Wednesday, January 11, 2012

BR1M

Bantuan Rakyat 1 Malaysia - kami tak layak pun sebab campur2 pendapatan saya & suami lebih sikiiittttt je 3000 tuh, jadinya memang takdela nak kepoh isi borang segala. yang nak cerita sekarang untuk mak saya kat kampung.

dari mula orang kecoh2 nak isi borang ni haritu saya nak tanya mak dah isi ke belum, tapi setiap kali telefon mesti lupa nak tanya. sampailah hari sabtu lepas baru teringat nak tanya.. rupanya mak tak isi pun sebab katanya takde pun ketua kampung ke ape bagi borang tu. jadinya memang tak tahu nak buat macamana. mak kata ketua kampung pun wat tak tau je jadinya dia malas nak bising2 tanya.....

laaaaaaa..... kesiannya orang2 kampung saya.... yang ada anak2 yang tahu mungkin anak yang tolong isikan, tapi yang sebatang kara? pendapatan konfemla bawah 3 ribu

tapinya utk mak memang kakak saya memang dah pernah tanyakan mak nak isi ke tak, mak kata tak payahlah sebab dia rasa bantuan tu utk orang - orang miskin je. So, bila saya call sabtu lepas saya kata amik jela dah kerajaan nak bagi kan? bolehla buat beli baja ke, racun ke, beli anak pokok sawit ke, simpan dalam tabung haji ke... saya nak tolong isikan dan masa tu seingat saya tarikh tutup 15/1. jadi saya plan nak cuti & balik kg hari rabu (harinila), tolong mak isi borang dan lepas tu terus hantar ke lhdn teluk intan. saya pilih rabu sebab isnin saya ada site measurement dan semalam (selasa) saya ada interview... memang plan cantik dah, hati bunga2 nak habiskan masa sekejap berdua-duaan dengan mak.

sekali masa tgk buletin utama hari ahad, saya dok baca tulisan kecil kat bawah skrin tu rupanya tarikh tutup 10/1 which is selasa! alahai.... punah rancangan saya...

tanya2 kat kakak kut dia ada simpan salinan ic mak masa dia isi borang biasiswa tahun lepas, tapi hampeh tah mana dia letak.. ala... nampak gayanya takde rezeki mak nak dapat BR1M tu

4 comments:

Aidah said...

Tak pe, kalau dah rezeki mak ada, tentu dapat cara yang lain nanti, insyaAllah.

maza said...

abah mertua den org Felda, tapi pendapatan dio masih bawah RM3k.. den kobarkan kek dio, "abah tak ambil borang ko?"

"Tak payah lah. Abah maleh nak ambik derr ... biar org laie susah yg ngambiknye"

"Tapi bah, ni gomen bagi pado sapo2 jer, keno ambik tu bah. nanti mesti gomen akan umumkan ado harga lain lak yg dinaikan"

"hmmm" kemudian dia buat tak tau sampai kesudah.

sudahnya baru2 ini kenaikan permium insuran sudah diumumkan. Baru dia melopong mau bayar duit insuran kereta dia yg itew. ada sesal dlm hati.. huhuhu

Yunus Badawi said...

Mcm tu punya ketua kampung pun ada ke? Nasib baik kat kampung mertua saya ada buat sesi mengisi borang beramai2. Cumanya masa itu emak mertua saya salah letak IC dia ... huhuhu

~mrs azmi~ said...

@Aidah: tulah.. kalau dah bukan rezeki kita benda dok dalam mulut pn boleh terlepas

@maza: itulah cakap kat mak.. amik je dah dorang nak bagi

@Yunus Badawi: ketua kampung tu macam tak reti jaga anak buah je. geram betul! agaknya sebab dia tak layak jadi dia diam2 je tanak tolong orang kampung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"