headline dalam suratkabo metro arini
"LEMAS DALAM BALDI"
KUANTAN: Akibat gagal menyelesaikan masalah peribadi dengan teman lelaki, seorang wanita sanggup bertindak kejam dengan merendam bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam bekas tong minyak hidraulik berisi air hingga lemas dalam tandas. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi semalam di sebuah bilik sewa di Wisma Bola Sepak, Jalan Gambut di sini semalam wanita berasal dari Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin terbabit melahirkan bayi itu ketika rakan sebiliknya tidur.Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima maklumat mendapati bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan dan mati akibat lemas.Bagaimanapun, menurutnya, masih terlalu awal untuk memberikan sebarang kesimpulan, sebaliknya memaklumkan pihaknya terpaksa menunggu laporan penuh bedah siasat mengenai kematian bayi itu sebelum memberikan kenyataan lanjut.
“Kami sudah menghantar mayat bayi itu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk dibedah siasat dan setakat ini laporan awal mengesahkan bayi yang baru beberapa jam dilahirkan itu mati akibat lemas,” katanya.
Berikutan itu, katanya, polis sudah menahan seorang wanita yang dipercayai melahirkan bayi terbabit sebelum dihantar ke Wad Bersalin HTAA untuk pemeriksaan lanjut.Beliau berkata, siasatan awal mendapati, wanita terbabit baru dua hari tiba di bandar ini untuk mencari pekerjaan sebelum menumpang bilik yang disewa rakan wanitanya berusia 20 tahun.Dia turut menceritakan masalah yang dihadapi dengan teman lelakinya kepada rakannya itu.
“Wanita itu mulanya hanya memaklumkan kepada rakannya konon hanya sakit perut bagi mengelak rahsia sebenar diketahui selain enggan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.“
Mengikut keterangan awal rakan wanita itu, dia terdengar bunyi tangisan bayi itu kira-kira jam 6 pagi dari dalam tandas di bilik sewa mereka, tapi tidak mengesyaki apa-apa selain bimbang untuk memeriksa sebelum tangisan terbabit tidak lagi kedengaran kira-kira sejam kemudian,”
katanya.
Menyedari wanita itu tiada dalam bilik, rakannya bangun untuk memeriksa tandas sebelum terkejut melihatnya menangis dan dalam keadaan lemah akibat menahan kesakitan sebaik melahirkan bayi berkenaan.Rakan terbabit menghubungi ambulans untuk bantuan.
Zulkifli berkata, polis menyiasat mengikut Seksyen 309 (A) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan pembunuhan bayi.
~petikan dari harian metro selasa 30 june 2009~
**mmg terkejut bila baca paper pagi ni... pasal kes ni, mula2 dgr berita radio tapi tak jelas lokasinye.. mati2 igtkan kat oversea... rupe2nya masih dalam malaya. aduhai... ape nak jadi dengan dunia sekarang? kenapa singkat sangat pertimbangan... anak itu langsung tidak berdosa...