Friday, July 30, 2010

karat sudah~ **entry penuuuuuuuh dengan gambar*

Cerita 1 : Floria 2010

seperti yang ramai blogger dah excited ceritakan last 2 weeks, floria ni mendapat sambutan yang sangat luar biasa... pengunjung mencapai ratusan ribu orang!! hah ku sendiri tak sangka boleh capai pelawat yang macam tu punya ramai.. anyway tepuktangantepuktangantepuktangantepuktangantepuktangan pada penganjur dan participant dalam floria ni. termasuk kontraktor yang bertungkus lumus macam kami untuk siapkan display garden ni untuk anda semua! encemencemencemencem

Floria 2010 ni syarikat kami dapat tender utk construc display garden untuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
kalau ditanya macamana perasaan sepanjang construction selama 10 hari tu, rase tobat tanak buat lagi dah, tapi............ itulah asam garam kalau keje dalam line macam ni. WALAUPUN kunun2 position bunyi macam gah tapi bila sampai construction macam ni kene jugak angkut bunga - bunga tu.. susun semua sama2 berpanas sampai berpeluh lencun baju.. bau jangan cakapla... ashheeem je masing2..

dateline construction sepatutnya khamis 8/7/10 sebab 9.00 pg jumaat 9/7/10 'judging day' tapi sebab terlampau banyak pertukaran saat akhir jadi banyak benda in complete masa junge datang... kalau sebeluum - sebelum tu kami bekerja sampai 12 tengah malam, hari khamis tu mmg gila hampir 24 jam kami bekerja.. badan mmg dah lunyai.. nampak buaian rase bestnye dapat lelap kat situ, nampak bench pun sama jugak... penat sangat - sangat... pekerja pun masing2 dah penat nak angkat hammer pun lambat jek.. nak susun pokok yang saiz plastik beg besar sepeluk bukan senang.. bukan boleh angkat sorang.... kesian betul tengok diorang

hari jumaat, kami dapat few comments lagi dari orang atasan bermakna semakin banyak yang perlu disiapkan menjelang 8.00malam. berkat kerjasama semua, bantuan daripada Perbadanan Putrajaya dan beberapa pihak lagi kami berjaya menyiapkan semuanya sebelum perasmian pada hari Sabtu 10/7/2010 oleh Yang Berhormat Perdana Menteri.

jom layan gambar hasil penat lelah kami ni....




















credit juga pada pn ezwani atas gambar - gambar yang cantik... suka! juga pada beberapa fotografer yang gigih ambil angle terbaik utk dimuatkan dalam buku yang bakal diterbitkan sedikit masa lagi.

tapi,

kepada seorang fotografer yang tidak dikenali yang telah memijak dan memecahkan coloured perspek kami ketika sesi penjurian, terima kasih kerana telah merosakkan persek itu dan terima kasih juga kerana telah menyebabkan kolam kami bocor!! dan terima kasih juga kerana kamu hanya melarikan diri tanpa sebarang maaf pun daripada kami! kami hanya mahu kamu tahu perbuatan itu sangat biadap dan tidak bertanggungjawab!!!

11 comments:

sya said...

ish.. ye ke... tak patut betul photographer tu...
tapi, apa2 pun tahniah sangat2... memang cantik2 sangat bunga kat situ..... kerana ambik gambar banyak sangat dekat tempat mrs azmi ni lah kamera saya habis bateri dan terpaksa datang semula hari malam... huhu
tak sabar tunggu tahun depan punya pulak.. hehehe

~mrs azmi~ said...

@sya: ehehehe.. tq.. malu i hihi.. tahun depan mesti lagi meletops! tataula berpeluang buat lagi tak ^_^

HEMY said...

coloured perspek tu apa??? wahh..ada pertandingan ke masa tu??ptut ramai amek gambar

~mrs azmi~ said...

@HEMY: coloured perspek tu dia macam kaca tapi buat dari plastik
**tgk picture ke6 kat area air tu ada benda atas tu warna kuning. tula dia bendanya tapi yang kene pijak tu area lain. warna magenta

queen said...

oooo....ini ke..puas la saya cari.....ok2..ade visit..tp tak banyak gambor sangat..agaggaga

~mrs azmi~ said...

@queen: cari apa queen?? sy tak letak gambar tempat2 lain pun... tu orang lain dah banyak letak kot.. heh

Kujie said...

seronoknya nampak hasil kerja yg dah siap..tapi mana2 pun...nak membina tu yg susah


ee...etika dan adat sopan org bukan ada standart yang sama.... tapi ingat, kita akan dpt balasan dari apa yg kita lakukan pada org lain..kan

p.s - nk pergi kuantan malam ni

Lady of Leisure said...

bestnya dikelilingi bunga...

~mrs azmi~ said...

@kujie: heheh.. usaha tangga kejayaan kanns..
psst....kakjie g kuantan wat mende?

@LOL : memang seronok! penghilang rasa letih
bila tgk gambar cantik2 ^_^

maza said...

sayang seribu kali sayang.. maza tak sempat menjenguknya....

ada hal di luar kawasan.. huhuhu

anyway, pics semuanya cun2 belaka.. ada bakat rupanya.. hehhehe

~mrs azmi~ said...

@maza: saya cuma berbakat menepek gambar2 dalam blog je... hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"