Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, November 30, 2012

HAPPY 29TH BIRTHDAY

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri

yang ke doplohsembilan

ehehe.. poyos!

takde sambutan....

hadiah pun takdek

.....................T______T......................

Wednesday, November 28, 2012

Pergi takkan kembali.. Alfatihah buat arwah Bapak

bila harinya sudah tiba, maut itu takkan lambat walau sesaat pun... 

sebelum ni pernah terfikir, agaknya kalau bapak meninggal macamana saya nak hadapi? tapi waktu tu saya cuma rasa saya mungkin takkan menangis atas terasa atas kehilangan dia...

tapi itu semua cuma simulasi... cuma berlegar dalam minda... 

bila hari itu benar - benar tiba... ternyata saya tetap terasa kehilangan... tetap  menderu air mata, tetap rasa terkilan tak dapat bersama dia ketika saat akhirnya... 

Bapak pergi sabtu lepas ,24 November 2012 bersamaan 10 Muharram 1434H jam 9.00 pagi

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.. lepas solat zuhur hari yang sama bapak selamat dikebumikan... cuaca juga baik walaupun hari sebelum tu hujan sepanjang hari. 

syukur juga saya sempat sampai sebelum jenazah dibawa. dapat cium arwah bapak buat kali terakhir... 

arwah sakit tenat tak lama, hari rabu mula demam panas, hari jumaat dia muntah darah, sabtu pagi dia dijemput pergi. sebelum tu arwah memang tak boleh jalan sebab kemalangan 9 tahun lepas. Tak sangka raya korban baru ni jadi kali terakhir saya dapat bercakap dengan bapak.  T_____T


moga arwah dicucuri rahmat... ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh.....


******Alfatihah******

Thursday, November 22, 2012

CAKESssss

hot..hot..hot....... stuffffsss

hehe...

All cakes yang dah selamat dimakan.... berminggu - minggu lepas... hehe.. baru dapat transfer dari camera.. sebahagian cakes yang dibuat lepas dapat mixer baru! hihik..  

semua tempahan orang.. buat sikit2 je.. sebab kemudahan kecik... oven kecik,  peti ais kecik, takle nak buat banyak.. takat kawan2 keliling ni jela....

 9" choco moist cake 

 red velvet cupcakes + cream cheese frosting


9" red velvet cakes + cream cheese frosting

yang ni bercinta nak buat.... dengan sibuk practice musical show before raya haji... lepas balik practice, buat show pulak kat dapur.. 3 biji untuk anak buah sebab apaknya nak sambut sekali untuk 3 anak walaupun birthday dah lepas awal tahun haritu! sebiji lagi mak saya punya birthday 4/10 lepas

dorang sambut sama2 time raya haji.. sekali kenduri akikah

dari kiri:
1) 9" choco mousse Disney Princess cake - kesiannnnn topping coklat tu cair sampai jatuh semua coklat smarties... pastu coklat tu yang hilang dulu 

2) Pink Velvet Barbie cake + cream cheese topping - tah mana pegi 'jurukamera' time nih... nak amik gambo slice cake  tumpang camera anak buah je

ni  rupa dalamnye.. berpeluh nak menunggu masak selapis2 nih... 

3) Red Velvet cake - yang ni kesian betul... mula2 nak buatkan mak kek lain.. tapi time nak deco kek tu hancur! ke tongsampahla ape lagi... T_T 
jadila kek contigency plan... buat yang dah sangat biasa buat
pastu bila nak deco mencabar jugak entah kenapa cream cheese tu lembik sangat! T_____T

slice of red velvet cake

4) Japanese Cotton Cheese Pooh Cake + buttercream frosting - kek yang ni paaaaaaaling cepat dapat deco.. within half an hour dah siap dan yang paling kemas! matikla orang baling kasut sebab puji sendirik.. hihi






yang ni bawak time melawat baby baru deepavali lepas... choco cheese cake. double cheese! 

alhamdulillah... sapa sangka mixer tu dapat bantu saya cari duit tambahan....  masih belajar lagi.. kerja saya masih comot.. masih nak asah skil2 buat kerja cermat, teliti.... terima kasih banyak pada customer2 a.k.a kawan2, adik beradik yang banyak bagi sokongan 

Friday, November 16, 2012

ROOM Hunting~

Bos dah announce akan team kami akan pindah ke cyberjaya bulan depan... huhu bulan depan tu tinggal bape hari je lagi kannnn?!

