Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, December 27, 2012

Its Official! : Hello Cyberjaya

Maaf ya lama tak ber update... terlalu sibuk dengan urusan duniawi! 

setelah berbulan2 berteka teki bila kami akan berpindah... akhirnya secara rasmi saya akan menjadi warga Cyberjaya - Seri Kembangan mulai 1 Januari 2013

sekarang tengah kemas - kemas semua file, barang - barang peribadi... tak banyak mana pun, belum sempat kumpul stok kat sini.. ^_^

macam biasa, kalau dah nama nak berpisah confirmla sedih kan walaupun cuma 8 bulan kat sini tapi tetap berat hati  T____T 

Selamat tinggal Eco Park!

Lain kali kalau datang lagi dah sebagai pelawat... bukan lagi tuan rumah sob..sob..

Dan dengan itu juga secara rasminya saya dan suami terpaksa tinggal berjauhan

uwaaaaaa!!! 

Aly, Coki & Popok macam dah terasa akan ditinggalkan, mengekor mana mama pergi.. pantang mama duduk minta garu, mintak sikat... buat muka kesian


Ini jalan yang saya dengan sukarela pilih... maka saya redha.... 

moga permohonan suami untuk bertukar akan dipermudahkan......

Thursday, December 20, 2012

20122012

Hari ini dalam 4 tahun lepas... adalah hari kegembiraan saya.. melewati satu lagi fasa dalam hidup.... dari seorang kemudian berdua... hari kami diarak,digandingkan bersama di atas pelamin yang dihias indah... dengan iringan doa restu dari kedua buah keluarga....

Hari ini selepas 4 tahun.. masih banyak yang kami perlu buat.... masih banyak perkara yang saya perlu fahami tentang dia... walaupun kami masih berdua kami tetap bahagia dengan hadirnya aly, coki , popok.... ya.. mereka bukan manusia tapi bagi kami, mereka tetap anak anak yang perlukan kasih dan perlindungan dari kami....

Semalam ulangtahun dia terima nikahnya.. hari ini ulangtahun kami naik pelamin...e esok ulangtahun pertama kali saya ke rumah mertua... moga kebahagiaan itu akan tetap milik kami hingga ke syurga....

Monday, December 10, 2012

budak gendut tido peluk peluk

Hai sejuk hati tgk budak2 ni tido.... tanpa ada sebarang kerisauan... karang bangun cium2 pipi mama minta makan...... bila masing2 dah makin menggebu mama n abah pula yang masalah sebab katil sempit!

Haish..... tu sekor lagi masih dalam tahanan sebab kencing merata... kalau tak lagila berebut space.....

Tapi sayang punya pasal mama n abah sempit2 pun takpe....

Bila pikir nanti kena duduk jauh ngan budak2 ni alahai..... beratnya hati.... jangan nanti dorang dah tak kenal mama udah.... budak2 ni penakut ya amat.. tak madan badan gendut tapi kalau ada bunyi bising sikit depan umah mulala... jalan rendah je... pastu menyorok sampai mama susah hati sebab tak jumpa carik....



Oh..... merepek di waktu pagi lepas seminggu lebih tak post pape .....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"