Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, July 5, 2010

shopping pokok @ muar

lama dah tak shopping pokok dengan jayanyagatailast kalau tak salah bulan julai tahun sudah, wah! setahun sudah!! tak perasan...

takde dalam perancangan pun, sepatutnya hari sabtu tu temankan kakak beli kain nak buat baju raya baju raya i dah tempah okeh.. hehe tapi hari jumaat petang bos suruh turun muar esoknyasebab nak pilih pokok untuk FLORIA Putrajaya next week, so nak tak nak kene cancellah planning nak soping ngan anak - anakgigil



pukul 7 dah keluar dari umah, demi misi mencari pokok terrrrbaik ku turutkan juaaa.. singgah bangsar amik bos n terus ke putrajaya nak jumpa yang lain - lain, janji nak gerak pukul 9

sambil - sambil tunggu yang lain kat putrajaya, dok tgk - tgk platform yang diorang tengah siapkan.
strategic giles port kami ni.... open view direct ke jambatan tu. cantik sangat
tunggu..

tunggu.........

punya tunggu.............

punya tunggu..............

kul 11 baru sume muncul!!!
marahmarahmarahmarah
penangan uruguay - ghana subuh tula!haih.....

nasib baik area seremban tak jam... kalau tak mau tak siap nak memilih pokoknye

kul 1 baru sampai muar, pekena nasik beriyani dulu....

pastu, sesi carik pokoklah... dari bukit kangkar bawak ke bukit pasir, lepas satu - satu nursery kitorang tinjau nak carik pokok terrrrrbaik!

jom layan pokok2 yang kami carik
yang ni sume orang kenal kan? Plumeria rubra @ kemboja
**rubra = merah (bunga merah)
obtusa = putih (bunga putih)

the gorgeous tower tree! name omputih dia Schizolobium parahyba
kalau kat sg buloh cikeding je....

foxtail palm @ Wodyetia bifurcata yang very the gebu! rambang mata nak pilih!!
yang ni pulak, Michelia champaka @ Cempaka.
nakkan bunga kuning tapi pokok bunga kuning tak cantik jadi sebat yang bunga putih jela...

all of us get excited bila nampak group of bamboo's ni.. sangat menarik okeh...
pilih..pilih...pilih

20 jek amik

yang ni sapa - sapa nak kenal pokok cucur atap,Beackea Frutescens
pokok yang sangaaaaat cantik
dan cucur atap ni adalah spesis bonsai semula jadi

alpinia purpurata adik beradik lengkuasla ni tapi takle makan... jadi hiasan jek.. hihi

ada few spesis lagi tak jumpa dan bos - bos sume decide nak carik kat sg buloh je. dah penat pusing satu muar tu, penghabisnya kami makan kat Nasuha Herbs (pengeluar produk rempah 'Mak Siti')


setting restoran sangat best!! lenkali nak datang sini lagi, nak cuba spa dia pulak. heheh

dah penat seharian berjalan sampai balik kat putrajaya kul 10malam.
aku sampai umah dah kul 1130! adoi lunyai!


13 comments:

Lady of Leisure said...

yang frangipani tu i sukaaa sangat... daun cantik, bunga pun cantik.. tanam pokok tu rumah terus jadik cam ala2 bali kan hehe..

~mrs azmi~ said...

@lady of leisure: yup... pastu senang je nak berbunga... sepanjang tahun kan?

maza said...

perkhh... berbelit2 nak menyebut nama saintifik pokok itew..

wonder, how do u manage to remind all the words and spelling too? hhuhuhu

~mrs azmi~ said...

@maza: kata orang "alah bisa tegal biasa" hihi... dah hari - hari kene keje ngan bende tu sure kita kene berusaha untuk kuasai dia kan? some more dulu time belajar kalau tak betul eja kene ketuk ngan cikgu!!!

yonna said...

err akak,mmg kat Muar ke selalu org beli pokok2 bunga tu? selalu Muar sinonim dengan mee bandung ja T__T

~mrs azmi~ said...

@yonna: heheh... klu orang2 biasa mmg tak g shopping pokok kat muar, sg buloh lebih sinonim dengan nursery kan? tapi kli org dlm line akak mmg akan turun ke muar sebab pokok2 yang ada kat sg buloh pun mostly datang dari sana. kat muar nursery dia much - much bigger than sg buloh ^_^

en_me said...

jalann sakanns.. ehehe

Kujie said...

cucur atap tu mcm pokok janda merana je..

suka tower tree...cantik menarik tapi dah tak de tempat lagi kt rumah ni nk tanam

KampungChelsea said...

Aslkm,salam ziarah...salam perpaduan untuk semua..minat bola ? jom visit n tinggalkan jejak anda sedikit di sini http://kampungbolasedunia.blogspot.com ,ok bye

~mrs azmi~ said...

@kujie: mmg cucur atap tu sejibik cam janda merana cuma dia saiz dia lebih kecil dan daun cucur atap ni ada bau fresh

tower tree tu mmg cantik tapi super duper sensitive!! kat muar cantik tapi sayang, sampai je kat putrajaya daun gugur sangat dasyat dan memaksa kami tukar dengan pokok lain on the spot!

~mrs azmi~ said...

@en_me: hehehe... sesekali mencuci mata shopping benda gini mmg seronok!

Dr Singa said...

woit!!!!!!
dalam restoren tu mana boleh ambik gambar!!
.
.
kita sesat kat sini.. gugel2 cari pokok janda merana...

~mrs azmi~ said...

@DrSinga: eh..eh.. tak boleh ke??

takde orang marah pun mase tuuu

maknenye bolehla tu kan??

dah jumpa ke belum pokok janda merananya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"