saya seorang yang fobia pada anjing
gara - gara dikejar waktu balik dari sekolah sampai jatuh besikal dan hampir dilanggar kereta
tapi takla benci @ rasa nak menyiksa anjing - anjing yang ada atas muka bumi ni. cuma sedaya upaya mengawal diri bila berhadapan dengan makhluk yang satu ni
sejak awal tahun ini ada sesuatu menggamit pandangan saya saban petang waktu pulang dari kerja. Lokasinya di simpang lampu isyarat ke kilang Perodua, di atas 'island' jalan 4 lorong tu ada seekor anjing yang kelihatan seperti menanti sesuatu. Mungkin dia dah ada disana sejak sekian lama, cuma saya baru sedar awal tahun ini.
sejak itu, setiap kali lalu disana samada pergi ke pejabat atau pulang ke rumah pasti saya akan perhatikan kawasan berkenaan, PASTI dia ada disitu.
inilah DIA yang saya maksudkan
"alah.. ape nak heran dengan anjing kat jalan??.. lantakla dia nak duduk kat mana pun..."
mesti ada yang rasa macam tu kan?
saya pernah nampak dia bersama sekumpulan anjing lain waktu pagi, nampak macam satu geng.. tapi bila petang, dia tetap berada diatas island seperti kebiasaan
pernah juga bercerita dengan suami,
suami menjawab "mungkin tuan dia tinggalkan dia kat situ, dan dia tetap nak tunggu tuan dia ambil balik"
dia bukan anjing yang normal, dia tempang kami kiri hadapan. bila selalu memerhatikan kadangkala terbit rasa sayu melihat keadaannya seperti menanti sesuatu tanpa jemu, pernah juga tiba - tiba saya menangis!
lagi - lagi bila melihat dia tetap berada dalam hujan lebat di tempat yang sama!
"Kalau dah sedih sangat kenapa tak tolong???"
"Ya, saya memang sedih dan kasihan padanya tapi belum mampu mengatasi fobia sendiri, cuma mampu menghulurkan sedikit makanan bila ada kesempatan...."
7 comments:
sedih la entry ni. rasanya dia mcm tgh tunggu tuannya. mcm citer Hachi tu...setia betul anjing tu. i sbnrnya lagi suka anjing dr kucing sbb dorg cerdik pastu setia...takde haiwan yg mcm tu kecuali anjing. tp culture kita taboo klu org islam nak bela kan? mesti jadi isu walhal sbnrnya tak salah pun bela..kalau kena air liur dia samak jela klu ikutkan tp biasa org kita ni paranoid skit klu masuk bab membela anjing.
sbnrnya kan, kat rumah i ada sekor kucing tempang, sama jgk kaki depan, tp sblh kiri. dulu masa dia baby dia perfect mcm kucing lain, then satu hari dtg sekor kucing jantan tah sape punye, pegi attack dia & gigit kaki dia sampai hancur...kucing tu smpai skrg i bela..cantik dan tp tiap kali tgk dia jalan...i sedih :(
serius saya sedeh baca entri ni....
aduh.. bersempati sungguh lah..
huhuhuhu
mesti buat sesuatu ni.. takkan sampai habis usianya begitu sahaja.. aduhaiiii...
@fatt: tak sampai hati betul tgk anjing tu setiap kali lalu tempat tu T___T
@DrSinga: sedih maknanya kita masih ada rasa perikemanusiaan walaupun pada binatang kan?
@maza:nak tolong tapi tatau nak buat macamana... T_____T
Mungkin kamu boleh call SPCA utk ambil tindakan yg sepatutnya...
Moga Allah merahmati kita yg mencintai semua hamba ciptaanNya, waima seekor anjing sekalipun..
Kesian kat dia...especially yang duduk dalam hujan tu. Patutla selalu dengar orang cakap anjing ni binatang yang setia
@Daddy Ziyyad: thanx atas cadangan ^_^
@Suara Kalbu: tula pasal.. nampak sangat loyal kan?
Post a Comment