bila dah hari - hari lalu jalan sama.. lama lama kita jadi hafal semuanya dan mula ambil ringan pasal tumpuan pada pemanduan. Mulala kelopak mata ni asik berat je.. dugaan sungguh!
pagi tadi sebab nak hilangkan rasa mengantuk tahap gaban makanlah buah. sekarang ni ofis tengah buat health campaign.. so setiap isnin, rabu, jumaat akan dapat buah, buah gred A punya.. tu yang syok tuuu. semalam sibuk practice langsung lupa nak makan. bubuh dalam beg ingatkan nak makan kat rumah... tapi lupa juga.. tu yang boleh makan buah pagi2 dalam kereta...
nak dijadikan cerita tengah syok2 layan buah pear sambil layan highway guthrie... tiba - tiba terperasan saya dah lalu bawah flyover yang tak sepatutnya saya lalu! alamak! terlepas exit!!
terlajak perahu bolehla nak undur.. terlepas exit highway alamatnya melayangla duit bayar tol... sebab dah terlepas redha jela... nasib baik nilai touch n go masih banyak...
hish camnela boleh tak perasan exit tu tah....
3 comments:
Memang betul, bila dah selalu ikut jalan tu otak pun tak alert sangat. Akak pun. Balik nanti drive carefully ya.
best betul! dpt buah gred A free 3 kali seminggu..keh keh keh...highway guthrie tu mmg mengantok kalau drive..lengang kan....dulu la, sekarang saya tak tau, dah lama tak lalu situ
@Aidah: baik kak!!
@Daddy Ziyyad: skangpun sama lengang juga... cuma bertambahla sikit jumlah kenderaan tu.. tu yang boleh hanyut mengelamun tuuuu
Post a Comment