Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, November 30, 2011

30.11.11

syukur....

masih punya peluang bernafas untuk terus memperbaiki diri sebagai khalifah Allah diatas muka bumi ini

kalau masa sweet 17th dulu kemain lagi dok fikir macamanala rupa nak sambut 28th birthday.. rupa - rupanya hari birthday dilambakkan dengan kerja yang menggunung.. huhu

doakan rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa melimpahi hidup saya ya!

Tuesday, November 29, 2011

pasca kenduri



alhamdulillah....

semuanya dah selamat. Kakak ipar dah selamat dinikahkan sabtu lepas (26/11/11), akad nikah & majlis diadakan hari yang sama dan disebabkan tok kadi tu ada seminar yang perlu dihadiri maka terlambatla majlis akad nikah yang dijadualkan jam 9 pagi terganjak ke hampir jam 12 tengahari. kelam kabutla jadinya! mujur tok kadi tu buat banyak shortcut. kejap je selesai... hihi

majlisnya dah selesai tapi penat rewangnya sampi sekarang masih terasa, hari ahad bila bangun tido rasa macam sotong! lunyai rasa 1 badan....

kenduri ni kira lastla dalam generasi adik beradik suami.... sebab en azmi sudah melangkah seorang kakak waktu kami berkahwin dan disebabkan kedua - dua mertua sudah tiada, rumah kakak sulung jadi lokasi kenduri ni di seksyen 7 shah alam

macam biasala, bila kenduri macam ni masing - masing ambil bahagianla nak sponsor apa. saya cuma mampu nak sponsor DIY bunga telur (gambar bunga telur ada dalam gambar atas, kat depan pelamin), suami - goodie bag bila last - last minute suami minta buatkan hantaran. Stress jugakla sebab nak kena fikir idea last minute. Sudahnya saya proceed dengan bunga yang sama dengan bunga telur iaitu bunga tisu, cumanya saya pelbagaikan warna ungu, merah jambu dan putih. memang murah dan jimat sebab saya gunakan bahan paling minimal! cumanya stress nak menghasilkan bunga2 tu dari sehelai kertas T____T yang jumlahnya menjangkau 400 kuntum!

gambar - gambar dibawah adalah sebahagian hantaran yang saya buat dan belum siap sepenunya pun. bila dah siap, hampeh tak sempat pun nak snap gambar! huhu



bab lipat melipat, menggubah sejadah ke, kain ke memang saya 'fail'! sudahnya gulung jelaaaaa



sirih junjung yang tak berapa nak tinggi... hehheh



contoh hantaran yang dah siap bubuh atas bantal yang dibuat khas! berpeluh jugala nak kasi bantal tu nampak cantik tapi murah! ^_^



dulang untuk buah. selalu saya gunakan bakul tapi kali ni nak bagi lain sikit saya gunakan bowl kaca yang cuma berharga rm12. ^_^

Kos keseluruhan untuk hiasan hantaran kurang dari rm150, kalaulah.... saya punya masa lagi panjang mesti lagi banyak penjimatan yang boleh saya dapat. Nak tengok gambar fulll kena tunggu OP. sebab waktu akad nikah saya dan sorang lagi biras masih bersilat didapur menyiapkan hidangan makan beradap T______T

apapun tahniah untuk kakak ipar dan suami. moga rumhtangga yang dibina sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan berpanjangan hingga ke syurga... aminnn

Thursday, November 17, 2011

semput, serabut, sesak napas.... arrrghhhhh!! stress!

saya tak suka bila....

dari awal saya cadangkan macam - macam benda untuk elakkan kelam kabut saat akhir, tapi orang yang berkenaan buat deeeek je. setuju idak, bangkang pun idak.. bila orang reaksi camtu saya consider sebagai dia ada idea lainlah dan tak perlukan bantuan saya.....


alih - alih tinggal 2 minggu sebelum majlis


"awak proceedlah dengan idea haritu..."


hah?! what the *&^?!

hangin tau dak! lagi tambah hangin bila mintak duit nak beli barang

"pakaila duit awak dulu nanti saya ganti.."


ada rasa nak pukul... belasah .. pijak - pijak tak kalau macam ni?? bukan benda sikit2 yang nak dibuatnya.. nak refresh idea yang dah hilang patlima bulan dulu, beli barang bukan boleh redah je kedai macam ada duit sekarung! boleh pilih mana suka takyah pikir kos. Ini tak, sume tight budget, time constraint lagi...




Benci!!!

Monday, November 14, 2011

berat hati

kawan baik saya akan melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni

ada terasa berat hati dan rasa berat hati tu di tambah lagi dengan rasa terkilan sebab tak dapat nak hadiri majlis tu nanti T___T

walaumacamanapun,

saya tetap gembira untuk dia ^_^ akhirnya sampai jodoh dia di umur 30tahun

"Selamat Pengantin Baru untuk Lan & Haiza"

Moga rumahtangga yang terbina sentiasa diberkati Allah dan berbahagia hingga ke syurga

Friday, November 11, 2011

11.11.11 ~ tok kadi fully booked

hari rebutan tiba juga akhirnya

11.11.11

harini konfem tok kadi sume sibuk nak menikahkan pasangan, bukannye tok kadi saje, pejabat pendaftar perkahwinan pun sama!

orang menikah satu hal yang kita bole nak plan betul - betul tapi yang nak beranak pun ada jugak! sanggup c-zer semata - mata nakkan tarikh ni... isk kesian baby tak ready lagi nak keluar dah paksa - paksa... apa tarikh lain tu teruk sangat ke?

sebab ramai orang menikah hari ni, maka esok banyakla kenduri yang perlu dihadiri.. sama macam tahun 2008 dulu sume berebut 080808 sampai berebut tetamu.... yang peningnya tetamu nak pegi mana dulu..

saya sendiri ada 3 majlis yang jaraknya boleh tahan jauhla... tak tahula macamana nak hadirkan diri esok ni..

