sebenarnya ni pasal sepupu saya(lelaki) dan saya namakan Im, umur dah 30 lebih tapi tade tanda2 nak kawen pun, kami sepupu2 ni selalu tanya dia bila lagi sebab adik2 dia dah 3 orang kawin, tapi cuma dibalas dengan senyuman. Alih2 mak suruh balik nak kenduri, bila tanya dapat orang mana katanya dengan si D. Memang dah jodoh mereka agaknya... buat macamana pun bersatu juga mereka akhirnya.
si D ni sebenarnya pernah jadi adik ipar Im. Cuma agaknya jodoh D dengan R ni tak panjang.. Selepas mereka bernikah R sakit tenat sebab barah otak dan meninggal dunia tanpa sempat nak adakan majlis persandingan pun. Majlis persandingan yang dirancang sebelah perempuan bertukar jadi majlis tahlil. Sebab terlalu menyangi si R, D memang banyak habiskan masa di kubur dan tinggal bersama ibu mertuanya (makcik saya), paling tidak seminggu sekali mesti ke kubur. Bila raya, kemana makcik pergi adalah juga anak2 nya termasuk Im dan D dan kami boleh nampak ada kemesraan antara Im dan D sampai mak saya cakap "susah2 sangat Im kawin jelah dengan D tu". Tapi kami faham yang masih baru sangat R pergi... sangat tak sesuai kalau ada hubungan yang baru..
Lepas 6 bulan, ibu dan bapa si D kahwinkan dia dengan pilihan mereka. Agaknya taknak anak dorang sedih lama - lama. Tapi apakan daya, Allah yang menentukan panjang mana jodoh kita kan? D dan suaminya berpisah selepas setahun & mereka dikurniakan seorang anak.
Perancangan Allah itu misteri dan tiada siapa boleh menjangka apa akan berlaku masa hadapan kan. Agaknya jodoh D dengan keluarga makcik saya ni kuat agaknya, sebab tu akhirnya Im dan D akhirnya menikah 31/12 lepas & kenduri belah lelakinya hari ahad ni (22/1)
jadi mak suruhla balik g kenduri......
berbalik pada persoalan mula2 tadi.. boleh pakai ke simpulan bahasa 'berganti tikar' tu dalam kes ni??
4 comments:
hehhehehe..kan..slalunya hanti tikar pompuan..apa2 je la...yg pntg pasangan dah selamat bersatu, moga bahagia kekal sampai akhir hayat...
Akak tak tahu sangat bab ganti tikar ni sbb tikar susah nak dapat sekarang ni. Kalau ada jual pun mahal tau. Hehehe. Tapi betullah tu, perancangan Allah tak sape tahu. Semoga perkahwinan ini berkekalan ke akhir hayat mereka.
@MamaBetty: tulah.. apepun pepatahnya yang penting dah selamat pun
@Aidah: orang dok pakai karpet je la ni kak!! ahaha
yeap.. memang boleh dipakai istilah berganti tikar tu..
alhamdulilah,, itulah namanya jodoh!
apa2hal syukur kerna sudah terbentuk sebuah lagi masjid..
Post a Comment