Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, November 28, 2012

Pergi takkan kembali.. Alfatihah buat arwah Bapak

bila harinya sudah tiba, maut itu takkan lambat walau sesaat pun... 

sebelum ni pernah terfikir, agaknya kalau bapak meninggal macamana saya nak hadapi? tapi waktu tu saya cuma rasa saya mungkin takkan menangis atas terasa atas kehilangan dia...

tapi itu semua cuma simulasi... cuma berlegar dalam minda... 

bila hari itu benar - benar tiba... ternyata saya tetap terasa kehilangan... tetap  menderu air mata, tetap rasa terkilan tak dapat bersama dia ketika saat akhirnya... 

Bapak pergi sabtu lepas ,24 November 2012 bersamaan 10 Muharram 1434H jam 9.00 pagi

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.. lepas solat zuhur hari yang sama bapak selamat dikebumikan... cuaca juga baik walaupun hari sebelum tu hujan sepanjang hari. 

syukur juga saya sempat sampai sebelum jenazah dibawa. dapat cium arwah bapak buat kali terakhir... 

arwah sakit tenat tak lama, hari rabu mula demam panas, hari jumaat dia muntah darah, sabtu pagi dia dijemput pergi. sebelum tu arwah memang tak boleh jalan sebab kemalangan 9 tahun lepas. Tak sangka raya korban baru ni jadi kali terakhir saya dapat bercakap dengan bapak.  T_____T


moga arwah dicucuri rahmat... ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.....


******Alfatihah******

3 comments:

Dr Singa said...

al fatihah

adie said...

salam takziah buat mrs azmi sekeluarga dan Alfatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat

Rozita said...

takziah..semoga roh beliau di cucuri rahmat & di tmptkan bersama org2 yg soleh. ~ Al-fatihah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"