Tuesday, November 8, 2011

mabuk daging

Tahun ni bapak buat korban kat kampung, maka berbondong - bondonglah anak menantu dan cucu - cucu balik nak membantu menumbangkan lembu. kami dua beradik lepas solat sunat raya baru gerak ke rumah bapak. Disebabkan tahun ni lebih sepuluh ekor lembu yang akan dikorbankan di serata kampung pada hari pertama, jadi terpaksalah menunggu giliran, menunggu pakcik tukang sembelih datang. Kalau dulu masa zaman bapak sihat memang dia yang sembelih, tapi sekarang bapak dah takda kudrat yang banyak nak buat semua tu.

Disebabkan lama sangat menunggu bapak jadi tak sabar, dari elok dia duduk dalam rumah terus mintak bawak dia keluar, mula - mula sampai koridor rumah je sebab nak tunjukkan cara tumbangkan lembu pada anak - anak lelakinya. Bapak cakap "bapak ni boleh buat, tapi dah takde kudrat!!".

bapak berkerusi roda menunjuk ajar anak lelaki

Bapak memang ramai anak lelaki tapi semua tak berpengalaman tumbangkan lembu, apatah lagi nak sembelih!! kalau setakat jadi asisstant pegang tali lembu ke, tolong lapah ke oklah. Bila tengok anak - anak tu taj jalan jugak lama - lama bapak suruh cucu tolak kerusi roda dekat dengan tempat lembu sebab nak bagi arahan macamana nak buat.


lembu dah selamat ditumbangkan, kerja keras anak menantu bapak..

alhamdulilah lembu tu pun mudah nak uruskan, senang nak tumbangkan dan tak meronta, bila dah tumbang nak pusingkan ke arah kiblat pun dia tak melawan. Bila nak ikat kaki masing - masing terkial - kial, mujur kakak bawak pekerja pakistan dia yang memang biasa uruskan ikat - ikat kaki lembu ni. sekejap je selesai dia ikat.. hihi

dah selamat sembelih pun

cameraman lagi ramai dari orang yang nak pegang lembu time nak sembelih.. isk! nasib baik lembu tu tak bangun balik

pakcik tukang sembelih

sesi menceraikan daging dari tulang



kepala!! lembu cukup besar... sekor pun makan masa jugak nak selesaikan

timbang - timbang sebelum nak tetapkan berapa anggaran pembahagian tu

daging saja lebih 200kg bahagi 40 bahagian jadi 1 bahagian lebih kurang 3 kilo

Sebab rusuk lambat siap lapahnya jadi supnya lambatla mula masak. pukul 3.30 baru siap masak, masa tu tukang lapah suma dah tergolek kepenatan

jam 3.30 petang siap masak

menu: sup tulang dan daging rebus cicah air asam.. simple tapi wallah!! adeh tetibe teringat... menjejes air liur atas keyboard

balik je dari umah bapak dah pukul 5 petang, sume tergolek kepenatan. malam memang tak masak dah sebab bawak bekal lauk dari umah bapak tadi! hihi lagipun nasi impit kuah kacang pun banyak lagi.

esoknya kami balik sg buaya dapat lagi sekilo daging... penuh dah freezer dengan daging

bulan ni nampak gaya banyakla menu daging!! hihi


Wednesday, November 2, 2011

Mengambil risiko terperangkap dalam banjir

1.11.11 / 4.45 pm

Jalan yang saya lalui saban hari (jalan rawang - country homes) tiba - tiba banjir petang semalam, sebelum ni memang tak pernah berlaku sedemikian. Kalau ada pun sekadar air bertakung di pinggir jalan, hujan yang sangat lebat menyebabkan air naik lebih 1 kaki sepanjang lebih kurang 100meter.

ramai juga yang berpatah balik dan trafik dari arah rawang berhenti sepenuhnya!

entah kenapa sewaktu sampai ke kawasan banjir berkenaan terus mengharungi air tanpa berfikir panjang sedangkan air waktu itu mengalir deras dan saya seorang yang fobia dengan air yang mengalir deras. Mungkin kerana yakin apabila melihat kereta hadapan bergerak tanpa masalah, tapi bila sampai di pertengahan terasa air makin tinggi! dalam hati cuma berdoa janganla kereta depan berhenti...

kalau kenderaan pacuan 4 roda mungkin tiada masalah mengharungi air sebegini, tapi untuk kenderaan kecil seperti cik putih memang tampak mustahil. Alhamdulillah, cik putih dapat mengharungi kawasan banjir dengan selamat.

kejadian ini pasti memberi tamparan pada kontraktor yang mengendalikan projek menaik taraf jalan dan harap - harap mereka mengambil langkah yang sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Lebih - lebih lagi ketika musim yang tidak menentu, hujan bila - bila masa.

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

cantik tarikh harini kan?

lagi 10 hari tarikh yang jadi rebutan pasangan yang nak menikah 11.11.11

alah... apa ada dengan tarikh.. kalau tak diisi dengan baik, hari akan terus berlalu tanpa kita sedari lebih lebih lagi kalau cuma diisi dengan tidurrrr... hihi


gambar takde kena mengena dengan tajuk.. kehkehkeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"