Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, January 6, 2012

menempuh cabaran 2012

selamat tahun baru semua!

ehehe.. dah masuk 6 hari tahun 2012 baru nak wish kat orang.


sian blog, dah seminggu tak berjenguk.. entah le kenapa berat sungguh jari ni nak menaip entry untuk blog sendiri.. tapi dok jenjalan blog orang lajuuuuu jek.. hihi

nampak gayanya 2012 ni akan bertambah mancabar kot utk saya lebih - lebih lagi dalam soal kerja, dan nampak gayanya perlu usaha berlipat kali ganda untuk cari tempat baru sebab saya tak tahu berapa lama lagi syarikat ni dapat bertahan. Untuk tahun 2011 memang takde 1 pun projek baru yang masuk. cuma meneruskan projek - projek yang lama. bila projek baru takde, automatik kerja makin berkurangan - OT pun dah takde - mileage pun ciput - maka gaji pun tinggal basic je.. huhuuuu

maka dengan itu memang sangat makan hati bila orang dok cerita pasal bonus!!! uwaaaaaaa
saya ni kalau dapat gaji penuh pun cukup syukur dah... T___T

moga tahun ni laluan kerjaya saya akan dipermudahkan.... masih menunggu dengan penuh debaran, adakah antara permohonan saya yang akan berjaya...

apa sekalipun, semuanya adalah ketentuan dari Allah dan saya serahkan semua kepadaNYA. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

........


6 comments:

Suara Kalbu said...

Insya Allah,

Ada rezeki di tempat baru untuk mama Aly Coki. Berkat doa anak-anak kita :-)

Yunus Badawi said...

Slmt tahun baru kpd Mrs Azmi juga.

Memang merisaukan kalau sykt tak dapat projek baru. Selaku staf di situ awak dah risau. Bos awak mesti 10 kali lebih risau sebab nak bayar semua overhead sykt.

Semoga awak dapatlah kerja yg dipohon tu dan semoga kerja baru ini lebih baik ganjarannya.

Aidah said...

Jangan putus2 berdoa ya. Akak ni cukup bersyukur sebab tahun ni suami dpt kerja kembali lepas bersara 3 tahun lalu. Walaupun kontrak hanya 6 bulan tapi sangat bersyukur sebab tangki simpanan pun dah sampai tahap bahaya.

InsyaAllah ada rezeki nanti tuh.

meowwmania said...

hepi new year to you too ^_^

Fatt said...

happy new year mrs.azmi

jgn risau, selalunya bila kita berdoa & berserah pd Allah dia akan buka jalan utk kita...Insya Allah

~mrs azmi~ said...

@Suara KAlbu: tula... kita ni sikit sebanyak menumpang rezeki budak2 tu jugak

@Yunus Badawi: sekarang memang tinggal saya sorang je kat company ni.. tu yang macam berat nak tinggal kalau saya dapat tempat lain sebab kesian kat bos.

@Aidah: kami pun sama.. kerja sekarang ngam2 je lepas duit hutang yang banyak keliling pinggang

@meowwmania: tq!^_^

@fatt: tq.. memang dah pasrah sekarang ni.... mengharap yang terbaik.. insyaAllah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"