Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, April 1, 2013

Pendidikan Percuma di universiti

Sapa tak suka dengan benda percuma... kalau ada sale buy 1 free 1 tu memang orang akan datang menghurung macam semut! walaupun sebenarnya takla murah mana benda yang ditawarkan tu... dan selalunya ada terma dan syarat pulak

kalau pendidikan percuma... memadailah dengan sekolah rendah dan menengah kot..

Betul sangat bagus kalau kita ada pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.. tapi berapa orang yang akan betul manfaatkan perkara ni?

sekarang yang dapat PTPTN pun kemain joli sakan tak ingat dunia... bila grad tengok tengok CGPA tak berapa nak bagus.. bila dah grad kenela bayar balik duit yang dah digunakan tu. kan?! bukan sikit student yang dropped out time belajar, ada yang terpengaruh dengan gejala tak sihat pastu hanyuuuutttttt, ada yang lalai dengan teknologi... macam2lah sekarang

kalau rasa taknak bayar PTPTN sila belajar sungguh - sungguh sampai dapat Ijazah kelas pertama, lepas tu isi borang declare dengan PTPTN kita dapat kelas pertama... DONE! tak payah bayar single cent pun duit yang kita dah belanjakan tu.

Nak dapat kelas pertama susah? tak susah kalau betul - betul usaha.... sekarang saya sendiri agak menyesal sebab dulu main - main - main banyak... lepas tu tak berapa nak ikhlas belajar dalam jurusan ni.. lepas tu CGPA cuma sampai kelas kedua atas.. jadi sekarang padan muka kena bayar balik PTPTN.. hihih

Agak cemburu bila dengar anak sedara dapat pengecualian bayar PTPTN sebab dapat 1st class degree.. T_T  kalaulah.. kalaulah waktu boleh diundur semula...

jadi sekarang dengan redha bayar sikit - sikit hutang PTPTN. dengan harapan dapat bayar abis sebelum anak masuk universiti... hahahaha!! mana idaknya... maknya punya tempoh bayar PTPTN 15 tahun  o_O"

takpala pelan - pelan, janji willing nak settlekan hutang kan... kalau beli kereta kita akan punctual bayar everymonth kan, samala dengan hutang yang 1 ni. jangan sebab benda dah tak nampak kita buat - buat lupa.



abislah... lepas ni saya kena kutuk dengan sume readers sebab tak berapa nak sokong pendidikan percuma utk tertiary level...

its just my opinion... everybody got their own stands right?! jangan marah2 ya... peace!

4 comments:

♚ wonderFURRworld ♚ said...

xpe..setiap org, lain2 pendapat & cara pemikiran... hehehe

julietchun said...

betul juga kalau dah dapat percuma kita tak berapa nak menghargai.

Salam :D

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Boleh bagi pendidikan percuma dengan bersyarat.. kalau setiap semester boleh perform 4.00 then patut diberikan yuran percuma.. daripada declare terus utk sepanjang pengajian.. kalau semester depan tuh xperform.. mean next sem kenalah bayar..

Zaman akak dulu.. dapat pinjaman dari mara utk pengajian... tapi sebab dapat perform.. terus pinjaman tuh diorg convert pada biasiswa.. terus tak kena bayar lepas tuh.. syukur sgt :) itu cerita zaman bljr kat uni awal dkt hjg thn 90an zaman ekonomi gawat..

~mrs azmi~ said...

@http://wonderfurrworld.blogspot.com/ : gitulah... rambut nampak sama kaler... tapi hati lain lain

@Julietchun: Tulah.. kalau benda - benda senang nak dapat ni selalu orang tak berapa nak hargai

@Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute): Setuju 100% dengan akak. kalau rasa tanak bayar pinjaman sila belajar sampai dapat 1st class degree... tak gitu?!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"