dari klinik ke klinik mendapatkan rawatan kecemasan sudahnya terpaksa juga berkampung di hospital sungai buloh. Di hospital pun doktor seolah buntu dengan masalah ni, kakak dan abg ipar yang baru sampai dari taiping pun puas bertanyakan doktor apa prosedur yang terbaik untuk tahu punca masalah anak dara mereka tu.
keputusan darah belum dapat, mana ada lab bukak hari ahad kans?
pat lima kali doktor datang memeriksa, akhirnya doktor menyarankan untuk mengambil sampel air tulang belakang. Seperti biasa, prosedur macam tu mesti kena kebenaran waris kan? jadi kami sekeluarga yang datang melawat masa tu pun buatla mesyuarat bersama samada nak benarkan atau tidak. masing - masing keluarkan pendapat yang konon bernas habislah, tapi bernas manala kalau cuma pendapat jurutera, pensyarah, arkitek, pemandu lori, surirumah, tukang jahit yang langsung tiada pengetahuan dalam bidang perubatan! lagi - lagi bila kita selalu dimomokkan dengan cerita pesakit boleh lumpuh selepas air tulang belakangnya diambil. akhirnya mesyuarat kami buntu!
kakak cuba google mengenai prosedur berkenaan, tapi masing - masing blur dengan apa terma perubatan untuk 'air tulang belakang'
sorang abang ipar mengusik, "sekarang baru nak sibuk jadi doktor... dulu taknak pulak! "
disambut dengan birasnya "backbone liquid kot!" hahahahahha! pecah ketawa kami semua!
sudahnya kami teringatkan makcik kami di johor (pangkat makcik tapi muda lagi) doktor yang ada klinik sendiri di jementah, segamat yang mana suami dan madunya juga doktor, masing - masing punya klinik sendiri di tempat berasingan. Kakak sulung mencuba nasib untuk meminta pendapat perubatan untuk masalah kami disini. Telefon si suami tidak berjawab, begitu juga makcik. ahh! mungkin takde rezeki kami untuk meminta pendapat daripada mereka. dah tak dapat pendapat perubatan, kami
selang 15 minit kemudian, makcik menghubungi kami semula.. alhamdulillah..
kakak sekadar berbasa basi bertanya "acik tengah ada patient ke?"
makcik: " taklah.. kami kat kedah ni.. baru nak dapat beraya ni ha!! rayala dekat rumah adik kat kedah ni pulak..."
kakak : "eh bukan kat terengganu ke acik?"
makcik: "itu yang no 2, ini yang no 3"
kami yang ada kat situ semua melopong! terrer tu pakcik kami sorang ni.... ingatkan 2 je wife, rupanya dah 3! dan lagi hebat, semua doktor!!! hahahaha
lepas dapat konsultasi dalam talian tu, barula masing - masing lega.. dapat buat keputusan dengan hati yang tenang. Sekarang anak sedara saya tu masih di hospital sungai buloh... masih belum dapat punca walaupun dah ambil air tulang belakang.
sabar jelah ye nak.....
9 comments:
hahaha! Punyalah berdebar baca entry ni! suspen sungguh!! Tabik la kat pakcik you...
get well soon utk anak sedara tu..
=)
@tinta hatiku: kami memang terkejut sungguh bila tau pakcik kami tu dah tambah cawangan lagi 1! tapi sebab makcik a.k.a bini tua dia tu ok kami pun ok jelah ^_^
ya Allah.. cerita 2 dalam 1.. hehe.. smoga anak sdara awk kembali pulih spt biasa.. dan syabas utk p'cik awk! kui kui kui..... *lawak la.... ^_^
pernah dengar jugak myth pasal kesan ambik air tulang tu. so, sebenarnya ada kesan buruk tak ambik air tulang belakang tu?
pernah tengok citer korea pasal ambik air tulang belakang ni..
harap² semuanya ok..
@eus: anak sedara tu dah discharge. masih ada rasa sakit belakang
@Mr Penyubiru: kalau ikut pendapat makcik saya pasal myth yang boleh lumpuh tu sebab mungkin masa ambil air tulang belakang kuman memang dah attack otak pesakit, kuman yang dah sampai otak tu yang menyebabkan lumpuh. dia kata lagi kalau induce untuk bersalin tu sebenarnya lagi bahaya.
@n@m@n: amiinnnn. skang dah discharge pun budak tu. bawak balik taiping bat sementara. sebab result test air tulang belakang tu ok. takde apa2 yang pelik
tetiba terbayang senyuman P ramlee
Post a Comment