Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, December 11, 2013

Suami Romantik.. penting ke?

lama sangat tak menulis... kekangan kerja + kekangan facebook eh?! kesian blog berhabuk, lama tak menulis alih alih cerita pasal suami romantik penting ke tidak. hahaha

tak dinafikan majoriti wanita memang mendambakan teman hidup yang romantik kan, seperti cerita novel yang sangat mengharukan.  ^_^  Tapi realitinya tak ramai lelaki yang sebegitu, memiliki teman hidup yang cukup memahami pun dah cukup syukur kan?...

Encik suami saya juga salah seorang suami yang bukan dari golongan lelaki romantik, takkan faham kalau kita cakap berkias. Kalau kita betul-betul nakkan sesuatu lebih baik berterus terang. kalau 'hint' memang alamatnya takkan dapatla benda tu. Alah bisa tegal biasa, waktu baru berkahwin kadangkala memang terasa hati bila kiasan kita langsung tek terkesan dihatinya. Selepas  beberapa lama semua tu kita dah tak kisah sangat.

Harapan nak dapat surprise ke memang takdela..... hahaha

tapi waktu birthday saya baru - baru ni ada perkara yang encik suami buat benar-benar mengharukan saya, apa yang dia lakukan?



Ya, dia hasilkan sendiri kek harijadi saya!! 

seperti semua sedia maklum kami sekarang tinggal berjauhan, hujung minggu baru saya pulang dan kebetulan tahun ini hari lahir saya jatuh pada hari sabtu. Namun, disaat akhir saya terpaksa bekerja pada hari berkenaan! T_T terpaksa batalkan rancangan untuk menonton filem THOR. huhu

kepulangan saya petang itu disambut kek merah jambu... hilang penat... hanya senyuman yang terukir dibibir... terharu dengan usaha suami... memang tiada bunga comel sebagai hiasan kek, tiada ungkapan 'selamat hari lahir' diatas kek, hanya kek merah jambu yang kosong.. tapi saya tetap berbangga dengan usaha beliau!


 terima kasih sayang!







15 comments:

julietchun said...

selamat hari lahir.

waaaaahhhhhhh! romantik yg sesekali tu yg takkan boleh dilupakan sampai bila2. :D

YUS said...

Ye lah! lama betul x muncul! Hepi besday mrs. azmi! hehe.. sronoknya dpt asben buatkn kek harijadi kt kite kn!

~mrs azmi~ said...

@julietchun:tula.. pandai pulak dia buat org speechless...

@Yus: bz ngan fb je kak! wakaka

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

wah.. slmt hr jadi..

Lepas nie leh request masak macam2 lak.. tapi kena puji dulu ler..

Akak dulu sllu buat cenggitu kat pakwe akak.. bgtaulah.. dah lama tak makan mee goreng abg yg sedap tuh.. abg masak boleh... hahaha.. sekejap tuh juga dia p masak ahaks ;) (selamat tak yah sesusah masak sarapan)

Rozita said...

wow..dah cukup best

anyway..happy belated besday. semoga hidup akan lebih bermakna

suezen said...

wah...sekali muncul...waktu birthday...happy birthday kak

maza said...

WOW!

maza pula termasuk spesis macam suami Mrs. Azmi juga.. wakakaka

kata orang rumah, keras kejung tak ada perasan.. wakakaka

psst: tahniah dan utunglah...

Cetusan said...

Bila buh dlm peti terus keras kejung..nak suam tunggu minggu depan pulak,,ahakk

Cetusan said...

Assalam, oppps sedapnya mengata

~mrs azmi~ said...

@T3PCute: Tq! memang kene selalu puji kak.. kalau tak mmg idakle dia nak nolong! hahaha

@Rozita: Tq2... :)

@Suezen: sibuk beno kononnye... ni kejadian julung2 kali dapat tu yang gigih jugak tulis bagi tak lupa

@Maza: tak romantik takpa... janji ada inisiatif nak membantu kat rumah :-)

Anonymous said...

kiyut juga kek pink tu..ahaks.

tahniah.

kueh

Cik Lily Putih said...

ala so sweet ek, buatkan kek birthday k lily gak boleh..

Yunus Badawi said...

so sweeetttt. Takpe takde hiasan dan takde ucapan Happy Birthday di atas kek itu. Yang penting ingatan En Azmi tu.

Happy belated birthday

zino said...

selamat hari lahir semoga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan...

~mrs azmi~ said...

@CikLily Putih: mau pengsan si pembeli kalau beli kek ni! haha

@Yunus Badawi: terima kasih!

@Zino: terima kasih atas doa cik zino :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"