Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, January 25, 2012

Pindah Rumah

Sumber : Google

pertama kali pindah rumah yang kene angkut banyaaaaaaaaakkkkkkkk barang. Lunyai rasa badan ni dan sekarang ada rasa nak balik je lepas lunch.. nak tido!

sebelum kawen pindah - pindah pun barang bukanla banyak mana sangat.. muat je sumbat dalam cik putih kesayangan tu. Lepas dah kawen masuk rumah sekarang pun takla terasa sangat sebab barang belum banyak lagi dan banyak barang masuk sikit - sikit dalam rumah

dan bila kene pindah rumah mulala pening!


walaupun cuma sebelah rumah!

ya, anda tak salah baca.....


kami pindah RUMAH SEBELAH jer


perancangan awal nak pindah sebelum tahun baru sebab penyewa rumah kami tu kata nak keluar awal bulan 12, jadi adala masa untuk kami betulkan apa yang patut sebelum pindah masuk.. sekali penyewa tu bantai keluar 30/12! takkan kami nak pindah masuk 31/12?? dengan rumah cam tempat kucing beranak... memang sedih tengok keadaan rumah tu....

sebab keadaan rumah tu yang sangat mendukacitakan, suami cakap kita pindah time cuti CNYla, sempatla nak betulkan bumbung bocor, betulkan paip, bersihkan apa yang patut dan buat kabinet dapur yang baru. Kabinet dapur yang lama memang langsung dah tak boleh pakai, untuk kerja ni suami minta tolong kawan dia buatkan. Tapi.... sekali lagi perkara tak enak berlaku, dahla asik minta duit padahal kerja tak banyak mana bila suami push suruh cepat siapkan sebab dah masuk 3 minggu kami tunggu tak siap2, dia boleh marah dan terus tak nak buat! kalau ikut hati saya memang boleh jadi mak lampir kat situ, tapi sebab suami yang deal sepenuhnya dan suami saya memang seorang yang sangat susah nak naikkan temperature dia maka terpaksalah kami cari opsyen lain untuk siapkan kabinet dapur kami yang separuh siap tu. Mujurlah jiran depan rumah kami pun renovate rumah dan hampir siap. Jadi suami minta tolong pekerja tu siapkan kabinet dapur yang terbengkalai tu.. sedih okeh tengok dapur macam tu..

sepanjang cuti baru ni kami memang pulun habisla bersihkan rumah kecuali bahagian dapur. Angkat barang masuk ke tempat masing2. Ada baiknya saya jenis suka simpan kotak, jadi banyak barang elektrik masuk balik dalam kotak masing - masing, Mudahla sikit proses nak angkat barang tu. Semalam saya mula kemas barang dalam umah baru, mula dari stor tindankan kotak atas kotak. Isi kotak - kotak tu kebanyakannya hadiah kawen yang tak pakai lagi. nak buka semua pun tatau nak letak kat mana jadi biarlah dalam kotak simpan dalam stor, kalau nak guna baru buka. Time nak masukkan baju dalam almarila paling letih nak susun.. sebab saya ni spesis tak suka lipat baju! walaupun dah susun elok2 dalam luggage + kotak still banyak yang herot berot bila keluarkan T____T

menjelang petang baru alihkan barang dari dapur, terpaksalah kumpul je semua kat ruang tamu dan bila nak tengok tv kene kalihkan lagi barang tu bagi ada ruang nak baring.. sedih sungguh macam rumah pelarian....

last sekali baru pindahkan coki dan aly yang seharian kene kurung dalan courtyard, agaknya sebab stress kene kurung lepas tu bila dapat keluar tempat baru pulak... teruk betul mood coki semalam, asal berjumpa dengan aly je menyembur tak habis - habis. memang sampai ke tengah malam dia bising mengiau tak berhenti. padahal mama, abah, abang dah tidur baiiikkk punya..
sudahnya bila saya terjaga kul 2 lebih tengok dia tido di pojokan katil.... alahai kesiannya tengok dia....


bangun pagi ni dok rasa berbelah bahagi nak g ofis keje ke tak..... berat - berat pun bangun jugala... siapkan kerja, dan kita amik half day! yeay!!



8 comments:

YUS said...

pindah?! wahhh... penatnya k'yus rasa.. heeeee... *walaupun pindah umah sebelah, tapi ia tetap 'pindah' jugak kn..

maza said...

maza pun ada sewakan rumah di Kuantan.. betul2 hampeh punya penyewa, lampu dikebas, paip dia sapu, tiles kita berlubang dikerjakannya... aderkkkkk

manyak lugi dari untung lorrr..

payah dapat penyewa yg tak reti bahasa dan bertanggungjawab! uhuk!

sumpah satu kali jadi tukul besi baru dia tau naaa..

pena rozie said...

pindah rmh memang memenatkan....

Aidah said...

Alahaiii penatnya akak baca pasal pindah rumah ni. Memang penat, kalau boleh upah, nak je upah orang kan. Akak pindah rumah ni 4 tahun lepas. Harap lepas ni tak de lah pindah memana lagi.

ckLah @xiiinam said...

Kalau selalu pindah, boleh kurus dibuatnya...:D

~mrs azmi~ said...

@eus: dengar pun dah penat kan? harapnya takdelah nak pindah kemana2 dah lepas ni

@maza: memang rasa nak sumpah jadi jongkong emas je penyewa tu tau... habis rumah porak peranda

@pena rozie: tula dianya... kalaulah kat malaysia ada service pindah cam kat jepun tu syoknya...

@Aidah: tulah kak.. kat malaysia ni takdeke servis pindah umah cam kat jepun n europe tu eh?? owner kasi duit je.. sume dorang uruskan... tau2 masuk umah baru siap susun dah sume

@xiinam: kalau lepas pindah makan tak ingat donia takle kurus juga kak.... ahahaha

@Teena in Toronto: tq!

adie said...

pindah rumah mmg satu perkara yg amat memenatkan dan memeningkan kepala tapi terpaksa buat jugak.

kami pun senasib jugak,penyewa baru blah hujung bulan 12 hari tu,tapi bila tgk rumah,Ya Allah..dah tak macam rumah. kos baikpulih sahaja dah melebihi duit deposit yg penyewa tu bagi.bil terunggak lg.aduh..sabor je la..

HeNRieTTa JoSe said...

pindah rumah memang sangat memenatkan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"