Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, March 25, 2013

Anak Angkat

tajuk ni tersimpan dalam draft folder agak lama juga... waktu tu memang saya berada dalam keadaan yang sangat tertekan... terasa diri di titik  paling bawah dalam hidup... rasa hopeless... serabut! semua cukuplah... 

tak pernah terbayang langsung saya akan alami perkara ni, kalau dulu sebelum berkahwin bila dengar orang kawin 5 - 6 tahun belum dikurniakan cahaya mata, rasa kesian sangat... tertanya - tanya apa yang mereka rasa? apa yang mereka fikir? macamana dorang manage emosi?

sekarang saya sendiri juga berada dalam kasut yang sama dengan mereka. merasai sendiri tekanan dari sekeliling & kadang2 tekanan tu datang dari diri sendiri...

ya tahun pertama, kedua, ketiga saya boleh berdiri gagah menepis setiap kata orang yang datang... tapi bila masuk tahun ke5, sesekali kata - kata orang menusuk kalbu sampai kita rasa terjelapuk tak boleh bangun semula!


balik pada tajuk atas tu...


should i go for it or not?!




9 comments:

Kopiolimauice said...

InsyaAllah satu hari rezeki tu pasti ada...if tade Tuhan akan menjanjikan dan menggantikan yg terbaik utk setiap umatnya

gadisBunga™ said...

kadang-kadang perkara yang tak pernah terlintas akan terjadi kepada kita, itulah yang akan terjadi kan?

tapi selalu saya dengar pasangan yang ambil anak angkat akan ada rezeki dapat anak senddiri tak lama kemudian. :)

Cikgu DrDJ said...

Byk perlu di pertimbangkan...

zard said...

as salam.

dik, you are not alone dlam hal ini. as for us (my better half and me) kami sudah melaluinya dan hingga kini after 19tahun bersama kami masih berdua (ditemani kucing2 kami). sepanjang 19 tahun itu, byk komen sinis, sindiran menghina yang kami terima terutama ditujukan kpd diri saya. cadangan utk mengambil anak angkat juga ada di ajukan kepada kami, tapi setelah kami timbang, bincang.. kami serahkan kepada Yang Maha Esa, sekira ke arah itu lah jalan yang DIA inginkan, kami mohon permudahkan.

~mrs azmi~ said...

@Kopiolimauice: amin amin... harapan sentiasa ada kan?!

@GB: bila jadi macam ni, baru tersedar kita takkan boleh mendahului perancangan Allah...

@Mama Betty: sedangkan adopt kitten pun banyak yang kita kena amik kira inikan pula human baby kan

@Zard: Assalam kak, kerdilnya rasa nak dibandingkan tekanann saya dengan akak yang lagi lama kena tempuh semua ni... harap satu hari nanti Allah perkenankan hajat kita yang satu ni. sebelum 'masa' tu sampai kita bergembira curahkan kasih pada anak - anak bulus dulu... ^_^

Suara Kalbu said...

Salam,

Saya pernah melalui saat itu dan terfikir untuk membuat perkara yang sama. Tetapi setelah ditimbang-timbang oleh kami suami isteri dan juga keluarga, urusan mengambil dan mengambil anak angkat sebenarnya satu amanah yang berat dan banyak perkara perlu diteliti dengan sebaiknya. Mental kita sendiri mestilah kena bersedia sepenuhnya kerana kita nak memegang amanah menjaga anak yang bukan darah daging kita.

Jangan kita ambil anak angkat semata-mata mahu menutup mulut sesetengah orang yang tak akan henti-henti bertanya tanpa memikirkan perasaan kita.

Percayalah, setelah ambil anak angkat pun, mereka tetap akan bertanya bila lagi nak ada anak sendiri.

Ambillah anak angkat bila awak rasa mental dan fizikal sudah betul-betul bersedia untuk itu.

Jika tidak, percayalah pada ajal, maut dan rezeki itu rahsia Allah yang Maha Mengetahui. Insya Allah doa, kesabaran dan usaha kita pasti ada ganjaran yang tak kita ketahui samada cepat atau lambat.

Saya sentiasa mendoakan untuk kawan-kawan seperti awak dan yang lain-lain kerana saya juga suatu waktu dulu pernah merasai pahit manis menanti selama 10 tahun untuk kehadiran zuriat sendiri.

Jangan sedih dan ceria selalu ya

ckLah @xiiinam said...

CkLah doakan yang terbaik buat mu...anakanda!

(anakandalah kan...sebab ibumu kupanggil kakak! :)

♚ wonderFURRworld ♚ said...

kita senasib rupanya :'((

~mrs azmi~ said...

@Suara Kalbu: kagum dengan ketabahan ibu... dan akhirnya anugerah yang paling ditunggu akan tiba ^_^

tahniah ya

bila due?

@ckLah: errr... kakak kot.. takla tua sangat sampai sy nak panggil makcik kan? hehe

terima kasih atas doa!
(peluk kuat kuat)

@http://wonderfurrworld.blogspot.com/: Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan?! redha dengan semua ketentuan-Nya ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"