lama sungguh tak berapdet blog ni...
rentetan dari entri ni >> disini akhirnya, ada sinar baru dalam perkembangan kerjaya saya... alhamdulillah saya berjaya dapat jawatan yang ditawarkan.. offer letter pun dah sign... tinggal lagi nak habiskan sisa - sisa masa saya dalam syarikat sekarang ni... last day kerja sini 30/4/2012
rasa berat hati pasti ada lepas 5 tahun berkhidmat disini... terlalu banyak pengalaman saya dapat walaupun syarikat ni tak besar mana... semua dah macam family sendiri, masa nak handover tender resignation rasa teragak2, rasa serba salah... tak tahu nak mulakan macamana.... tapi berat hati macamana pun hidup perlu diteruskan.. kan??
ada rasa berdebar2 nak mulakan kerja baru.. nak kenal balik orang2 baru, nak sesuaikan diri balik..... dan paling saya bersyukur bila medical report saya sume excellant! setelah bertahun2 tak buat medical checkup! last 10 tahun lepas kottttt time nak masuk degree...
oklah.. dah hari2 akhir ni banyak keje kene settle sebelum boleh berhenti...
jumpa lagi lain kali!
pada kak Aidah terima kasih sudi singgah walaupun blog sepi tak berapdet.. peluk cium juga untuk milo n moli ya!
12 comments:
Tahniah kerana dapat kerja baru! Semoga memberi lebih banyak kepuasan dan ganjaran yg lebih lumayan.
Memang berat nak tinggalkan sykt tempat kerja sekarang kerana dah 5 tahun. Tapi kalau awak dah buat solat istiharah, yakinlah apa yg Allah ilhamkan itulah yg lebih baik.
All the best!
Alhamdulillah. Selamat berhijrah ya. Akak dah rindu ngan coki dan aly. Makin tembam agaknya tu. Hihihi.
wah tahniah lah kerana dapat peluang baru..
selagi boleh pilih kita pilih.. masih belum terlambat sebelum kaki benar2 terikat.. hehehhee
err.. sebagai celebration, cendol satu kali volleh?
hahaha
Tahniah Mama Aly & Coki,
Nanti bleh belanja Ally and Coki pegi Domino... err... ibu Coki sekali kehkehekhekeh
@Yunus Badawi: terima kasih... amiiinn.. walau berat hati saya masih perlu terus kembangkan kerjaya kan.. takkan sampai pencen kat takuk yang sama je kan
@Aidah: tq kak.. budak2 tu makin bulatla apa lagi.. asik mintak makan je
@maza: terima kasih ^_^ eh bukan yang diraikan ke patut dibelanja?? hihi... mehla datang seksyen 8, saya belanja minum cendol
@Suara Kalbu: tq ibu..Ally n Coki takle makan domino nanti tambah gemuk!! hahaha
wahhh..tahniah babe...area mana new workplace hang nie??
tahniah! tempat kerja baru dengan semangat yg baru.
@mama betty: report duty nanti kat setia alam.. tapi nanti bila ofis cyberjaya siap kene pindah cyberjayala
@julietchun: tq..tq...
kat mana tempat kerja baru tu?
@Yunus Badawi: tempat baru ni nanti SP Setia Berhad dan akan ditugaskan untuk township baru 'Setia Eco Glades' - Cyberjaya
cyberjaya?ble le aku selalu merendek dgn ko kan?hehe...ko yg pindah, mcm aku lak yg terlebih xcited nih..weeee~~
@toy: akekeke.. boleh je.. cumanya tatau lagi bila baru pindah sana coz opis tak siap lagi.. kalau pindah memang alamatnya jadi weekend housewifele aku... jauh beno nak ulang alik hari2
Post a Comment