Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, July 26, 2010

SAYANGILAH DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG SUAMI

artikel ini diambil daripada laman sosial yang dia pula dari emel yang didapatinya,bukan hasil tulisan sendiri..
harap maklum..


“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki,
jangan lupa bimbing anak dan isteri.
Kalau suatu hari berlaku selisih faham,
jangan cepat menuding jari.
Duduk berbincang dan cari kata sepakat.
Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara,
ayah tak balas dengan kata-kata.
Ayah keluar hidupkan motor,
pergi ke Behrang cari mee goreng mamak.
Bila sampai saja di rumah,
ayah hulur pada arwah Mak,
muka yang tadi masam terus tersenyum riang.
Suami kena tahu kesukaan isteri,
supaya mudah memujuk hati,”

ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua.
Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.
Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama,
di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi.
Menerima kekurangan untuk saling menginsafi,
suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI :

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.
Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara.
Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.
Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”
Seorang wanita lalu bangun bertanya,
“Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata.

Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa.
Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.
Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta,
namun tidak berbicara dan bersemuka.
Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati.
Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa.
Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG :

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami.
Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan.
Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.


“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga,
namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,
tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.
Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata.
Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan.
Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati.
Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU :

“Sedangkan lidah lagi tergigit,
apa pula suami isteri,
buang yang keruh,
ambil yang jernih.
Baru teguh peribadi..”

Wahai teman bergelar isteri,
mari kita muhasabah diri.
Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.
Banyakkan istighfar dan juga sedekah,
kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.
Jangan bertangguh dan jangan lengah.
Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
“Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

15 comments:

HEMY said...

saya sangat faham sume ini..tapi hendak di damaikan suami dan isteri agar boleh lihat kebaikan sesama sendiri dan buang keburukan..amat susah

~mrs azmi~ said...

@HEMY: yup... selalunya amarah mengatasi segala2nya...

Lady of Leisure said...

uwa semoga rumahtangga aman dan damai sentiasa kan..

Anonymous said...

kalau dah berusia 40 tahun tapi suami masih tak berubah perangai, isteri mana yang tak menjeruk rasa.. terasa maruah diri dipermainkan.. pintu taubat pun semakin menjauh..

~mrs azmi~ said...

@Lady of leisure: amiiiiiin

@anon: moga Allah bukakan pintu hati sisuami ye.. dan moga segala usaha si isteri mendapat ganjaran Allah

maza said...

yang baik2 ajekan..

love-love gitew..

Kujie said...

betul..dalam hubungan suami isteri mesti ada rasa terjerut rasa kelat masam manis - tapi kita hitung baik buruk mana yang lebih...itulah pilihan

yonna said...

kalau suami bukan yang terbaik, dia takkan djodohkan dengan kita.

aihh..apa2 pun harus ditelek pada diri sendiri dulu

~mrs azmi~ said...

@maza: love - love ye en maza? hihi

@Kujie: kalau tak tak meriahla hidup kan kakjie! ^_^

@yonna:bila 'dia' telah dijodohkan dengan kita pasti ada hikmah disebaliknya
psst.. yonna carik calon sok hati2 ye! ^_^

Tie said...

Ada lelaki merupakan suami yang baik tapi seorang bapa yang serba kekurangan.... Tapi, kena terima je seadanya kerana isteri pun banyak juga kelemahannya.

~mrs azmi~ said...

@tie: betul kak... kata orang bagaimana suami juga melambangkan isteri kan? manusia tidak ada yang sempurna

ibu iEmA said...

salam...dtg singgah ni...blh share artikel ni...

Anonymous said...

tp macmana denga sikap suami yg tak tau menghargai segala penat lelah isteri...saya sgt penat...suami saya balik kerja terus duduk berehat..saya balik kerja sibuk dgn anak2..saya faham dgn situasi pekerjaan dia..tp saya juga sgt penat...dan saya tidak boleh utk menagatakankan saya sgt penat dihadapan dia...skrip biasa " semua org kerja..semua org penat", ya mmg benar..tp bukan ke kita perlu saling membantu...saya tiada org gaji..takpe..saya pon x kisah sgt tp..kalau la suami mahu membantu uruskan rumahtangga..org lelaki ingat tanggungjawab mereka hanya bagimakan anak bini saja ke? saya tak faham..suami saya tak boleh ditegur bila berkaiatan hal ini...saya rasa mcm nk menangis menulis bende ini...inilah luahan hati saya yg pertama kali utk org ketahui...saya takde tmpat nk mengadu atau bercerita..saya sgt tension...saya telan saja semua...org tak tahu...saya sgt perlukan bantuan suami utuk menguruskan hal rumahtangga...dan saya sesungguhnya amat letihh...

~mrs azmi~ said...

@anon: perkara ni memang berat sebenarnya... senang cakap tapi bila nak buat payah sungguh.. dan saya faham sangat apa yang u lalui..

mungkin u boleh cuba slow talk dengan hubby, mintak dia bantu contoh mandikan anak ke.. mula sikit2. tapi dengan syarat.. jangan sesekali komplen kalau ada yang dia buat tu tak kena kat mata u.. sebab bila kita komplen @ bebel tu yang jadi dorang jd malas nak tolong

tapi macam yg sy cakap tadi cakap senang, bila kita dalam situasi tu belum tentu kita boleh handle dengan baik

moga u tabah

Anonymous said...

tq mrs azmi...mungkin kah silap saya menjadi terlalu independent..atau terlalu memanjakan suami..ini balasan saya dapat..saya cuma mengadu kepada yang maha Esa semoga dibukakan mata dan mata hati suami melihat kepayahan saya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"