Thursday, March 29, 2012

Beza setengah jam pun boleh bawa perubahan besar

Ni cerita time hantar suami checkupla ni... Dua minggu lepas 1st time hantar pegi checkup kaki dia tu, sebab dalam kad appoinment tu tulih pukul 8, maka kami pun keluarlah rumah pukul 7. sampai Hosp Selayang ngam2 pukul 8. First time g klinik pakar kat selayang tu, jadinya baru nak belajo2 pasal prosedurla ni.. saya turunkan suami siap2 kat lobby sebab parking dah penuh! jenuh nak pusing2 cari parking. bila saya naik atas suami dapat giliran untuk 1st kaunter 1032. Waktu tu takla ramai sangat orang, ingatkan amik nombor sekali tu je... rupanya ada lagi kaunter lain pulak! lepas kaunter 1(kaunter pendaftaran yang general) dia pas pula ke kaunter 2(kaunter klinik yang spesifik) suami appoinment untuk klinik orthopedik. kat situ kene tunggu lagi nama kena panggil pulak. lepas tu baru dapat no giliran nak jumpa doktor dan waktu tu dapat no giliran 1214. nampak no macam sikit..... tapi!!!! berzaman nak menunggunya! saya siap dah g sarapan, baca paper pun abih.. no giliran tak gerak2! dari kul 8 kami sampai.... pukul 1 lebih baru siap semua termasuk amik ubat...

adehla.... salute betul kat orang2 yang memang ada regular checkup kat sini... tiap2 hari rabu adalah hari klinik dan purata patient yang datang adalah 700 orang! tengok nombor pun dah pening... yang menunggu lagila!

lepas checkup tu doktor suruh datang sekali lagi lepas 2 minggu iaitu semalam..

disebabkan dah rasa serik menunggu lama.. suami ajak pegi awal sikit. jadi keluar rumah pukul 6.30pg.... natijah dari keputusan tu urusan kami selesai lebih kurang pukul 1030! yeay!!!

banyak bezanya kan??

disebabkan dah amik cuti.. balik rumah tido!!!!! hahaha

4 comments:

mamawana said...

Dah biasa berurusan kat kaunter klinik kul 8 pagi ...tunggu punya tunggu segala bagai, kul 12.30 tengahari baru selesai amik ubat. Sabor jerlah. Amik time slip terus gi opis.

Aidah said...

Sama macam akak. Kalau berurusan dgn hospital kerajaan, pagi subuh lagi akak dah sampai. Tak larat nak nunggu lama, dik. Lagipun kalau awal2 pagi, parking pun senang. Kalau pergi beli barang pun camtu jugak akak. Suka tunggu depan kedai sebab kedai belum bukak lagi. Hehehe.

~mrs azmi~ said...

@mamawana: kalau saya 1230 tu takde mud dah nak masuk opis.. balik tido lagi bagus

@Aidah: tambah pulak orang macam kami ni memang tak suka g tempat sesak2 ni.. memang kalau boleh lepas subuh nak tunggu giliran dah.. ahahaha

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

lepas nie dtg awal2 pg.. berbaloi kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"