Bila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.
Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.
Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.
Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.
Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita
Monday, August 3, 2009
Sunday, August 2, 2009
berat hati~
bukan berat ati sebab ape pon... cume berat hati nak mengurangkan waktu rehat wekend camni dengan wat keje.. aduh! esok ade presentation... mahu atau tidak... rela dalam paksa... ku tabahkan hati.. siapkan presentation! huhu
Friday, July 31, 2009
outstation~
semalam aku ke muar~ dalam misi memburu pokok! ahaks!! macamle pokok2 tu buleh lari hikhik
selalunye aku tak perlu turun sampai johor pon. cukup stakat kat sg buloh je. disebabkan pojek hotel~ jaga nama punya pasal + nak check pokok2 yang betul2 sihat dan kuat!! eheheh
tapi kire short noticela nak g sane tu, ari rabu pagi meting ngan client baru decide nak pegi ari kamis. sebab mase dah suntuk, site handing over + CF by dec 2009. Rabu pagi contact kontractor and arrange untuk nursery visit~ blablablabla~ petang baru confem boleh pegi. khamis kul 10~ aku contact client infom nak amik kol 10...
dalam kul 6, client call aku balik, time tu aku dah otw nak balik umah.. aku bwk kete slalu bukak tingkap, so tak dgrla bunyik tepon.
bila aku perasan dah 2-3 miscall dari client terusla return call.
die hangin pulak...
Cient:"*&^% apesal susah sangat nak dapat contact ko ni??
aku:"sy tgh drive..tak dgr tepon bunyik.."
client:"aku pon drive jugak.."
aku:" ?????" <--hangin sbenanye!!cume malas nak gado2 dalam tepon dah aku tak dgr, nak buat cemane.. aku tawla kete aku tak sehebat kete die!!
client:"kol 10 lewat sangat! sampai sane dah kul bape?? nak balik kul bape?? kitorg ade function kul 630!!"
aku: "ler.. nape tak cakap tadi, igt free sampai petang.. takpelah nanti sy arrange balik ngan org sy"
.....tingtongtingtong.....
dapat arrange kul 8 dari cni.
hari khamis,
kul 630 aku dah gerak dari umah<--slalunye kol 745 baru terhegeh2 nak start enjin kete huhu
smpai opis kul 730<--print senarai spesis2 yang bakal diburu.. PM sampai kul 745, shut g umah bos kat Subang Bestari<--amek duitla ape lagik!! tekejut die sebab semalam cakap kul 10 tuptup kul 8 dah tercegat depan umah die hikhik. after tu terus shut ke pj jemput client. gerak dari pj kul 9. terus masuk NPE n masuk tol Sg Besi. singgah sarapan jap kat Hentian Seremban. kol 10 grk, Kuar tol Tangkak ngam2 sejam! huh seb baik pinjam kete BMW bos, cepat sket sampai, klu naik STORM office tu mau tghari kot baru sampai.
1st nursery:
yang mmg deal dari kl lagi nurseri die kat Sg Mati, sampai sana terus cek sume pokok yang nak cari.. tade pulak!! yang ade tak cukup spec.. tapi stail kat sane, diorg akan tolong jugak carikkan pokok yang kite nak. die call nursery2 lain yang mane ade pokok yang ikut spec.
ke 2nd Nursery
shut ke Parit Jawa carik Fijian Palm 1.5trunk Ht & 1.8trunk Ht... redah masuk kebun sawit kat ceruk2 tok kun tu baru jupe.. wah!!! sangat gemuks palm yang ade disitu! syok je tgk.. pilih-pilih-pilih- ade 10 batang semuanya! 1.5 trunk ht je ade. 1.8 sudah abes! so amik sume 1.5 trunk ht~ settle 1!

fijian palm <--ini gambo dalam buku^^
makan time!
lunch makan simple meal kat Parit Jawa - Asam Pedas Ikan Merah + Telur dadar + sayur kubis + kacang bende rebus taruk sambal belacan. nyum! nyum!
cukup simple... tapi aku ske! ^^
sambung lawatan ke nursery ke3
kat Parit......<--tak igtle pulak namenye hahaha!
carik Yucca 3 Branches (9) + Royal Palm(4)! wah!! sini pon best! yucca die sangat gemuks dan menawan! ~settle 2 spesis! 1 more 2 go!
Yucca<--yang kami dapat semalam lagi besar dari ni
Royal palm<--yang ni dah matured
nursery ke4
yang terakhir! kesemua 21 batang pokok bunga tanjung dijumpai disini! misi memburu tamat!!
bunga tanjung
settle sume kul 330. terus balik opis sampai kul 5
huaaaargh! penat.......
**gambar sume contoh saje... semalam tak sempat snap teponku sudah meragam! geram betul!**
Kaabah tidak mahu bergerak masuk syurga~
petikan diperolehi dari sumber emel...
....................................................
Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi lagi ke TanahSuci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah lagi.
.......
Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhiratkelak.Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam,tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tokguru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar,mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.
Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.
Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak kesyurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf disekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak.Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, adalagi beberapa orang yang tidak hadir. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yangberdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.
Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semuaorang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yangMaha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawaorang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
How nice kan ... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah.....Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlahmenjadi tetamu Allah..pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiaplangkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allahswt...Kebahagiaan itu pasti datang, namun sejauhmanakah kita mengingatiAllah swt dalam setiap urusan dunia kita?
Wallahua'lam. ..
Wednesday, July 29, 2009
sungai di syurga
Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga
Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam.
Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.
Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".
Aku bertanya kepada Jibrail a.s :
"Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"
Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui."
Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas.
Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"
Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya"
Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu"
Tanyaku : "Dimana?"
Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim".
Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.
Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat.
Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan airnya". Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.
Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.
....wallahualam....
Subscribe to:
Posts (Atom)
::peringatan buat pengunjung::
"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"

