepas entah kenapa dorang ni macam pakat2 EL & MC, lepas dia, dia, kira dalam 1 department tu tetiap hari mesti ada yang cuti, ada yang sampai 4 org sekaligus! macam boikot je dorang nih... bila dah sampai tahap macam tu agaknya GM pun naik anginla.. terus mintak list MC n EL dari Nov - January (walaupun masa tu baru je masuk bulan Jan). bos mana tak marah kalau tetiap hari mailbox dia penuh dengan notification MC n EL.. tapi masih belum meletup lagi big boss dengan issue ni

Dorang ni tak risau ke eh klu sume tu effect KPI? perkara yang selalu berlegar - legar dalam otak ni sebab dari awal lagi dorang dah ingatkan >3 kali EL mmg ur KPI will gonela... bila KPI gone boleh say goodbye utk   Bonus n incrementla....



.........hish ape kena aku ni dok risaukan orang lain? dorang pun tak risau pasal KPI dorang.



**Updated: Baru dapat tahu salah seorang yang selalu MC n EL tu dah resign! pastu banyak kerja dia yang dia dah terima dari awal bulan langsung tak settle... natijahnya ramaila kawan2 yang berkaitan dengan dia dapat kemarahan free dari boss masing2 walaupun bukan salah dorang.

8 comments:

Dr Singa said...

err..

depa bukan dari klenek saya kan..?
:)

Yunus Badawi said...

MC yg menipu ni tak berkat. Mereka ni tak fikir ke gaji yg diterima tu .... huhu

julietchun said...

bos selalu tanya bila saya nak ambik cuti atau mc :D

Dr K said...

tak menghairankan muka muka sama aja yg asyik MC/EL ni..sebab saya selalu jumpa spesis ni di klinik....bukannya sakit tapi malas...Tak kisah dgn soal keberkatan rezeki..

~mrs azmi~ said...

@DrSinga: tak tahulah pulak sebab kami takde panel.. sume klinik boleh diterima

@YB: masalahnya bukan muslim bukan heran pun berkat ke tak berkat gaji dorang kann?!

@Julietchun: tu yang kita pun malas nak amik cuti.. pjg beno sesi soal siasat dengan bos

@Daddy Ziyyad: Mesti Dr pun naik menyampah tgk spesis tak malu gini kan

Suara Kalbu said...

Hahahahahah.. mama Coki,

Selamat datang ke dunia yang dah lama saya menyamnpah ni. Mula-mula masuk keje kat opis saya ni, pelik tengok orang MC dan EL selang sehari silih berganti. Dulu kat opis lama, staff yg MC 12 kali dlm setahun, confirm kena pegi buat full medical check up utk pastikan dia boleh bekerja dengan efisien lagi ke tak. Kat sini, rasanya MC dan EL lagi banyak dari hari bekerja tapi gaji ..walahhh

gadisBunga™ said...

opis saya pun gitu gak!!! dak praktikal tapi. nasib baik dah abis praktikal.

yg kelakar tu (bengang sebenonya)...asal isnin je demam la, tayar pancit la, motor rosak la. grrrr~

~mrs azmi~ said...

@Suara Kalbu: kita yang cuma orang biasa - biasa pun rasa menyampah agaknya boss ni apa rasa?

@Gadis Bunga: kalau praktikal pun dah berani buat gitu..kalau dah permanent macamana sok lagi naik kepala.. isk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"