Kusut! 

dah lama sungguh tinggalkan benda2 cari rumah sewa dan yang sewaktu dengannya nih.. tu pun dulu memang dah ada geng nak duduk sekali... kali ni.... sorang2 je nih..

tak tahu nak mula cari dari mana.... tapi macamana pun kene gak cari .. nampak atas map memang mampu nak ulang alik.. tapi yang menempuh hari2 ni tak sanggup! 

Sg Buaya,Rawang ----> Cyberjaya

 tak mampu rasanya nak ulang alik hari2... mau lobang poket gigil2 nak bayo minyak & tol hari2...

so option yang saya ada cuma sewa bilik dekat dengan ofis & balik during weekend.. at least kalau terpaksa balik lambat takla gigil nak drive jauh sangat. 

TAPI....

dalam masa yang sama berat hati nak tinggal asing2 dengan anak2 bulus tuh... yang paling penting surela berat hati nak duduk jauh dengan hasben! T____T

ada sapa ada tau bilik untuk disewa, yang dekat dengan cyberjaya?

tak mampu nak menyewa kat cyberjaya.. mahal beno!!

Monday, November 12, 2012

LIVE,LEARN,WORK & PLAY ~ Family Day 2012

bila dah hujung2 tahun ni mulala nak semput sebab nak attend sume company event.... dan bila company event ni maknanya compulsory to attend. Tak attend tanpa bukti kukuh bermakna nak jeopardise KPI diri sendiri... 3 big event is down , 1 more to go! Charity dinner dah sudah, Staff Luncheon pun dah sudah.... Family Day baru je sudah... Annual dinner je tinggal on Disember. 

1st time Family Day company ni... just a simple occasion. tempat pun cuma sepelaung je dari ofis, kat Oval Lawn sebelah Setia City Mall. tahun ni business unit kami dapat theme colour - Black. sama dengan Property north (penang)

Semangat ni pagi2 dah sampai.. tapi ramai lagi yang lagi awal dari saya.. hahahah... mujur parking senang nak cari.. Yang tak bestnya adalah keadaan yang super becak! mana idaknya tiap2 petang hujan turun mencurah2... hari sebelum event tu lagila seharian hujan.. walaupun haritu memang panas cantik tapi sebab kaki basah.. potong mood sungguh!

tarikan yang paling utama.....




v




v




v




v





v





Belon besar ni yang dari jauh dah menarik perhatian orang.. udahle seketul je... memang panjang berlengkor2 orang baris nak naik.. ada yang Q almost 3 hours, sekali sampai dekat turn dia gas dah abis! haru sungguh...

Gambar tu saya amik waktu Tan Sri naik rasmikan majlis. 

sebab aktiviti tak banyak..... ramai yang amik kesempatan g shopping kat City Mall sebelah tu...  bila dah dekat time makan kul 11 baru turun balik beramai2... nak balik awal tak boleh sebab attendance amik kul 12... huhu

Tuesday, November 6, 2012

'3+1 Kawan Setia' Musical Show

huhu.. after months of practising, facing ups and downs together... finally the musical show successfully presented in the Charity Dinner last Saturday..... we have wonderful time together, delivering wonderful performance, giving 200% of effort to make it success although we are not a professional dancer or actor / actress!


never believed i can dance! hihi... but don't ever imagine i can dance like professional dancers ya! sikit - sikit bolehlah.... ^_^  now we starts to missed each other already, all the music keeps on playing inside my head.. really a fever! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"